New sewing challenge for me

Kasian. Diri sendiri men-challenge diri sendiri. Tidak apa. Ada Enchek Kedek sebagai pem-motivasi (dan pembayar bil elektrik rumah) dan Ariana sebagai ahli-sorak-comel.

My new challenge is to sew my own proper blouse with proper PDF pattern (which I bought in January T_T) using kain bunga-bunga (lagi…)

Day-1 of I-Challenged-My-self-to-sew-proper-blouse update:

20110429-013041.jpg

20110429-013058.jpg

Sakit pinggang saya terbongkok-bongkok memotong kertas dan mencantum dengan teliti kerana malas mau print baru lagi kalau salah potong/lekat.

Total, ada lah dalam lebih kurang 30 helai kertas A4 yang saya guna untuk mem-print out pattern dan jumlah pokok yang saya musnahkan?

20110429-013453.jpg

Sudah lah Enchek Kedek ni jenis yang concern sikit pasal alam sekitar. Pantang nampak lori balak angkut kayu kecik-kecik, mesti dia panas hati. Tapi bini dia siok-siok gunting-gunting kertas di rumah. 🙂

Ok. Itu saja update nya. Mungkin esok potong kain dan baca-baca manual nya. Mau faham betul-betul term yang di pakai dalam alam menjahit ni. Sudah lah manual dalam English. Sedangkan manual jahitan bahasa melayu pun saya tidak faham. Kelim kelepit kelim kelepit tu.

🙂

Gudnite all. (Pukul 1:40 pagi. Malam Jumaat pulak ni kan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

[+] Zaazu Emoticons Zaazu.com