Fire hydrant

Selalunya, kalau on my 2nd day shift, malam tu sengaja tidur lambat sebab the next day kerja night shift so boleh bangun lambat. Biasanya aktiviti malam ialah menjahit.

20120918-004855.jpg
Ini ialah project bag yang seterusnya yang sebenarnya belum di launch kan. Tapi, semasa dalam proses menyiapkan bag ni,

Ariana muntah..
Muntah nya keluar seperti air yang keluar dari fire hydrant..
…to make it worst, on our bed!!!

Ariana teriak menangis sebab geli dengan muntah sendiri.. Heehhe

Tengah-tengah malam tu jugak angkat semua cadar keluar rumah & memberus. Tidak tahan mau simpan-simpan tunggu esok. Dalam memberus-berus di luar rumah tu, teringat balik cerita2 seram. Terus imagine ada makcik mengintai di sebalik tembok pagar menjual karipap tapi yg sebenarnya tembok pagar kami tinggi dan tidak mungkin ada mak cik tinggi dapat sampai dan… eh sudah lah.. Imaginasi liar -_-”

Lepas cuci tu, sambung balik menjahit. Time tu Ariana di bilik nenek nya sudah tidur. Nda lama lepas tu, dengar lagi suara budak tu menangis mau tidur dengan mommy. So saya stop lah menjahit. Off semua and masuk bilik. Ariana masih resah gelisah jadi saya urut2 belakang dia pakai baby oil. Kadang-kadang saya tertidur, Ariana sambung menangis, so saya sambung lagi mengurut. Then tertidur lagi. Menangis lagi. Mengurut lagi. Berlarutan sampai jam 3 pagi T_T

The reason saya sangat bertahan (walaupun balik-balik tertidur), sebab saya percaya saya ada healing power. Mommy’s healing power to her daughter 🙂

Pagi tadi saya terbangun sebab dengar suara Ariana di sebelah, ‘Annnaaaiii.. Aaannaaaiii..’ (Translation : Pandai)

Saya pun tidak tau lah apa yg di anaiii-anaii kan, tapi, muka Ariana sangat sihat dan ceria!

So from now on, boleh panggil saya tukang urut Supermommy Level 1 : Amature :p