Selamat Hari Raya

Anda bakal di sajikan dengan pelbagai gambar dengan caption yang minimal (maybe).

20130819-044440.jpg
Tahun ini giliran untuk beraya di kampung saya (lompat bintang) dan cuti kami bermua sangat awal. Masih bulan July lagi. Berpeluang untuk berpuasa di KK di iringi sungkai roti jawa setiap hari. Perjalanan dari Miri di mulakan seawal 7.30 pagi dan sampai KK jam 3 petang lebih kurang. Semalaman saya tidak tidur untuk packing dan jugak takut tidak terbangun pagi tu (seperti tahun-tahun yang dulu). Kebetulan jugak minggu tu saya tidak dapat berpuasa, jadi perjalanan Miri-KK sangat meriah saya dan Ariana makan dalam kereta serupa orang kebuluran. Mee goreng, sausage, peanut butter & chocolate sandwich and ada air kopi dalam termos lagi.. Hehe.

20130819-045417.jpg
Kehidupan di jalankan seperti biasa, bukan macam dulu-dulu, balik-balik shopping mall. Nda pandai habis. Eh pandai pulak saya bosan ya.

20130819-045644.jpg
Tahun ini juga saya super rajin. Super rajin sampai buat 5 kek (4 kek lapis, 1 kek kukus) untuk mempelbagaikan juadah open house raya.

20130819-050101.jpg
Warna tema kami tiga beranak ialah kelabu. Bukan selalu pilih warna selain pink. Raya pertama semua berkumpul di family house di Kg. Rampayan, Menggatal. Lepas tu pegi ke rumah nenek di Unggun makan light rendang. Rendang nya sedap sebab very light. Sesuai untuk saya yang sudah bersungguh makan dari pagi, tengahari dan tanpa sedar diri, sampai ke petang.

Tradisi sejak 10 tahun yang lepas, raya kedua (atau mana2 hari raya yang terkena Sabtu atau Ahad), kami ada membuat open house di rumah bapak khas untuk family bapak yang bukan muslim dan suka makan kari, rendang, masak merah, kuih makmur & tart nenas. Kawan-kawan dan family lain pun datang jugak. Tahun ni ada kurang sikit tetamu saya, tidak macam last year. Maybe last year sebab kami buat on 5/6 day of raya. Ini 2nd day orang masih sibuk balik kampung. Tapi, my best friend sejak 12 tahun yang lalu, tidak pernah miss untuk datang ke rumah. That is what I really love about them.

20130819-050841.jpg

Gambar family ada kurang sedikit sebab sudah ada 3 org budak kecik yang suka bawak haluan masing2. Tapi gambar tiga aweks tetap ada (walaupun sudah ada anak kecil tetap tanpa segan silu meng-addresskan diri sebagai aweks.. :p)

20130819-051307.jpg

So thats about it. Nanti sambung lagi di next entry. Di kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf kalau ada salah silap sepanjang saya blogging.

20130819-051509.jpg

SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR DAN BATIN.

*terus keluar soundtrack lagu raya ‘mintak mak, kuih sepotong’..

PTPTN

Saya adalah salah seorang dari jutaan pelajar di institusi pengajian di Malaysia yang ada membuat pinjaman PTPTN. Berikut adalah kisahnya.

Selepas form 5, saya melanjutkan pelajaran ke Politeknik Kuching. It was my first time keluar dari Sabah. First time jugak kasi tinggal family jauh-jauh. Mama ikut dengan saya ke Kuching. Sepanjang hari pendaftaran tu saya menangis seja. Jadi, bila ada arahan kena suruh pergi ke dewan besar untuk briefing pasal PTPTN, saya pegi seja. Sebab hati memang tempat lain. Ingat mau nangis seja. Kena kasi isi borang untuk memohon PTPTN pun saya isi seja padahal kan waktu tu, betul-betul saya tidak tau PTPTN tu apa. Sepanjang briefing saya menangis. Haha.

