Rumah ku di masuki pencuri lagi

Rumah kami di masuki pencuri lagi, buat kali kedua dalam tahun 2011. Bezanya cuma kecurian pertama berlaku di rumah Bintulu, dan kecurian kedua berlaku di rumah Miri. Yes. Rumah Miri yang baru 2 hari di tiduri kami.

Cuma satu sahaja benda yang dia curi, tapi, betul-betul buat saya sangat kecewa. Kecewa sebab saya masih berada dalam kepenatan setelah mencuci dan mengemas rumah, dan kecewa sebab beribu duit habis untuk menghidupkan rumah, tetapi perlu berhabis duit lagi untuk merepair pintu kayu kami yang sudah di kopek oleh si pencuri, dan sekali lagi sangat kecewa kerana benda yang di curi ialah my precious sewing machine.

20110814-082341.jpg

Yang tinggal hanyalah kotak kosong. Saya jugak suspect dua handbag itu juga mahu di curi kerana pada asalnya bag itu berada di dalam bilik menjahit saya.

20110814-082623.jpg
Semua baju dalam beg di keluarkan. Segala barang-barang menjahit saya jugak di hambur. Duit mas kahwin saya yang masih berbentuk bunga telah di curi, dan beg pink itu, sebenarnya berada di dalam master bedroom tapi telah di kosongkan oleh pencuri dan di isi dengan sebotol perfume saya. Saya agak dia mahu mengisi barang-barang hasil curian ke dalam bag itu.

Tengahari tadi, saya hendak menghantar Enchek Kedek ke terminal bas sebab malam ini beliau bekerja. Semasa saya membuka gate, ada sebuah motosikal lalu rumah dengan rupa yang sangat mencurigakan. Then, bila kereta sudah reverse, motosikal itu sekali lagi lalu dengan mencurigakan. Tapi sebab mengejar masa, kami direct pegi ke terminal bas. Dalam hati saya ada jugak terdetik hendak pusing ke rumah lagi, tapi mesej tidak saya sampaikan kepada Enchek Kedek.

Sampai terminal bas, Enchek Kedek beli tiket dan dia adalah orang terakhir yang naik bas. Saya pegi kereta, start enjin kereta, then phone berbunyi. Mr. Ling, our house developer call. Dia tanya ada orang di rumah kah? Saya cakap tiada. Dia tanya kerja memecah batu di dapur sudah siapkah? Saya cakap sudah. Kemudian dia bagitau ada orang duduk-duduk di verandah rumah. Saya jadi panic. Perkara paling pertama saya fikir ialah macbook saya kerana itu ialah benda yang paling mahal saya tinggalkan di rumah.

Saya menelefon Enchek Kedek. Enchek Kedek turun semula dari bas, dan balik bersama saya. Sepanjang perjalanan saya berharap Mr. Ling tersilap pandang sahaja.

Sampai rumah, Mr. Ling di depan rumah dengan parang panjang, anaknya dengan besi panjang. Enchek Kedek keluar dari kereta dengan baseball bat nya. Saya? Tangan terketar-ketar mencari kunci rumah dan membuka padlock gate.

Sampai depan pintu, sangat kecewa sebab pintu sudah di kopak.

20110814-083548.jpg
Enchek Kedek, Mr. Ling dan anaknya masuk rumah. Saya dengan padlock masih di tangan, round belakang rumah dengan keadaan sedia-membaling-padlock-ke-kepala-kalau-jumpa-pencuri. Dalam keadaan yang terketar-ketar, saya masih berani untuk mencederakan orang yang mencurigakan. Tapi of course sudah tiada lah pencuri tu. Dan secara tiba-tiba, rumah kami menjadi tumpuan jiran tetangga.

20110814-083816.jpg
Mr. Ling menunjukkan meter air yang sudah patah, tetapi sudah di tutup oleh sang pencuri dan di gunakan sebagai laluan untuk pencuri manjat tembok pagar kami.

