Growing Up with Ariana & Avocado Juice

Mula-mula kita cerita dulu pasal avocado juice lah ah..

IMG_1517

Gambar di ambil ketika saya & Enchek Kedek berdating di Tanjung Aru. Saya menghentam avocado juice yang lemak berkrim & sangat sejuk ni dalam keadaan sakit tekak & terbatuk-batuk..

Tengok gambar ja sudah tau kan how creamy the juice was..

IMG_1518 ..and we ordered the biggest size that they got.. of course yang giant size tu lah.. harga pun RM10 ja.. itu pun tu tauke cakap dia terpaksa increase harga to RM10 from RM8 sebab buah avocado habis stock.. Sampai kami habis makan kueh teow goreng pun, paras juice tu masih dalam paras seperti dalam gambar.. Ini pun kami share.. Unlike the avocado juice yang di order di Warisan square tu.. Kecik & mahal.. lepas tu teda rasa.. 2-3 kali hirup ja sudah habis.. Beli juice di sana pun sebab kes mengidam di bulan puasa last year..

Oh, btw si Ariana kami kasi tinggal dengan nenek nya di rumah.. Since that Ariana sudah berkawan dengan semua orang since last night, maka kemarin malam jugaklah Enchek Kedek & Bini Kedek start balik aktiviti perasan-bujang.. hehehe.. Tengok 3D movie di Suria sambil kejakun yang t idak terhingga.. Saya seja yang jakun sebab Enchek Kedek sudah pernah tengok movie 3D di Kuching hari tu.. Bintulu, cepatlah buat cinema yang bertaraf bandar-pengeluar-minyak..

oh, selepas sesi dating di Tanjung Aru, kami pun balik rumah.. Singgah CKS kejap beli makanan Ariana & ubat batuk for me.. ada keinsafan selepas batuk yang pedis di tekak selepas menghirup jus avocado dengan gumbira..

Sampai rumah, saya mengintai Ariana dari tingkap depan.. Dia sedang duduk sebelah kak nibung sambil memegang her redshoe.. When I called her name from the front door, hehehe.. terkejut dengan reaksi Ariana.. She screamed ‘waaah..’ sambil melemparkan kasut merah nya tu sambil berlari (versi merangkak) ke arah pintu depan untuk mendapatkan mommy nya.. hehehe.. Kesiannnn di kasi tinggal.. hehehe..

Oh, avocado juice tadi tu nda habis, so kami tapau balik rumah.. Sedang saya menikmati lagi juice tu, Ariana datang.. I gave her sikit.. She like! She wants more! kasi lagi lah.. konon supaya dia familliar dengan semua jenis makanan instead of her cerelac dengan susu ja.. Tapikan juice tu ada di campur susu manis.. maka gula pun datang berderau (sugar rush) dan tenaga Ariana bertambah.. Macam enjin yang baru di tukar lube oil nya.. lancar ja.. performance pun hebat..

Dalam ke-aktifan Ariana, dia o-oq.. So semasa process mencuci apa-apa yang patut tu di toilet, akibat gula-yang-datang-berderau tu, maka Ariana menari (read: meng-henjut2 kan kakinya..standard lah budak 8 bulan menari).. Kesan daripada un-stoppable excessive movement from Ariana, Enchek Kedek berulang kali tersalah aim air from shower head tu ke seluar saya, bahan kumuh dari Ariana jatuh bergelimpangan di atas lantai toilet, di kaki Ariana & di kaki mommy nya & Ariana still wont stop doing the baby’s booty dance..

Dalam keadaan yang sudah nda keruan tu kan, last-last bukak ja baju Ariana and kasi mandi lagi.. Still, dia tidak berenti menari… Cukuplah dengan mommy nya yang terbatuk-batuk.. Papanya lagi yang malar ja mau kasi mandi mommy nya.. Last-last Ariana nangis sebab di bawak keluar dari toilet dalam keadaan bogel round-round… Kena kasi pakai baju pun nangis.. Adakah patut pakai baju pun kami boleh bergaduh..

So, those are the things that we discovered throughout our parenting journey.. If you’re still single, you might find it as a burden.. If you are expecting, maybe these are the moments that you cant wait to experience it yourself.. and if you are the grandparents, mesti kamurang cakap, ‘hahaha..rasalah..gitu lah kami jaga kamurang time kecik-kecik dulu..’..

hehehe :))))

Sekian, Tata!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

[+] Zaazu Emoticons Zaazu.com