House to Home 9

Hari ini saya focus on dapur seja. Sedaya upaya bertungkus lumus supaya dapur dapat di asapkan. Lagipun Puan Fiona Hamidon sudah memberi resepi mee basah. Hehehe.

20110818-041313.jpg

Stove & hood ialah unit yang kami baru beli. Stove lama ialah stove biasa seja. Kali ini Enchek Kedek mahukan dapur yang lebih sleek. Saya iya seja. Asalkan boleh memasak. Tapi saya suka juga sebab serba sedikit dapat menaikkan mood memasak saya. Hehe.

Jadi tadi tugas saya seperti yang di cadangkan oleh Miss Cinoi, iaitu buka 10 kotak sehari. Jadi tadi betul-betul buka 10 kotak sahaja. Semua barangan dapur.

Kalau anda seorang yang hebat memasak dan berada di dapur adalah kelebihan anda, pasti ada tertanya-tanya, mana sesaban si Sheila? Pisau? Lesung batu? Trust me. Saya sendiri pun tidak tau di mana. Ini seja yang saya jumpa. Mungkin ada dalam 10 kotak yang akan datang. Atau mungkin yang akan datang datang datang punya 10 kotak. Ntah lah.

Yang penting saya jumpa ini.

20110818-041913.jpg

Selain dari periuk-periuk mil, saya jumpa sudah acuan kek lapis saya. Weehuu. Boleh buat kek. Err.. Cabinet dapur belum ada. Pokok duit saya belum berbuah. Tunggulah urusan penjualan rumah di Bintulu sudah selesai, baru dapat tokok-tambah lagi barangan di rumah.

PS : Kami ni jenis raya di kampung. Jadi, belum ada sofa pun tak kesah.. Hehehe.

One thought on “House to Home 9

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

[+] Zaazu Emoticons Zaazu.com