Sepatutnya, saya tidak perlu pun ambil pinjaman tu, sebab, yurang di politeknik (pada waktu itu) tidak mahal. Maybe ada dalam RM200-300. Lupa sudah. Dalam erti kata lain, my dad masih mampu lah bayar. Then saya pula jenis yg tinggal asrama ja. Tiap tahun memohon/merayu untuk tinggal asrama, jadi perbelanjaan memang tidak besar. Tapi pinjaman yang saya dapat ialah full untuk student diploma i.e. RM15K. But of course, being daddy’s girl, duit tu memang saya spent atas jalan yang benar. Haha. Some of my friends asal keluar duit terus shopping sakan. Saya tahan hati sebab takut kena marah oleh bapak. Tahan hati tengok kawan-kawan beli baju baru, kasut baru, motosikal baru. Of course saya masih boleh beli baju baru, tapi paham2 lah kalau duit sudah habis, mana berani minta sama bapak.

The only time yang saya berbelanja best2 dengan duit tu ialah time semester 4, iaitu semasa Latihan Industri. Saya beli kasut Adidas (pertama kali dalam hidup merasa kasut Adidas) untuk pakai pegi Latihan Industri. Oh ada jugak lah beli handphone :p

Semasa semester ke enam, saya menghadirkan diri untuk interview dengan syarikat kerang. Mencuba nasib. Alhamdulillah saya dapat, tapi dengan syarat, CGPA saya cukup untuk melayakkan diri. Interview sebelum final exam. Jadi semasa final exam, saya berabisan lah sebab mau kerja. Kurang berwawasan sebab sebenarnya saya terlepas peluang untuk ambil MUET test (salah satu ujian yang mesti ada untuk melayakkan diri sambung ke degree). Jadi wawasan saya ketika itu ialah untuk dapat kerja. Hehe.

Saya mengganggur selama sebulan. Itu sebenarnya menunggu waktu official intake menjadi trainee di syarikat kerang seja. Selepas sebulan, saya terus mula kerja/training. Terus itu jugak lah saya dapat surat dari PTPTN untuk mengapdet mereka dengan status pekerjaan saya. Dan as soon as saya mendapat reply dari mereka on my current status of akaun pinjaman, terus-terus tu jugak lah saya start membayar. Sebab dulu saya kerja offshore, whatever money left sebelum saya ke offshore selama 2 minggu, begitu jugaklah jumlah yang saya bayar ke akaun pinjaman saya. And by right, kalau saya fixed kan pembayaran RM1k sebulan (komitmen cuma kereta seja), dalam 15 bulan, langsai sudah hutang. Tapi I was young. Haha. Ingat shopping seja.

Selepas kahwin, ada agak lama jugaklah pembayaran terhenti. Only after kami beli our 2nd house, and jual first house, Enchek Kedek push saya untuk langsaikan terus hutang PTPTN. Sebab saya mahu menjadi orang yang bebas hutang, jadi saya pun push lah diri untuk kasi langsai. Push biasa-biasa seja lah sebab saya bayar guna duit akaun-2 KWSP. Bapak cakap, you have the money (akaun 2), kenapa masih mau berhutang? Dan sebenarnya, memang ada dalam option pembayaran jugak untuk guna akaun 2 tu. *cepat buka website ptptn*

Sebelum cuti raya hari tu, saya terima surat penyata akaun dari PTPTN yang menyatakan bahawa hutang saya sudah habis, walaupun sebenarnya saya habis bayar since last year. Tapi tidak mengapa surat lambat sampai dan membuat saya penasaran sepanjang tahun,yang penting both parties are aware of the current status and I feel like mem-frame-kan surat penyata akaun tu. hehe.

