Growing up with Ariana

Miss her like crazy. Lagi 3 hari, baru dapat jumpa Ariana. Saya mau masa cemburu dengan saya. Dan saya rasa memang cemburu buta jugaklah masa dengan saya. Hehe.

Kemarin mum in law call. Ariana mau cakap. So saya pun layan lah. Ariana cerita dia tengok tv. Ariana cerita dia ‘mam cik’ (makan nasi). Of course saya tidak pahamlah apa dia cakap. Tapi mum in law tolong translate sebab tengah dia bercakap tu, sambil dia tunjuk tv.. Hehe. Lepas tu mum in law cakap Ariana mencium-cium telefon tu T_T.

Mencurah-curah terus air mata saya. Kesian my little miss Ariana. Ini lah paling lama saya kasi tinggal dia. Selama ni tidak pernah sampai seminggu. Ini mau seminggu lebih sudah. Tidak jumpa empat hari pun sudah Ariana melekat macam belangkas dengan saya. Ni kali nda tau lah.

Tapi saya ada beli toys jugak untuk Ariana. Toys for learning. Reward for her for being good girl. Dress raya pun ada sampai 3 pasang. Mommy nya rambang mata. -___-”

Tadi pagi call lagi diorang di Sibu. Mum in law pesan, beli baju tidur baru untuk Ariana sebab dia sudah membesar dan baju-bajunya sudah sendat. Hehehe. Ok lah. Nanti beli 2-3 pasang. Maybe I’ll go for the cheaper brand sebab pakai pun sekejap ja. Yang sudah sendat ni rasanya baru pakai 2-3 bulan seja.

Oh. Baju raya mommy & Ariana pun sudah siap. Hari ni pegi ambil. Petang boleh sudah cari tudung yang matching. Malam boleh sudah packing ^_^.

Show me the money!

Kalau kamu bah, pigi kedai, tu sales assistant selalu buat apa? Does he/she assist you or gave you the I-dont-think-you-can-afford-this face to you?

Saya selalu kena yang second tu lah sambil di renung dari atas sampai bawah. Apa boleh buat. Muka memang bukan muka orang berduit. Pakaian pun macam pakaian rumah. Tshirt & selipar Bata. Hehe. Tapi saya rasa selamat. Tidak di kejar sana sini oleh sales assistant. Pilih barang pun dengan aman. Kalau mau apa-apa baru saya panggil diorang dengan muka yang kencang. Muka kencang sebab I-can-afford-to-buy-this-but-why-you-give-me-that-look.

Tapi sometimes these sales assistant pun kadang-kadang melebih-lebih jugak men-under-estimate customer. Bukan sales assistant seja, bank officer pun sama jugak sebab saya pernah kena. Padahal, saya rasa paling cantik lah sudah baju saya pakai time tu (blouse instead of tshirt). Hehehe. Masih jugak kena kasi what-the-hell-are-you-doing-here-woman? face.

Yang paling teruk saya rasa saya kena ialah di Parkson Bintang Mall. Saya pigi cium-cium bau perfume, then tu SA pun layan-layan jugak kasi cium perfume yang baru etc etc. Then, tiada yang saya minat, so I said, Thank You. Terus kena kasi jelingan tajam sambil memuncungkan bibir. Terus saya pun blur. Saya tidak tau pulak kalau sudah cium-cium bau perfume, mesti jugak beli. Terus saya buat di-mana-hak-saya-sebagai-pengguna? face. Ceh. Kalau tidak silap, saya kena tu di booth perfume Elizabeth Arden. But that was 2-3 years ago punya cerita.

Memang betul kan dari pakaian kita seja orang sudah boleh judge. Contoh paling senang, kami training dulu mesti pakai coverall. Kawan-kawan semua nasihat jangan pakai coverall (ni kes keluar time lunch-hour) kalau mau pegi beli barang. Harga barang pandai naik 10%. Haha.

Then, kedai-kedai tu pun pandai. Contoh kalau di saloon, sambil cuci rambut sambil diorang tanya kerja apa dan di mana. Kalau jujur betul pegi jawab (macam saya dulu), terus pelbagai jenis set rawatan rapi untuk rambut rosak dan bercabang di kasi keluar. Harga pun kaw-kaw.

Jadi, apa kesimpulan yang dapat dibuat di sini?

Yes. Semua orang mata duitan. ($_$)v

Money is not everything, tapi seperti yang di katakan oleh kawan Enchek Kedek, ‘Money is not everything, but money is convenient’.

Convenient macam mana? Saya kasi contoh.

Kamu mau membeli bb cream (waving at Cinoi) atau pun mascara (waving at Chii pulak). So kamu terjumpa satu brand ni. Tagline nya sangat memukau. Blemish free. Lucious eye lash. Satisfaction guarantee. Terus kamu pun tertarik dan membeli. Then, bila pakai, rupa-rupanya manisnya pada tagline seja tapi hasil tidak  seberapa. Tapi Monday mau kerja sudah dan stok bb cream or mascara sudah habis. So kamu pun pergi ke Sasa lagi dan membeli brand lain ataupun brand yang kamu biasa pakai. See how convenient money is?

Saya kasi contoh lagi ya. Kamu ada mesin jahit. Kamu suka menjahit. Tiba-tiba satu hari rumah kamu di masuki pencuri. And out of all the things, mesin jahit kamu yang di curi. Terus kamu tidak dapat menjahit. Terus kamu merasa kosong. Terus kamu jadi tidak tentu arah. Terus kamu pandai tidak puas hati kalau laki kamu sedang tidur sedangkan kamu tidak dapat tidur sebab biasa menjahit sampai tengah malam baru tidur. Terus.. eh.. ok.. Paham jugak kamu kan bagaimana perasaan si orang-yang-baru-kehilangan-mesin-jahit tu? Dan kalau kamu seorang suami, mesti kamu kesian jugak dengan bini kamu tu kan. Mesti kamu akan cakap, ‘Esok kita cari mesin jahit baru’ kan?.

Bye!