Kasi panas enjin

I tried to update my blog yesterday, via PC and ipad but had difficulty in uploading pictures. Maka terpaksalah bercerita sambil berimaginasi di dalam blog, boleh?

I didnt update my blog for so many months already. Enchek Kedek complained. I just told him that I lost the blogging mojo already, hoping him to believe it, but he didnt.

‘Ktk malas update kan?’

-_-”

Bukan malas.

Anyway, saya kini hampir (few steps away) entering my 20th weeks of pregnancy. As mentioned before, my first trimester was all about morning sickness that I dont even want to think about. Thinking of it making me want to vomit again.

As I entered my 2nd trimester (months ago), I started to gain my appetite back. Although I dont have any extreme craving, but there are times where my husband needs to go out at night to look for ‘roti john’. My only menu was ‘sup ayam tanpa garlic tapi banyak halia’. Ada masalah angin dalam badan. must-get-rid-of-it. Sometimes, this angin yang buat badan tidak rasa selesa.

At work, I am sensitive to some odor but stil tolerate-able. The only smell that I cant really stand was my husband’s. Bukan sebab dia berbau, tapi, bau yang dia ada yang saya tidak suka. Kesian Enchek Kedek. Kalau dia ada di rumah, saya jauhkan diri. Bila dia tiada di rumah, saya menangis rindu. Yup. Blame the hormones.

Last week, we took 1 cycle leave and went back to KK. The main reason was because mum-in-law went to Korea, so tiada orang jaga Ariana. Tapi, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai balik ke KK terus. And by road of course. Since that sudah tiada feri kecik Limbang tu, perjalanan kami lancar. 7 hours perjalanan from Miri to KK. Dalam perjalanan, kami akan berhenti untuk mendapatkan makanan yang saya mahu makan. Oh.. Rupanya cravings saya tiada di Miri. Masuk Brunei, singgah makan nasi katok. Masuk area-area Kimanis, singgah beli Coconut pudding. Sampai KK, jangan cakaplah. Terus-menerus di utamakan nafsu makan. Dim sum di Fook Yuen, asam pedas ikan goreng di Wan-wan & grilled chicken chop di Upperstar. Tidak banyak pun menu, tapi berulang-ulang. Perut gembira, baby gembira, mommy lagi lah lebih gembira. Balik Miri, terus rasa tiada makanan yang boleh di makan. Melampau betul.  

Oh ya.. Baju-baju during my first pregnancy kan saya simpan bagus2 untuk my next preganancy. Jadi pregnant kali ni, buka balik kotak lama & pakai balik. Unfortunately, tidak semua masih muat dan tidak semua sesuai di pakai sekarang. Dulu kan free hair. Sekarang, haruslah sopan santun. Jadi yang kurang sesuai tu di pakai di rumah seja. Some of the pants saya masih muat. So hentam pakai. Tapi since that baju2 tu semua 4 tahun yang lepas punya cerita, jadi bertahan sampai bulan 12 hari tu seja. Satu persatu koyak sebab kainnya yang kian mereput. Sampai pernah berjalan tidak sedar rupanya ada lubang di seluar. Enchek Kedek cakap, ‘bikin malu seja’ lalu memberikan saya green light dan duit utk shopping baju & seluar baru di KK. Itu point cerita sebenar. Kalau buka2 cerita terus cakap pasal shopping, terlalu tipikal-sheila pulak. Jadi tadi tu ialah pembuka cerita. Hewhewhew.

Went to 9 months di Suria. Beli tops yang biasa2 dan praktikal seja. Pegi One Baby World atas saranan Ona. Sana banyak baju brand Autumz yang kurang mahal. RM60 below for tops and RM80 below for pants. Boleh lah beli 3-4 pasang untuk tukar-tukar. Beli lagi satu maternity jeans, terus perasaan bergaya. Haha. Kesian. Layankan seja. Di 9 months pun ada satu jeans tu yang saya berkenan. Ada effect washed lagi mcm jeans Levis, harga pun masih kira ok (sebab murah dari Levis), cuma saiz yang ada, ngam-ngam untuk saya pakai waktu sekarang. Mungkin masuk 5 months pregnant, sudah tidak muat. The next bigger saiz ialah, ‘Nda payahlah kak. Besar betul ni’, bilang sales asst tu. Baiklah. Memang terlampau besar pun. Nanti check website nya kalau-kalau ada jeans tu lagi.

Yaa. Entry yang ini memang cerita pasal saya seja ni. Nanti next update baru cerita pasal Ariana.

Till we meet again.

^_^