House to Home 8

Most of you asked us regarding installing a safety system such as alarm system & safety grill in our house.

Well, I was quite frustated that the main reason the thief manage to get into our house that day was because our grill maker who promised to install our grill on the 10th August informed that the grill wasnt ready yet. We waited up till today (16th) for the grill to be installed.

Tapi, once again, we are frustated. Why? The design that I choose was waaaaaayyyyyyyyy different from the one that he made and I requested for a wrought iron grill, but instead, he came with a freaking thin iron! I can even bend it using my bare hand.

20110816-125731.jpg
And his freaking worker, are soo freaking lousy that they managed to crack 3 big hole on our freaking wall!!!

20110816-010130.jpg
I really cant tolerate with this kind of situation.

I am waiting for their boss to come and asked for clarification from him. We paid him RM4k+ for the besi nipis & for his worker to damage our house?

NEVER EVER GO FOR LOCAL CONTRACTOR unless you’ve seen their workmanship. I am 100% sure, will never ever ever in my life to recommend him to my other friends.

PS : This post was meant for the contactor that we hired to do our grill. I am not saying all local contractor are lousy. But we aspect to get what we paid for.

House to Home 7

I mentioned earlier that there were 2 projects on going earlier today. I updated the first one already. And this is the second one.

20110816-015732.jpg
Outdoor water filter. Saya dan Enchek Kedek sebelum berpindah ke Bintulu dulu, mang sudah well aware bahawa air di Miri adalah kotor. Tidak pasti samada penapisan yang tidak effisien ataupun pipeline yang sudah lama dan berkarat. Rumah sewa saya di Lutong Baru dulu, memang dapat di lihat serpihan-serpihan karat di dalam air yang memang sudah sedia kekuningan. Pengalaman Enchek Kedek pulak, air di rumah sewa dia di area Pujut 6 yang kekuningan jugak.

Since that sekarang adalah lebih mampu (berbanding semasa bujang dahulu), so kami invest sedikit duit untuk membeli outdoor water filter ini. Attach terus dari source air yang masuk ke dalam rumah. Dari segi chemical nya, saya tidak ada test sebab saya bukan seorang chemist (apakah?). Tapi dari pandangan mata kasar, kualiti air bertambah baik. ^_^

20110816-020256.jpg
Ini ialah water heater. Di pasang terus dari source utama, dan sekelip mata, seluruh rumah mendapat bekalan air panas untuk mandi. Tapi ini hanya applicable untuk rumah yang jenis ada dua pilihan air panas atau sejuk (sorrylah. Saya betul2 tidak tau apa istilah yang di pakai. Tapi macam di hotel tu lah. Turn the tap to left for hot water & to right for cold water).

This water heater menggunakan gas sebagai pemanas. Eh. Ngam kah ah? Enchek Kedek tidur. Susah mau tanya. Since that our house ada supply gas bawah tanah (which most of Miri new housing ada), so kami pun menggunakan lah kemudahan itu.

Just for your info, gas heater ini jugak boleh menggunakan source dari tong gas biasa yg om jual pakai pikap tu. Kalau se-tong tu harga dalam RM30+, dapat bertahan selama at least 4 bulan dengan jumlah penggunaan 3 orang dalam rumah. Jadi, lebih kurang rm8 lah sebulan utk penggunaan water heater ni. Berbeza dengan water heater jenis elektrik yang tipikal kita biasa gunakan di rumah jenama gajah tengah mandi dengan belalainya. Yang itu pakai elektrik dan agak kuat jugak penggunaannya kerana suis kami di bintulu dulu sampai cair T_T.

Pendek kata, water heater jenis gas ini lebih jimat penggunaannya. We like jimat walaupun modal untuk mengeluarkan heater jenis gas ini tinggi. Mula-mula seja.

20110816-021229.jpg
And look who came by to greet us? Kami ada jiran orang putih yang suka bersiar-siar dengan dua ekor anjing nya yang ganas.

One day later..

Sebenarnya, walaupun sedih, saya masih cuba untuk lebih berfikiran positif.

Saya bersyukur pencuri itu membuat keputusan untuk memasuki rumah ketika kami tidak berada di dalam rumah.

Saya bersyukur pencuri tidak membuat keputusan untuk memasuki rumah ketika waktu malam.

Saya bersyukur pencuri tidak membuat keputusan untuk memasuki rumah ketika saya seorang diri di Miri pada waktu malam.

