Telekung meriah

20130727-030230.jpg

Tiap tahun tiap kali Ramadhan saya akan beli telekung baru. Tahun ni mcm sudah jadi trend telekung lycra, so saya pun beli lah satu. Warna pink + french lace. Husband tanya, ‘tidak akan timbul rasa riak kah pakai telekung begini?’. Told him that saya beli sebab saya suka sebab cantik. Then, tadi tengok ada org komen di insta seorang blogger ni yg pakai telekung berwarna selain dari warna putih.

Sebelum ni memang pernah baca pasal telekung yang ‘meriah’ dan the consenquences of wearing it to sembahyang di masjid. Antar point yang saya dapat ialah :

1. Kalau pakai pegi sembahyang di masjid, nanti jadi perhatian orang lain.
2. Mengganggu kusyuk jemaah lain, terutama jemaah yang berada di syaf belakang kita.
3. Kita manusia biasa. Bila memakai lain daripada yang lain, kemungkinan menimbulkan rasa riak/banga tanpa sedar. (Now I get your point Enchek Kedek ).

Ada jugak yang berpendapat, kalau orang yang sembahyang memang kusyuk, letak ayam goreng di sebelah pun dia tidak akan sedar, which, betul jugak.

So, saya pun letak diri saya di ketiga-tiga situasi di atas.

1. Memang outstanding sebab semua org bertelekung putih, tiba2, 2-3 orang berkaler-kaler.
2. Bagi seseorang yang memang minat dengan design2, pattern2, lebih-lebih lagi baru ada mesin sulam, memang ada terganggu sedikit kekusyukkan saya bila orang syaf depan punya telekung ‘meriah’.
3. Sesuatu yang tidak dapat di control. Orang puji telekung saya cantik, kemudian saya bangga kembang-kembang lubang hidung.

So, tidak salah kalau mahu memakai telekung yang meriah, tapi seeloknya, pakai untuk di rumah sahaja. Memang betul kekusyukkan seseorang tu bergantung kepada dirinya sendiri, tapi janganlah kita pulak yang menjadi sumber/penyebab orang tidak kusyuk.

Ok, lesson learnt! Nasib masih ada telekung-telekung biasa di rumah. Si pinky ni pakai di rumah seja lah.

Kawan-kawan ada pandangan/pendapat lain tenang telekung yang meriah?

3 thoughts on “Telekung meriah

  1. Saya pon ade telekung bewarna.. satu hijau.. satu pink.
    Yang pink adakala saya bawa pergi jalan2 sebab senang lipat masuk dlm henbeg. Perasan memakai telekung bewarna dikalangan orang lain memakai wrna putih adalah lebih kepada malu daripada riak :p macam.. eh, tiba2 sahaja kita yang ganjil. Malu btol.. :p

    • Saya jenis yg suka warna2 so x malu pakai telekung berwarna, tapi, bila org start puji, then cakap ‘mesti mahal ni kan?’ Terus ada rasa kekok sikit. Takkan nak cakap, ‘xlah..murah je RMxxx’. :p

  2. Kalau masjid bandar mungkin orang pun sdh biasa kan, sekali tengok ja mula2 kagum lepas tu ok.
    Tapi kalau masjid pedalaman sikit (kg2), hmmm sok sek sok sek la hehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

[+] Zaazu Emoticons Zaazu.com