Kisah pintu lagi

Sebenarnya, selepas pintu rumah kami di tukar baru selepas di pecah kan oleh pencuri, kami terpaksa tukar satu lagi tombol pintu sebab telah di rosakkan jugak oleh…… Enchek Kedek!

Malam tu, saya sangat penat jadi sudah tertidur awal di dalam bilik. Enchek Kedek pulak maybe penat lepas buat juice apple. Actually kami ada juicer baru. Kami tukar point credit card di SenQ, dan dapat juicer & vacuum cleaner.

So, dalam saya tidur-tidur tu, Enchek Kedek kasi bangun saya untuk minum juice apple tu. Saya pun kunun bangun lah. Minum jugak tapi masam. Jadi kenyenyakkan tidur sudah terganggu, tapi masih boleh tahan.

Then Enchek Kedek set up tempat tidur di dining room kami sebab sana tingkap sudah ber-grill jadi boleh bukak tingkap. Malam tu agak panas jugak lah. Sudah dia set up tempat tidur tu, di bawaknya saya join dia sekali tidur di luar. Saya pun ikut seja lah.

Saya keluar terus baring atas tilam. Saya dengar Enchek Kedek kemas-kemas kunci dalam bilik, bunyi pintu di tutup dan di susuli dengan suara ‘alaaaa…’.

Rupanya kunci (semuaaaaaaaaaa kunci) tertinggal dalam bilik & pintu bilik ni jenis pengunci (yang main tekan ja tu) jenis terkeluar. Jadi kalau angin kuat sikit, pintu langgar dinding belakang, confirm pintu terkunci.

Salah satu cara untuk masuk ke bilik ialah panjat tingkap toilet. Tapi, kami kan besar-besar saiz nya. Enchek Kedek ambik kerusi, then lama dia merenung ke dalam toilet dari tingkap tu. Saya sudah terlelap (bini yang kejam) then terbangun balik pun, masih jugak Enchek Kedek berada di posisi yang sama. Saya imagine macam kucing yang mau masuk dalam rumah seja. Hehehe.

Last resort, terpaksa pakai pisau daging & hentak atas tombol pintu dan baru lah pintu mau bukak.

Kejadian ni berlaku tengah malam. Ada jugaklah cubaan untuk menelefon kawan-kawan yang berbadan kecil, tapi semua sudah tidur. Saya pun ada cuba mau panjat tapi kena halang oleh Enchek Kedek. Tapi seriously tinggi. Kalau saya lompat masuk dari tingkap pun confirm patah kaki.

So total damage ialah perlu membeli tombol baru.

One thought on “Kisah pintu lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

[+] Zaazu Emoticons Zaazu.com