Dulu saya ada sedikit liat untuk membayar balik. Mungkin sebab dapat pandang sebelah mata tanpa rasa bersalah. Tapi, duit sudah pakai, haruslah bayar balik. Pendapat saya sendiri, duit gaji yang saya makan sekarang ni, kalau bukan sebab duit ptptn tu untuk bayar yuran saya belajar dulu, saya masih rasa berhutang. Kenapa mau bagi family makan hasil yang belum di langsaikan hutang nya.

Nasihat saya (tiba-tiba ada segmen nasihat) kepada adek-adek yang baru mula kerja, dan bakal membayar balik hutang ptptn tu,
i) Peruntukkan budget untuk bayar.
ii) Anggap hutang ptptn ni macam hutang kereta/rumah. Kalau x bayar rumah/kereta, bank tarik balik. Kalau x bayar hutang ptptn…….. (Isi tempat kosong)
iii) Interest nya bukannya besar sangat pun kalau di banding dengan interest beli kereta atau rumah.
iv) Buka balik website ptptn and tengok option cara pembayaran. Semuanya ada di sana. Semuanya senang. As simple as doing online shopping. Susah lagi online shopping sebab penjual tu minta email prove of payment.
v) Jangan anggap membayar balik hutang tu sebagai beban. Itu tanggungjawab.

Ok itu saja. Sebenarnya tergerak hati buat entry ni sebab sebelum ini, saya adalah antara golongan yang sangaaaaattt liat untuk membayar balik tapi alhamdulillah I am officially (sebab sudah dapat surat) ptptn-free!

My Baju Raya

When I was small, the reasons to make me happy on Eid Al-Fitr are duit raya and baju raya. Back then, for me was, ‘apa lah raya tanpa baju raya’.. Hehe..

Now that I am already back to my parents house in KK, the excitement of Hari Raya trigged me to open back our photo albums when we were small.

20130802-145608.jpg

20130802-145625.jpg
These are the photos of me and my brother wearing our first baju raya, proudly sewn by my mother. Yea yea.. I know some of you might say, ‘so your sewing talent was actually inherited from your mother?’. Well, actually, my mum only sews occasionally. I think she stopped sewing when we had additional family member a.k.a my sister.

20130802-145936.jpg
Another picture of us. See. I started to like small printed flowers for kurungs since baby!

20130802-150050.jpg
Matching baju raya with my brother. Look at my ‘baju kurung modern’. This picture was taken when I was 5-6 years old.

20130802-150257.jpg
I remembered how I really love this polka dot kurungs. It’s cotton and really comfortable. Boleh berlari-lari di bawah pokok mangga selepas gembira mendapat duit raya.

20130802-150438.jpg
My first ever ‘kebarung’. Its a baju kurung kacukkan kebaya.

As I grew older, I was given the opportunity to choose my own fabric and style but most of the time, i always prefer the usual plain baju kurung. Comfortable and easy to hide my bloated stomach after endless eating of kari, kurma, ketupat and lemang. Only when I started working, I gradually developed my interest in fashion (kononnya lah) and started buying not-the-usual-plain-baju-kurung.

And when I got married, and had my own daughter, I sew her own baju kurung. But I still sent mine and Enchek Kedek’s to the tailor because I do not want to experience the ‘no baju baru for raya’. Hehe.

20130802-151907.jpg

20130802-151914.jpg

But this year, I didnt sew any kurungs for Ariana and I feel bad because I bought cute fabrics for Ariana at fabric.com already, but didnt have the time to sew it. So off to the tailor it goes.

Comparing the old days and now, how convenient it is nowadays with online shopping. Click click click, add to cart, payment & wait for Mr. postman to arrive with your parcel on the next day. One of my bookmarked website is Zalora’s Baju Raya page. They are a trustable shopping destination and have free shipping. WHO DOESNT LOVE FREE SHIPPING? I know I do. They have wide variety of traditional wear, hijabs and yeah, bags and shoes too, and not forgetting, AFFORDABLE!

Please share your favourite experience with baju raya and your favourite online shopping websites. I would love to know too 🙂