DIY : Gel air freshner

Soooooo, tahukah anda bahawa gel air freshner yang di jual di supermarket itu kita boleh buat sendiri di rumah? Dulu saya tidak tahu, sekarang, saya sudah tahu dan mahu share dalam blog!

Tapi, saya cerita dulu sejarah macam mana saya boleh terfikir untuk buat air freshner sendiri. Kisah bermula dari salesman Honda yang beli carpet murahan dari supermarket yang sangat kuat bau getahnya untuk si Sharkie. Jadi, to get rid of that unpleasant smell, saya pun google for petua menghilangkan bau dan pergi ke kedai untuk cari pewangi untuk kereta, or at least something that can get rid of that smelly getah. Tapi, tidak semua air freshner ada tester, jadi saya balik rumah dengan kecewa. Then, saya google2 lagi untuk cari link to any d.i.y for potpourri. Kemudian terjumpa lah link2 ke blog yang share cara untuk buat gel air freshner sendiri.

So, bahan-bahan nya:
1. Unflavoured gelatin
2. 2 cups of water
3. 1 tablespoon of garam
4. Essential oil ataupun perfume pun boleh
5. Bekas yang tahan panas (sebab rebusan gelatin yang panas2 akan di tuang ke dalam bekas ni nanti.

20130917-210314.jpg
Mula-mula, rendam serbuk gelatin ke dalam satu cup of water.

20130917-210351.jpg
Sambil-sambil tu, rebus garam bersama 1 cup of water. Bila gelatin tu sudah kembang dan air sudah mendidih, satu kan dua bahan tu dan gaul2 dengan api perlahan.

20130917-210525.jpg
Saya guna bekas kaca macam ni. Tuang beberapa titisan essential oil atau perfume (ikut citarasa) dan kalau mau gel tu berkaler-kaler nanti, tuang sedikit pewarna makanan.

20130917-210644.jpg
Rebusan gelatin & air tadi tu, boleh tuang masuk ke dalam bekas kaca tu. Sambil-sambil tu, gaul hingga rata pewarna & essential oil tadi.

20130917-210817.jpg
Siap!

Biarkan selama at least 8 jam untuk pembentukkan gel.

Kalau google2 kan, banyak jenis air freshner yang boleh buat sendiri. Paling simple yang saya jumpa, a mix of baking soda & essential oil, macam ni..

20130917-211057.jpg
Bekas tu boleh pakai jenis apa-apa pun boleh, but since that Im going to use this in the bathroom, so saya guna container plastik macam ni, and buat lubang atas penutup nya. Goncang-goncang bekas tu untuk keluarkan bau wangi.

So, selamat mencuba 🙂

2 thoughts on “DIY : Gel air freshner

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

[+] Zaazu Emoticons Zaazu.com