Growing Up with Ariana

Saya jeles sebenarnya. Ariana macam sudah tidak berapa suka dengan bau ketiak saya. Dia lagi suka bau ketiak Enchek Kedek.

20110728-060506.jpg
Maksud sebenar perenggan di atas, Ariana sangat rapat dengan papa nya sudah. Bukanlah tidak boleh rapat. Tapi, Ariana macam kurang hairan pun bila saya ada.

Kalau Enchek Kedek baring2, dia pandai datang & baring sebelah. Tidur malam pulak, Ariana berbantalkan perut Enchek Kedek. Hehehe. Comel lah budak kecik tu.

Ok lah. Bukan jugak saya jeles kuat-kuat. Saya jeles sikit-sikit seja.

Ariana punya progression.

Boh – Tidak
Kau – Jalan-jalan
Mam cik – Makan nasik

Walaupun belum berapa pandai bercakap, tapi apa yang kita cakap dia faham. Melayu kah, English kah, Melanau kah.. Boleh saja. Tapi Kadazan belum pernah try. Hehe.

Tapi saya paling susah hati kalau Ariana sudah bawak saya bercerita. Bersungguh dia bercakap, tapi satu patah pun saya tidak faham. Unless dia sebut boh, kau atau mam cik. -_-”

Nda apa ya nak. Sikit-sikit. Albert Einstein pun umur 6 tahun (correct me i Im wrong) baru pandai bercakap.

PS : InsyAllah jadi anak yang pandai jugak yaaa…

2 thoughts on “Growing Up with Ariana

  1. Masih baby talk lagi? Tp cute bah sebab dia sendiri seja paham apa yg dia cakap. Kak dimp raya mana thn ni? Nanti kasi jumpa Agent Oso sama Angelina Balerina.. Hihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

[+] Zaazu Emoticons Zaazu.com