Morning with LoMO

Selamat Pagi!


Sampai rumah dari night shift, hujan renyai-renyai and masih berkabus lagi di luar rumah. Terus macam rasa tinggal di Kundasang pulak.

Seperti kebiasaan, saya dan Enchek Kedek lupa bawak kunci rumah kemarin, so kami lepak sekejap di luar pagar sementara tunggu mil bukak gril rumah secara senyap sebab nda mau Ariana terbangun.


Ini bukan gambar lalang.. Ini sepatutnya ialah gambar pokok mangga mini kepunyaan Enchek Kedek.


Dan si Tigress pun muncul.. Semalaman menghilangkan diri pegi beronggeng di Kelab Malam Kucing.


Boleh buat muka tidak rasa bersalah lagi pegi clubbing. Sudahlah pregnant. Mesti banyak berehat.

Dan akhirnya kunci rumah pun sampai.


Beg tembikai yang Enchek Kedek angkat tu ialah bag tupperware saya untuk mengisi bekal pegi kerja. Kalau tiada apa untuk di bekal pun,di bawak jugak. Isi satu kotak dutch lady dengan biskut. Padahal di ofis sudah banyak stok. Sampai expire pun ada.

Ps: teringat kes Ica makan coco crunch & maggie asam laksa yang sudah expire time dia dtg bintulu untuk mengasi kawan kakaknya yang teruk morning all-day-sickness last year.

– Posted using BlogPress from binikedek’s iPhone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

[+] Zaazu Emoticons Zaazu.com