Saya bersyukur mum in law & Ariana tidak berada di rumah ketika kejadian berlaku.

Boleh kan? Semua sudah bertukar menjadi jalan cerita yang positif dan setakat mesin jahit & beberapa RM yang hilang, kami sekeluarga masih selamat. Syukur Alhamdulillah.

Hari ini projek House to Home 6. Nanti sudah siap baru update.

PS : Ada kawan nasihat supaya jangan update movement saya di FB. Kamu rasa bagaimana? Kalau pendapat saya, memang tidak perlu update movement kalau ada di kalangan fB friend saya yang menjadi suspect. But then again, kalau kereta tidak ada parking di rumah pun, pencuri boleh tau tiada orang di rumah. Tidak perlu tengok movement di FB. Apa lagi kalau pencuri jenis pemerhati gerak geri kita.

Rumah ku di masuki pencuri lagi

Rumah kami di masuki pencuri lagi, buat kali kedua dalam tahun 2011. Bezanya cuma kecurian pertama berlaku di rumah Bintulu, dan kecurian kedua berlaku di rumah Miri. Yes. Rumah Miri yang baru 2 hari di tiduri kami.

Cuma satu sahaja benda yang dia curi, tapi, betul-betul buat saya sangat kecewa. Kecewa sebab saya masih berada dalam kepenatan setelah mencuci dan mengemas rumah, dan kecewa sebab beribu duit habis untuk menghidupkan rumah, tetapi perlu berhabis duit lagi untuk merepair pintu kayu kami yang sudah di kopek oleh si pencuri, dan sekali lagi sangat kecewa kerana benda yang di curi ialah my precious sewing machine.

20110814-082341.jpg

Yang tinggal hanyalah kotak kosong. Saya jugak suspect dua handbag itu juga mahu di curi kerana pada asalnya bag itu berada di dalam bilik menjahit saya.

20110814-082623.jpg
Semua baju dalam beg di keluarkan. Segala barang-barang menjahit saya jugak di hambur. Duit mas kahwin saya yang masih berbentuk bunga telah di curi, dan beg pink itu, sebenarnya berada di dalam master bedroom tapi telah di kosongkan oleh pencuri dan di isi dengan sebotol perfume saya. Saya agak dia mahu mengisi barang-barang hasil curian ke dalam bag itu.

Tengahari tadi, saya hendak menghantar Enchek Kedek ke terminal bas sebab malam ini beliau bekerja. Semasa saya membuka gate, ada sebuah motosikal lalu rumah dengan rupa yang sangat mencurigakan. Then, bila kereta sudah reverse, motosikal itu sekali lagi lalu dengan mencurigakan. Tapi sebab mengejar masa, kami direct pegi ke terminal bas. Dalam hati saya ada jugak terdetik hendak pusing ke rumah lagi, tapi mesej tidak saya sampaikan kepada Enchek Kedek.

Sampai terminal bas, Enchek Kedek beli tiket dan dia adalah orang terakhir yang naik bas. Saya pegi kereta, start enjin kereta, then phone berbunyi. Mr. Ling, our house developer call. Dia tanya ada orang di rumah kah? Saya cakap tiada. Dia tanya kerja memecah batu di dapur sudah siapkah? Saya cakap sudah. Kemudian dia bagitau ada orang duduk-duduk di verandah rumah. Saya jadi panic. Perkara paling pertama saya fikir ialah macbook saya kerana itu ialah benda yang paling mahal saya tinggalkan di rumah.

Saya menelefon Enchek Kedek. Enchek Kedek turun semula dari bas, dan balik bersama saya. Sepanjang perjalanan saya berharap Mr. Ling tersilap pandang sahaja.

Sampai rumah, Mr. Ling di depan rumah dengan parang panjang, anaknya dengan besi panjang. Enchek Kedek keluar dari kereta dengan baseball bat nya. Saya? Tangan terketar-ketar mencari kunci rumah dan membuka padlock gate.

Sampai depan pintu, sangat kecewa sebab pintu sudah di kopak.

20110814-083548.jpg
Enchek Kedek, Mr. Ling dan anaknya masuk rumah. Saya dengan padlock masih di tangan, round belakang rumah dengan keadaan sedia-membaling-padlock-ke-kepala-kalau-jumpa-pencuri. Dalam keadaan yang terketar-ketar, saya masih berani untuk mencederakan orang yang mencurigakan. Tapi of course sudah tiada lah pencuri tu. Dan secara tiba-tiba, rumah kami menjadi tumpuan jiran tetangga.

