Child Safety

Orang bilang anak tu amanah yang Allah bagi. Jadi, semua benda2 yang bagus kita buat untuk anak supaya anak dapat yang terbaik. So, safety pun salah satu daripada nya lah.

Car seats memang start pakai dari Mai lagi. Tapi, pakai yang sampai cukup syarat ja. Rear facing, front facing dont care. Tapi itu dulu. 

Brand pun beli mana-mana ikut kemampuan. Kadang2 yang murah, kadang2 yang mahal. Tapi itu dulu.

Start dari Sofea, kesedaran tu ada pertambahan sikit, tapi masih tidak strict. Kadang-kadang Sofea berjaya melepaskan tangannya dari belt car seat tu. Dalm hati, asalkan sudah strap, cukup lah. Tapi itu dulu.

Sejak saya join FB group Malaysia Car Seat Support Group, rajin juga lah baca-baca post orang and komen2 dari para admins yang memang tahu pasal car seat. Dan dari situ jugak lah, saya kenal pasti kesilapan yang banyak kami buat. Cara pemasangan & pemakaian. Saya tidak akan share di sini info sebab banyak. Seeloknya, tuan-tuan dan puan-puan follow lah group FB yang saya nyatakan tadi dan bersama-sama lah kita sedar.

Enchek Kedek bilang saya poyo, tapi masih jugak ikut/dengar penjelasan poyo saya itu.

Dengan menambahan ahli keluarga, tiada satu pun kereta kami yang menepati kriteria untuk memenuhi keperluan keselamatan anak-anak kami. Maka kami beli kereta baru. Tapi itu nanti cerita sebab, proses pemilihan kereta pun agak menarik (bagi saya).

Sekarang, dengan kereta MPV 6- seater, kami sekeluarga dapat duduk dengan selesa serta InsyAllah selamat dengan usaha yang sudah di buat.

Ariana, 9 tahun, 140cm, tidak perlu menggunakan booster seat. Dia boleh memakai tali keledar sama seperti kita.

56A6E7EA-B4A7-4DF7-93E4-ED2642708941

Sofea, 4 tahun, masih menggunakan booster seat. Kami menggunakan jenama/model Snapkis & Joie Elevate.

DCA49589-3B1C-4914-AAD5-170595745F34

Umar, baby, kami menggunakan Koopers Flamenco convertible car seat with isofix dan Maxi Cosi baby carrier. Sebenarnya, certain isofix hanya dapat menanggung keberatan sehingga 22kg. Jadi, pemilihan car seat yang ada isofix tu, tidak lah perlu sangat sebab tali keledar lebih reliable, menanggung keberatan sehingga 100kg, dengan syarat, pemasangan yang betul.

A782A2BF-E255-47EB-B449-7F0CD9B5BE1C

DC57D13F-7AB9-4606-B822-0DF010C291A0

Di Kota Kinabalu ni ada banyak kedai yang menjual car seat. Kalau orang tanya, di mana mau beli, saya akan rekomen Baby Wonderland di Metro Town. 

Kenapa?

Sebab, kedai itu ada seorang certified carseat technician. Dia dapat membantu kita dalam pemilihan car seat yang sesuai dengan anak dan kereta, serta tolong install kan terus. Senangkan?

Kalau pasal car seat ni, memang tidak pandai habis. Saya minat, sama seperti minat dengan breastfeeding. 

Saya harap, ibu bapa di luar sana jugak dapat kesedaran tentang penggunaan carseat serta keselamatan anak di dalam kereta. Usaha. 

Ok. Itu sahaja. Bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

[+] Zaazu Emoticons Zaazu.com