Setelah 7 bulan berhempas pulas tanpa almari baju, menjadikan luggage bag sahaja sebagai tempat menyimpan baju, akhirnya, Mr. Lau habis ber-CNY dan Chap Goh Meh dan datang ke rumah last week untuk meng-install wardrobe kami.. Phewwww~

Almari di buat sampai ceiling. Ceiling tinggi 11 kaki.

Laci idaman saya. Dulu time tengok-tengok di Lorenzo, ada satu almari lecik tu yang ada laci-laci begini. Saya angan-angan mau beli almari tu untuk tempat simpan shawl2 saya. Tapi, tauke kasi idea lagi bagus. Dia kasi bikin terus laci-laci begini.

Dressing table pun sangat luas sampai Ariana membuat keputusan untuk menjadikan dressing table tu tempat dia pura-pura tidur -_-”
Lepas tu, saya minta Mr Lau tolong sukat-sukat bilik menjahit saya. Saya minta bikin yang simple-simple seja asalkan kemas dan teratur. Ilham di ambil dari gambar ini.