20110814-083816.jpg
Mr. Ling menunjukkan meter air yang sudah patah, tetapi sudah di tutup oleh sang pencuri dan di gunakan sebagai laluan untuk pencuri manjat tembok pagar kami.

20110814-083923.jpg
Kawasan semak samun yang di percayai tempat pencuri melarikan diri.

Selepas itu, saya telefon bapak & boss saya, untuk membagi tau keadaan kami. Tapi sebab terlalu kecewa, saya tidak dapat bercakap, instead menangis pulak di dalam telefon. Boss saya yang bunyi macam cemas. Tidak lama lepas itu, boss saya ada datang ke rumah kami untuk tengok-tengok keadaan.

Pencuri tidak dapat di tangkap, tapi kesan yang dia tinggalkan sangat menyakitkan hati.

20110814-084247.jpg
Semua pakaian masih di dalam bag. Semua dia keluarkan dari dalam bag.

20110814-084535.jpg
Isi barang dalam handbag saya habis di keluar semua. Nasib pencuri tidak tahu apa itu Coach. Barang duit dan emas memang saya tidak simpan di rumah. Lebih-lebih lagi keadaan rumah yang kurang secure. Tapi tu lah, macbook sempat Enchek Kedek tapuk bawah bantal. First thing saya buat bila masuk rumah ialah cek bawah bantal. Betapa leganya saya rasa. Bukan apa, benda macam macbook tu bukan selalu saya boleh dapat. Lagipun banyak gambar-gambar dalam tu.

Kami keluar rumah jam 12.10 tengahari. Mr. Ling telefon saya untuk bagitau hal pencuri itu jam 12.25 tengahari. Bayangkan dalam 15 minit sahaja. Itu pun, saya rasa dia duduk-duduk di luar rumah sebab tunggu kawan datang untuk mengangkat tv kami, sebab kotak tv yang masih di selotape rapi, sudah rabak sekali dengan foam nya sekali. Memang rakus pencuri itu.

20110814-085437.jpg

Apa-apa pun, kami selamat. Cuma barang yang tidak dapat di selamatkan tapi tidak mengapa. Saya anggap ini ialah ujian dari Allah dan saya menerimanya dengan redha dan positif. Harta yang hilang masih boleh di cari.

PS : Lepas ni, jangan pulak ada manusia yang tiba-tiba tuduh kami tidak
membayar zakat seperti kes kecurian yang pertama, ada manusia yang tiba-tiba cakap kami kecurian sebab tidak membayar zakat. Membayar zakat bukan bermaksud kehidupan akan hassle-free. Ujian dari Allah tetap ada. Bila tiba di tahap itu, terpulang kepada iman masing-masing.

PS : Akibat ke-chaos-an tadi, I missed my Zuhur prayer. 🙁

Tips tidak membazir di Bulan Ramadhan

Tiba-tiba seja sudah pandai kasi keluar tips -_-“. Sebenarnya, mau share seja. Di bulan yang baik ini, seharusnya kita menjauhi sifat-sifat syaiton kerana syaiton2 semua kena rantai dalam bulan yang mulia ini. So, kalau masih jugak berperangai seperti mereka, maka ……..

Ok, back to the tips sharing. Sejak beberapa hari ini, saya dan Enchek Kedek amat busy menguruskan proses pemindahan rumah. Jadi, selalunya kami tidak perasan pun masa berlalu. Sedar-sedar seja, sudah jam 6.30. Dan sedia maklum jugak dengan keadaan dapur yang memang tidak akan berasap dalam masa terdekat ini kerana awaiting untuk project ‘House to Home 6’, so kami laki bini memang makan luar seja.

So, bila sudah tersedar waktu yang menghampiri waktu berbuka, saya akan mandi dulu. Tidak sanggup keluar sungkai muka berminyak-minyak! Then, by the time habis mandi, ada tinggal beberapa minit lagi untuk sungkai. So ready ja lah dengan air. Kurma tidak ada sebab makanan pun kami tiada di rumah! Selepas berbuka dengan air, solat Maghrib dulu. Lepas tu, barulah kunci pintu rumah, start enjin kereta dan mencari tempat sungkai.

Sampai kedai makan, order sejalah makanan seperti kita duduk makan di kedai selalu tu. Tiada kuih muih bazar yang terlibat. Habis makan, kenyang dan puas hati. Lepas itu, balik rumah atau pergi ke masjid untuk Tarawikh lah.

