Berubah menjadi lebih baik

Selepas saya berkahwin dengan Enchek Kedek, saya memang tahu dan sedia maklum bahawa salah satu tanggung jawab saya sebagai isteri ialah menutup aurat. Tapi saya tidak mau. Betapa bengongnya saya dulu.

1001 satu alasan saya kasi. Enchek Kedek on the other hand pun, kalau ada masa terluang, memang dia kasi soft talk lah. Hard talk pun ada sampai saya merajuk dan menangis sebab nda mau bertudung. Tapi bukan salah Enchek Kedek. Dia suami, mau menjalankan tanggunjawabnya untuk membimbing isterinya. Kalau dia tidak menjalankan tanggunjawabnya tu, dia yang menanggung dosa-dosa saya membuka aurat itu semua. Tapi saya masih jugak tetap dan berpencen dengan free-hair, baju ketat & seluar pendek. Iya. Sampai pregnant pun masih berseluar pendek. Ada lagi kunun time saya pregnant tu saya berkimono dress yang pendek tu, pigi makan ABC di pantai ABF. -_-”

Tapi, dalam masa yang sama jugak, saya pantang jumpa tudung cantik di kedai. Terus membeli. Enchek Kedek pun kasi seja duit untuk beli tudung sebab dia encourage saya untuk pakai tudung, menutup aurat. Tapi, saya beli-beli seja. Kononnya stok, supaya kalau betul-betul sudah mau pakai, sudah ada tudung. Tapi, nda jugak betul-betul pakai tudung. Kesian Enchek Kedek. Membazir duit, amalan syaiton. Melukakan lagi hati Enchek Kedek sebab memberi harapan palsu.

Then, sampailah saya pregnant dan beranak dan berpantang. Sampailah satu hari, Enchek Kedek bawak saya keluar untuk pegi beli stroller untuk Ariana. Beberapa hari sebelum itu, Enchek Kedek ada kasi beli saya baju long sleeve. Baju untuk jalan. Then, saya ada bekal 1 tudung bawak balik KK jugak time tu. Jadi, lepas ja kena offer bawak jalan, terus saya tukar imej sekelip mata. Sekelip mata yang macam magic. Enchek Kedek gembira. ^_^. Pegi kedai, apa saya mintak beli, semua di kasi beli. Siok kan? Hehe.

Terus saya pun continue lah pakai tudung. Rasa lebih selesa. Tiada sudah kena peewit-peewit, kena main-main mata dan kena kejar mintak nombor talipon. Bukanlah saya cakap saya ni ‘hot’. Sebab yang mempeewit-peewit, main mata, kejar mintak nombor telepon tu pun pangkat si pakcik-pakcik sudah. Hehehe.

Sampai lah satu hari tu, Enchek Kedek tanya saya:

EK : Ok kah kitak bertudung? Sik rasa menyusahkan kah?

BK : Kmk rasa ok ja. Lagi senang. No bad hair day. Hihi.

Then ada jugak satu hari tu, bila saya tengok beberapa orang kawan saya yang pada mulanya bertudung, sekarang sudah tidak, dan salah seorang dari mereka itu pernah memalukan dan menjatuhkan air muka saya depan kawan-kawan lain kerana berseluar pendek. Saya jadi takut (serius). Saya tidak berani komen, sebab saya tidak tahu bagaimana saya di masa akan datang. Saya cuma berharap agar saya sentiasa kekal bertudung. So saya cakaplah dengan Enchek Kedek:

BK : Bang, kalau suatu hari nanti, kamek tiba-tiba rasa rambut kamek sangat cantik dan kamek rasa kamek lagi cantik (uweek) tidak bertudung, kitak halang kmk ok? Ya tanggungjawab kitak.

EK : OK!

Long silent….

BK : Even kitak terpaksa kasi kebak rambut kamek k?

EK : Kebak tu apa?

BK : Kebak tu kasi rosak rambut lah. Contoh kitak pegi cukur satu tompok rambut di kepala kamek then membuatkan kamek rasa sik cantik dah.

EK : OOKKKK! ^_^

Seriously dia senyum. Senyum bukan senyum ‘wah bagusnya isteri saya’. Dia senyum ‘yea boleh kasi botak kepala si sheila’ punya senyum. -_-”

PS : Tidak rugi kalau berubah ke arah kebaikkan, kan? Saya rasa, lebih merugikan kalau pakai pakaian yang mendedahkan apa-apa yang tidak sepatutnya, sedangkan itu semua hanyalah untuk tatapan suami saya.

PSS : Saya ada baju renang muslimah -_-”

PSS : Entry ini sepatutnya berakhir dengan ayat emo-emo saya menyesal tidak berbuat demikian sejak awal-awal lagi. Tapi mood hilang sebab ter-imagine Enchek Kedek kegembiraan memegang gilette dan shaving cream mau cukur kepala saya.

Maaf kalau ada yang tidak senang dengan entry ini. Tujuan sebenar adalah untuk peringatan kepada diri saya sendiri jugak.

13 thoughts on “Berubah menjadi lebih baik

  1. aku wonder apa la perubahan aku nanti pas kawin n jd mama…

    adakah aku akan stop main game? stop bmekap? sbb x masa utk diri sendiri? haha…tunggu n lihat la kan..

    p/s: ko teda letak archives plak kan d blog ko..x bole la baca entry dolok2..

    • Lepas kahwin memang kita akan berubah sebab time tu ada commitment baru & of course lebih matang.

      Aku rasa main game tu kan, masih jugak tu. Probably masa ko tengah berpantang lah. Lepas tu off terus. hihi.

      Iya teda archive. belum aku cari plugins nya dalam wordpress ni.

  2. Like this one..klu aku motivate diri mcm neh..apa benar kau sayang suami mu? apa benar kau sayang anak mu? Ibu bapa, adik beradik dan kawan mu? Jangan biar suami mu tanggung dosa mu. Bekalkan anak mu ilmu agama untuk kejayaan akhiratnya. Daningat ingatkan orang yang engkau sayangi akan akhirat. Ini barulah rasa sayang sebenar.

    • Iya.. kita perbaiki diri kita sendiri sambil memberi contoh kepada anak-anak sendiri & mungkin dengan kawan2 jugak. Gitu yang aku fikir lah. Cumanya aku ni lambat sikit. Tapi alhamdullillah masih di beri peluang untuk berubah. 🙂

      • Aku pun baru baru ni jugak tepikir neh. Selama ni hidup lebih banyak fokus sm kehidupan duniawi. Ndak balance. Hehe. Alhmdllh semoga terus mendapat hidayah. Yang penting kena sentiasa berpesan pesan supy nddak lupa kan. mcm entri ini lah. hehe.

  3. seronoknyaa akak baca…hihi.. im happy for you dear. semoga kita istighamah hingga hujung nyawa. setiap apa yang diperintahkan oleh Allah, memang ada hikmah disebaliknya..

  4. Saya pun seronok buat entry ni sebab saya x mau lupa macam mana mula-mula dulu hati saya tergerak untuk bertudung 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

[+] Zaazu Emoticons Zaazu.com