One day later..

Sebenarnya, walaupun sedih, saya masih cuba untuk lebih berfikiran positif.

Saya bersyukur pencuri itu membuat keputusan untuk memasuki rumah ketika kami tidak berada di dalam rumah.

Saya bersyukur pencuri tidak membuat keputusan untuk memasuki rumah ketika waktu malam.

Saya bersyukur pencuri tidak membuat keputusan untuk memasuki rumah ketika saya seorang diri di Miri pada waktu malam.

Saya bersyukur mum in law & Ariana tidak berada di rumah ketika kejadian berlaku.

Boleh kan? Semua sudah bertukar menjadi jalan cerita yang positif dan setakat mesin jahit & beberapa RM yang hilang, kami sekeluarga masih selamat. Syukur Alhamdulillah.

Hari ini projek House to Home 6. Nanti sudah siap baru update.

PS : Ada kawan nasihat supaya jangan update movement saya di FB. Kamu rasa bagaimana? Kalau pendapat saya, memang tidak perlu update movement kalau ada di kalangan fB friend saya yang menjadi suspect. But then again, kalau kereta tidak ada parking di rumah pun, pencuri boleh tau tiada orang di rumah. Tidak perlu tengok movement di FB. Apa lagi kalau pencuri jenis pemerhati gerak geri kita.