Sama jugak berbuka kan? Cuma tiada makanan yang berlebihan di beli di bazar. Biasanya kuih muih tu yang nda habis. Kadang-kadang jugak tidak sedap, sebab tu kita tidak habiskan. Sebab itu kalau pergi bazar, saya lebih prefer untuk tidak ‘wow-kuih-baru-nampak-macam-sedap-ermmm-mau-try-lah!’. Saya beli kuih yang saya familliar seja dan biasanya ialah kuih apam balik atau nama komersialnya di kk, kuih terang bulan. Eh, betulkah? Kami selalu panggil kuih tu macam tu lah. Di sarawak seja saya tau namanya apam balik. Extra kacang please! Hehe..

Sebenarnya tips yang saya share ni pun sebenarnya mengikut sunnah Nabi kan? Cuma saya cuba aplikasikannya kepada aktiviti seharian kami. Just for the record, duit pun dapat jimat sebab makan seperti biasa seja jugak. Tiada yang special. Kalau mau special, baru lah pegi Sushi King kah… Pizza Hut kah.. Kira special lah tu. Tahun ni, belum lagi kami ada berbuka di hotel seperti last year. Err.. Sama seja jugak. Atau mungkin nafsu makan saya tidak sekuat dulu. Puasa tahun ni saya lebih kepada haus dan penat seja. Lapar tidak walaupun contractor pasang lampu & packing barang bukak nasi bungkus depan saya! Hehe..

Selamat berpuasa dan selamat berbelanja dengan bijak di bulan Ramadhan.

stay at home

Semakin lama, saya semakin lebih prefer untuk tinggal di rumah pada waktu offday atau hujung minggu. Tidaklah pulak pasti samada itu adalah di sebabkan oleh faktor umur atau pun faktor tidak-ada-shopping-mall-best-di-Bintulu. Tapi, now that I am already in Miri, masih jugak boleh menguap di dalam shopping mall. -_-”

Mungkin jugak faktor umur. Dan mungkin jugak faktor restored energy saya selepas bekerja 4 hari, menjaga dan mengurus Ariana & Enchek Kedek.

Enchek Kedek, in the other hand, juga suka duduk di rumah. Layan tv, layan ps3. Kadang-kadang berkebun. Yes. Enchek Kedek is our Mr. Green Hand.

Cuma sejak akhir-akhir ini, Enchek Kedek ada keluar untuk ke gym sampai lewat malam. Saya tiadalah pulak ikut sebab saya kenal kawan-kawan yang pegi dengan dia. Lagipun saya bukan jenis yang suka menghalang laki saya keluar dengan kawannya. Mereka berkenal sesama sendiri sudah sekian lama. Tidak masuk akal jugak saya untuk menghalang mereka hang out bersama. Kalau tidak, mesti kawan-kawan dia kecik hati.

Enchek Kedek pun, bukanlah jenis yang mengurung saya di rumah. Kadang-kadang kalau saya mau hang-out dengan kawan-kawan, Enchek Kedek kasi jugak, tapi dengan syarat dia kenal lah dengan kawan-kawan saya dan mereka ialah perempuan.

Erm.. Bukanlah bermaksud tidak boleh berkawan dengan lelaki. Kalau kena kasi pun saya tidak mau jugak. Saya bini orang. Agak tidak manis jugaklah. Mesti saya akan berasa pelik. Mesti saya akan terkenang-kenang Enchek Kedek & Ariana di rumah. Tapi belum pernah terjadi lah. Saya cuma cuba untuk meletakkan diri saya di dalam situasi itu.

Bagi saya, sebaik sahaja saya menjejakkan kaki keluar rumah (dengan izin suami), bermakna, saya membawa sekali maruah suami saya bersama saya. Jika buruk kelakuan saya di luar, maka buruk lah maruah suami saya. Jika baik kelakuan saya di luar, maka baik jugaklah maruah suami saya. Simple kan? Kalau sayang dengan suami, pandai-pandai lah jaga diri.

Sebab itu jugaklah saya prefer untuk keluar sendiri seja kalau perlu beli barang, ataupun bawak Ariana sekali.

