Telekung meriah

20130727-030230.jpg

Tiap tahun tiap kali Ramadhan saya akan beli telekung baru. Tahun ni mcm sudah jadi trend telekung lycra, so saya pun beli lah satu. Warna pink + french lace. Husband tanya, ‘tidak akan timbul rasa riak kah pakai telekung begini?’. Told him that saya beli sebab saya suka sebab cantik. Then, tadi tengok ada org komen di insta seorang blogger ni yg pakai telekung berwarna selain dari warna putih.

Sebelum ni memang pernah baca pasal telekung yang ‘meriah’ dan the consenquences of wearing it to sembahyang di masjid. Antar point yang saya dapat ialah :

1. Kalau pakai pegi sembahyang di masjid, nanti jadi perhatian orang lain.
2. Mengganggu kusyuk jemaah lain, terutama jemaah yang berada di syaf belakang kita.
3. Kita manusia biasa. Bila memakai lain daripada yang lain, kemungkinan menimbulkan rasa riak/banga tanpa sedar. (Now I get your point Enchek Kedek ).

Ada jugak yang berpendapat, kalau orang yang sembahyang memang kusyuk, letak ayam goreng di sebelah pun dia tidak akan sedar, which, betul jugak.

So, saya pun letak diri saya di ketiga-tiga situasi di atas.

1. Memang outstanding sebab semua org bertelekung putih, tiba2, 2-3 orang berkaler-kaler.
2. Bagi seseorang yang memang minat dengan design2, pattern2, lebih-lebih lagi baru ada mesin sulam, memang ada terganggu sedikit kekusyukkan saya bila orang syaf depan punya telekung ‘meriah’.
3. Sesuatu yang tidak dapat di control. Orang puji telekung saya cantik, kemudian saya bangga kembang-kembang lubang hidung.

So, tidak salah kalau mahu memakai telekung yang meriah, tapi seeloknya, pakai untuk di rumah sahaja. Memang betul kekusyukkan seseorang tu bergantung kepada dirinya sendiri, tapi janganlah kita pulak yang menjadi sumber/penyebab orang tidak kusyuk.

Ok, lesson learnt! Nasib masih ada telekung-telekung biasa di rumah. Si pinky ni pakai di rumah seja lah.

Kawan-kawan ada pandangan/pendapat lain tenang telekung yang meriah?

Bulan

Lama sudah jarang update pasal Ariana.

Ariana sekarang semakin terer bercakap. Terlampau banyak ‘why’ sudah.

Hari tu, on the way dari rumah ke masjid, saya & Ariana tengok bulan. Bulan penuh masa tu.

Ariana : Mommy, the moon is following us.

Mommy : Yeaaa..

Selepas beberapa minit, bulan masih kelihatan.

Ariana : Mommy, the moon must be very tired.

Then tadi, di siang hari,

Ariana : Mommy, i miss the moon.

Selamat Berpuasa

Sudah 17 hari puasa, baru saya memunculkan diri di sini.

Sebenarnya, lebih kurang seminggu lebih di awal Ramadhan, saya tidak sihat. Mula-mula tu flu, kemudian di ikuti oleh batuk. Sebab berpuasa, proses untuk sembuh tu adalah sedikit lambat sebab masih kurang air. Most of the time saya akan tidur sebab seriously tidak tahan. Lemah. Ada terfikir untuk buka puasa & concentrate dengan makan ubat. Tapi sebab terlampau lama berfikir, saya tertidur sampailah dekat waktu buka puasa. Malam hari, tidak pergi terawih sebab concentrate makan ubat. (Note : Ubat flu extreme yg bikin mengantuk).

Start minggu kedua, kesihatan semakin pulih. So saya meneruskan aktiviti harian seperti biasa, kecuali workout, menjahit bag pun only starts on the 2nd week.

Setakat ini, Alhamdullillah, puasa saya belum putus.

Puasa kali ini saya rasa ada lain sikit. Tidak macam dulu. Mungkin jugak faktor cuaca. Macam last year, kita berpuasa dalam keadaan berjerebu. Tahun ni, so far bandar Miri masih ok. First 2 weeks tu cuaca sejuk ja. Saya ulang alik jalan kaki sepuluh minit dari office ke tempat parking untuk hantar dan ambil Ariana pun, masih steady. Baru hari ni saya ada rasa cuaca semakin panas. Tidak kiralah cuaca macam mana pun, masih tetap bersyukur. Dapat cuci kain 2-3 trip.

Juadah berbuka puasa kami pun biasa-biasa saja. Macam makanan harian biasa. Bukan macam kenduri. Hehe. Setakat ini, belum lagi ada pegi berbuka di mana-mana restoran/hotel yg offer buffet Ramadhan sebab malas mau kelam kabut makan then ke terawih. Pasar Ramadhan pun pegi bila teringin makan kuih terang bulan & kuih bungko. Kalau Enchek Kedek ada, panjang lah langkah kami ke pasar Ramadhan. Kalau Enchek Kedek tiada, makan di rumah saja, bukan apa, saya malas mau parking jauh2, sesak2. Lagipun, hari tu kami pegi pasar Ramadhan, terlampau ramai orang. Banyak stall yang skip sebab terlampau sesak. Rasa mcm jalan bersiar-siar ja sebab semua stall di limpas.

Sahur, so far, never missed. Nda tau lah next week bila mum in law sudah balik ke Sibu. Kalau mum in law tiada di rumah, kami kurang berdisiplin. Huru-hara. Haha.

Ok lah. Setakat ni saja untuk update Ramadhan.

Soft reminder :

1. Jangan lupa bayar zakat. Pergi pasar Ramadhan atau terawih, memang ada wakil yang berada on site.

2. Bersederhana. Di kala kita sedang memilih untuk beli karipap atau popiah, mee jawa atau laksa sarawak, air bandung atau air cincau, ingat-ingatlah juga dengan orang yang cuma ada 1 option (or maybe tiada option langsung) untuk juadah berbuka puasa. Jangan membazir juga.

Selamat Berpuasa!