Awal March hari tu, Enchek Kedek ke KL for meeting. Jadi, saya dan Ariana menjadi ekor dan ikut sama terbang ke KL. It was a 6 days 5 nights trip dan saya rasa agak bersalah sekiranya setiap hari spent untuk memuaskan nafsu shopping saya semata sahaja. Maka saya telah pun set 1 hari untuk Ariana bermain-main di Kidzania.
Saya tahu tentang Kidzania dulu time masih follow IG Wardina. Lepas tu, tanya-tanya dengan Kak Dimple & jugak google kata kunci ‘we went to kidzania’ untuk link ke blog ibu-ibu yang rajin update dan buat review pasal Kidzania. Informasi di hujung jari. Hehe.
Tiket masuk ke Kidzania, kids RM65 dan adult RM30. Itu adalah price untuk Malaysian.

Kawan setadika Ariana, Najwa @ Wawa sudah berpindah ke KL. So sekali harung, meet up & playdate terus. Pagi jam 7+ Kak Ema & Wawa sampai ke hotel tempat kami stay. Dalam jam 9, kami bergerak ke Damansara guna teksi.

Mula-mula, check in dulu di Air Asia counter. Kononnya macam mau naik flight lah. Both parent and anak akan kena bagi pakai wrist tag. Wrist tag ni is one of the safety features lah. Wrist tag tidak akan dapat di buka tanpa kehadiran kedua-dua pihak that is the parents & anak.

Di kaunter, mereka akan panggil nama kita dan pastikan kita paired up with the correct anak. So, time nama saya kena panggil, orang kaunter ni tengok saya & tanya, ‘Ni Cik ke Puan?’. Mungkin dia tidak nampak my big belly sebab Ariana & Wawa berdiri betul-betul depan perut saya. Ok. Cerita ni tiada kaitan sebenarnya. Cuma saya mau mintak puji ja sebab kena ingat ‘cik’. Haha.
Lepas check in, naik ke tingkat paling atas untuk memulakan journey. Mula-mula, kena cash out duit dulu dari CIMB.

Setiap seorang akan dapat 50 kidzos untuk di gunakan dalam kidzania.

Dalam kidzania, you can either work to earn money, or go learn or buy things using your kidzos. Jadi kalau sudah puas berbelanja, bolehlah pergi bekerja untuk cari duit.
These are the pitstops that Ariana & Wawa went to:


Mula-mula, jadi..erm.. Paramedic kah? Sorry, saya lost. Hehe. Sini diorang jadi doctor & pesakit. Every pitstop, mengambil lebih kurang 15-20 minit. So ibu-ibu boleh duduk di luar di kerusi yang di sediakan. Parents tidak di benarkan masuk semasa anak-anak sedang bekerja. So tengok dari luar ja lah. At the end of this session, dua kanak-kanak ini berlarian gembira sambil menunjukkan the kidzos that they earned.

Ini ialah fuel gas station. Diorang kena ajar macam mana cara pump minyak. Lepas siap kerja, dapat lagi kidzos.

Lepas tu, belajar buat sushi. Di sini kena bayar guna kidzos sebab they are learning. Lepas belajar buat sushi, sushi yang di buat tu boleh bawak balik and bagi Papa makan.

Sudah penat lelah bekerja sambil belajar (buat sushi), Ariana pegi salon to pamper herself. Buat manicure. Warna warni kuku Ariana. Seharian jugak memujuk untuk buang cat kuku tu. Bukan apa. Kalau kaler yang di pilih tu kaler-kaler pastel, nda apa jugak. Ini hitam, brown, orange, kuning, hijau…

Lepas tu jadi painter pulak. Paintings tu boleh bawak balik.

Jadi polis comel yang jalan-jalan buat rondaan bawak sapu tangan.

Pembaca berita NTV7. Sebab Ariana belum cukup umur, so kena bagi can duduk-duduk seja di sana.
Pitstops seterusnya, mommy sudah tidak larat mau ikut and gambar. And some of the place pun x dapat tengok dari luar. So we went to the Premium Lounge untuk duduk-duduk berehat di massage chair.
Seandainya anda, anda dan anda runsing tidak dapat ambil gambar yang cantek untuk anak kesayangan anda, fret not. Di setiap pitstop, akan ada abang/kakak photographer yang datang dengan camera & mengambil gambar anak anda. Proper picture to be exact. Tapi, gambar tu kena beli lah. Di situ lah bermula masalah sebab of course, charge untuk gambar-gambar tu mahal, tapi, semua comel-comel sebab anak-anak kita memang comel dalam pakaian doctor lah, pilot lah, chef lah, kan kan kan?
So I spent about RM170 untuk beberapa keping gambar sahaja. Enchek Kedek cakap tidak apa. Itu kenangan untuk Ariana. So these are the proper pictures taken by them :








So overall, kami spent time dalam kidzania tu dari jam 10 pagi sampai 2 petang. Dalam kidzania ada cafe, tempat-tempat duduk, clean toilet dan fully air conditioned. Jadi, selesa jugaklah dalam tu walaupun 4 jam dalam tu. Kedai souvenir pun ada. Other pitstops yang menarik dalam tu ialah fireman, chocolate factory, ice cream factory, pembuat gelang, pilot & air stewardess, just to name a few.
Last sekali, baki kidzos masih banyak but its time to go sebab mommy mau ke Cath Kidston lagi. Jadi baki duit di bazirkan dengan membuat face painting.

The end.