Penang

Sebenarnya, secara tidak sengaja pada tahun ini, bulan March telah menjadi bulan bercuti-cuti untuk kami. Dan yang amazingnya, tenaga luar biasa saya yang mampu travel 2 kali dalam sebulan.

Ok. Berbalik kepada cerita. Penang & Langkawi trip ni organized by kawan-kawan sekerja Enchek Kedek. Kami sekeluarga (termasuk mum-in-law) join trip ni. So total kami semua ialah 13 orang.

20140325-214450.jpg

First destination was Penang. Dari Miri, transit KL, sampai Penang lebih kurang pukul 4 petang. Rehat-rehat sekejap di hotel, kemudian memulakan perjalanan kami dengan cari makan dulu.

20140325-214548.jpg
Makan haruslah nasi kandar Line Clear. Kalau mau tau sedap atau tidak, jangan tanya saya sebab saya bukan peminat nasi kandar, tapi licin jugak saya habis makan. Haha.

Lepas makan, seperti perempuan-perempuan yang lain, saya sangat alert bila ternampak kedai yang jual baju. Lebih-lebih lagi Kaftan dengan price tag besar RM15 sehelai. Haruslah makan laju-laju kan sebab takut kedai tutup.

20140325-214956.jpg

Kemudian, kami semua berjalan kaki sampai ke Komtar. Just before Komtar, ada tempat makan cendol yang famous di Penang recomended by the taxi driver, Goby. Tapi, sesampai kami di sana, uncle cendol cakap, ‘cendol sudah habis..’.

Jadi kami meneruskan perjalan dengan menaiki teksi ke Batu Feringhi. Satu lagi my favourite spot. Oh ya. This was our 2nd visit to Penang, jadidalam otak memang sudah plan mau ke mana. Di Batu Feringhi, apa yang saya suka ialah night market nya yang sangat panjang. Kalau penat berjalan, ada pakcik beca tolong bawakkan.

20140325-215426.jpg
Di samping membeli belah, menumpang bergambar di gerai orang pulak. Cantikkan lampu-lampu tu.

Kami balik ke hotel almost midnight. Lepas mandi & solat, semua tidur berdengkur termasuk Ariana.

The next day, kami berjalan-jalan lagi sebelum flight ke Langkawi.

20140325-215715.jpg
Snake Temple.

20140325-215821.jpg
Penang 2nd Bridge. Kalau pegi time malam dapat tengok lampu cantik-cantik.

20140325-215913.jpg
War Museum.

20140325-215954.jpg
Ini gambar di dalam bilik penyimpanan senjata. Ada kawan yang tanya, x seram kah masuk bilik tu. Sebenarnya, memang saya keseraman, tapi seram lagi tunggu di luar sendiri-sendiri.

20140325-220203.jpg
Penang kan famous for its mural paintings on the street, tapi, ini seja yang kami jumpa. Mural tu tidak tertumpu di satu tempat seja. Its all over Penang. Perlu masa yang lebih lama lah kalau betul-betul mau cari semua mural tu. This one saya tidak sure samada termasuk dalam the famous murals tu. Sebab yang selalu nampak orang gambar ialah budak naik basikal, motosikal & buaian.

20140325-220836.jpg

20140325-220843.jpg

20140325-220850.jpg

Lagi 3 tempat yang kami pegi is chocolate factory, coffee factory & tea factory. Semuanya bersebelahan ja. Chocolate nya agak mahal lah. So kami beli 1 jenis ja. Coffee pulak, sangat best. Pelbagai perisa. Saya beli perisa caramel & tiramisu. Harga berpatutan, boleh beli banyak-banyak. Tea factory saya kurang tengok sebab sudah busy mencari toilet akibat banyak minum air.

Lepas tu, kami pergi lunch & off to the airport for our next destination, Pulau Langkawi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

[+] Zaazu Emoticons Zaazu.com