PS : Saya hanya manusia biasa. Setiap hari saya cuba membaiki diri untuk menjadi isteri yang solehah. Kalau tidak mampu menjadi isteri solehah, paling-paling pun tidak mahu menyusahkan suami saya suatu hati nanti. After all, semua perkara yang baik dapat di fikir secara logic. Terpulang kepada diri sendiri sahaja mahu berkorban atau tidak.

House to Home 5

Sementara ada masa untuk mengapdate blog, jadi saya pun mengapdate lah (???).

Kemarin kerja-kerja pemasangan lampu, pemindahan-masuk barang dari Bintulu serta pemasangan langsir oleh tauke cina dari China yang langsung tidak pandai berbahasa Melayu. Keadaan rumah memang seperti pasar. Rupa seperti open house hari raya pun ada jugak. Hehe.

Selepas ke-chaos-an itu semua, akhirnya rumah kami pun berjaya di tukarkan dari House ke Home!

Berikut adalah gamber-gambernya.

20110813-030845.jpg
Ini paling favourite saya. Sebab rasa seperti gambar dalam majalah seja. Well, rumah sendiri kan, mestilah saya puji. :p

Siling rumah kami sangat tinggi. Jadi kami terpaksa memilih jenis lampu yang boleh di extend kepanjangannya. Macam lampu ini, kira-kira 17 kaki telah di extend sehingga ketinggian yang mencukupi untuk di capai akal serta tangan tiap kali memerlukan pertukaran bulb lampu.

20110813-031220.jpg
Ruangan makan serta dry kitchen dengan cabinet dapur khayalan saya. Saya seja dapat nampak cabinet khayalan itu. Sebenarnya cabinet itu belum wujud sebab dompet kami sudah menangis meminta kami berhenti dahulu membelanjakan duit. Hehe. Ayat paling simple, habis sudah duit! Tunggu gaji lagi.

20110813-031412.jpg
Ruangan dapur belum siap kemas. Cuma mau tunjuk curtain yang saya curi ideanya dari internet, tapi hasil yang kurang memuaskan hati. Tidak apa lah. Tauke curtain pun first time cuba buat, and not really bad lah. Cuma a bit panjang, which saya sendiri boleh adjust nanti.

20110813-031618.jpg
Washing area. Sebelah dapur seja pun.

20110813-031728.jpg
Last but not least, my soon to be sewing room. Hari tu ingatkan tiada sewing room untuk saya sebab kami terlebih imagine yang bilik tidur kami kecil dan tidak dapat memuatkan almari baju. Rupanya, bilik rumah ini lebih besar dari rumah Bintulu. Jadi, ada lah sewing room saya. Of course lah saya gumbira. Hehe. Saya ambil (kena kasi) bilik yang paling kecil di rumah. Ok lah tu. Daripada kena kasi stor seja kan? Hehe.

Overall, kami sangat exhausted. Enchek Kedek cakap saya tidur berdengkur. Itu tandanya saya penat sebab saya jarang berdengkur. Mana tidak, sebelum tidur sempat sapu rumah 2 kali, then mop dua kali. Nasib lantai sudah tidak berdebu dan greasy. Cumanya, kami tidak jumpa kotak yang menempatkan bantal-bantal kami, jadi kami tidur tanpa bantal semalam T_T.

House moving!

20110811-094914.jpg

Seawal 8 pagi diorang datang untuk loading barang-barang kami ke dalam lori. Kami laki bini pulak bangun seawal 8.15 pagi. Heehhe

20110811-095018.jpg

Awal-awal pagi jugak Enchek Kedek mengusahakan hasil tanaman kedondong dan limau untuk di bawak ke Miri. Pokok avocado terpaksa di kasi tinggal sebab sudah hidup segan mati tak mahu jugak.

20110811-095427.jpg

So bermula hari ini, kosonglah sudah rumah kami. Sejak beberapa hari ni jugak posmen tiada datang ke runah sebab saya beli barang online sudah saya alamatkan ke office di Miri. Mesti posmen yang selalu cerita2 dengan saya tiap kali menghantar barang akan tercari-cari saya. Hehehe.

20110811-095722.jpg

Lepas ini kami akan memecut ke Miri pulak untuk mencuci rumah dan membeli lampu! Yes. Rumah belum ada lampu. Nanti sampai Miri update pasal lampu lagi.

Till then, tata!

PS : Ini barulah dugaan puasa! Tiada sahur tapi kerja berat. Tapi Alhamdulillah semuanya dibpermudahkan jugak. Dan kami laki bini menghentam sushi king semalam macam makan untuk sahur terus -_-“