20110814-083923.jpg
Kawasan semak samun yang di percayai tempat pencuri melarikan diri.

Selepas itu, saya telefon bapak & boss saya, untuk membagi tau keadaan kami. Tapi sebab terlalu kecewa, saya tidak dapat bercakap, instead menangis pulak di dalam telefon. Boss saya yang bunyi macam cemas. Tidak lama lepas itu, boss saya ada datang ke rumah kami untuk tengok-tengok keadaan.

Pencuri tidak dapat di tangkap, tapi kesan yang dia tinggalkan sangat menyakitkan hati.

20110814-084247.jpg
Semua pakaian masih di dalam bag. Semua dia keluarkan dari dalam bag.

20110814-084535.jpg
Isi barang dalam handbag saya habis di keluar semua. Nasib pencuri tidak tahu apa itu Coach. Barang duit dan emas memang saya tidak simpan di rumah. Lebih-lebih lagi keadaan rumah yang kurang secure. Tapi tu lah, macbook sempat Enchek Kedek tapuk bawah bantal. First thing saya buat bila masuk rumah ialah cek bawah bantal. Betapa leganya saya rasa. Bukan apa, benda macam macbook tu bukan selalu saya boleh dapat. Lagipun banyak gambar-gambar dalam tu.

Kami keluar rumah jam 12.10 tengahari. Mr. Ling telefon saya untuk bagitau hal pencuri itu jam 12.25 tengahari. Bayangkan dalam 15 minit sahaja. Itu pun, saya rasa dia duduk-duduk di luar rumah sebab tunggu kawan datang untuk mengangkat tv kami, sebab kotak tv yang masih di selotape rapi, sudah rabak sekali dengan foam nya sekali. Memang rakus pencuri itu.

20110814-085437.jpg

Apa-apa pun, kami selamat. Cuma barang yang tidak dapat di selamatkan tapi tidak mengapa. Saya anggap ini ialah ujian dari Allah dan saya menerimanya dengan redha dan positif. Harta yang hilang masih boleh di cari.

PS : Lepas ni, jangan pulak ada manusia yang tiba-tiba tuduh kami tidak
membayar zakat seperti kes kecurian yang pertama, ada manusia yang tiba-tiba cakap kami kecurian sebab tidak membayar zakat. Membayar zakat bukan bermaksud kehidupan akan hassle-free. Ujian dari Allah tetap ada. Bila tiba di tahap itu, terpulang kepada iman masing-masing.

PS : Akibat ke-chaos-an tadi, I missed my Zuhur prayer. 🙁

Tips tidak membazir di Bulan Ramadhan

Tiba-tiba seja sudah pandai kasi keluar tips -_-“. Sebenarnya, mau share seja. Di bulan yang baik ini, seharusnya kita menjauhi sifat-sifat syaiton kerana syaiton2 semua kena rantai dalam bulan yang mulia ini. So, kalau masih jugak berperangai seperti mereka, maka ……..

Ok, back to the tips sharing. Sejak beberapa hari ini, saya dan Enchek Kedek amat busy menguruskan proses pemindahan rumah. Jadi, selalunya kami tidak perasan pun masa berlalu. Sedar-sedar seja, sudah jam 6.30. Dan sedia maklum jugak dengan keadaan dapur yang memang tidak akan berasap dalam masa terdekat ini kerana awaiting untuk project ‘House to Home 6’, so kami laki bini memang makan luar seja.

So, bila sudah tersedar waktu yang menghampiri waktu berbuka, saya akan mandi dulu. Tidak sanggup keluar sungkai muka berminyak-minyak! Then, by the time habis mandi, ada tinggal beberapa minit lagi untuk sungkai. So ready ja lah dengan air. Kurma tidak ada sebab makanan pun kami tiada di rumah! Selepas berbuka dengan air, solat Maghrib dulu. Lepas tu, barulah kunci pintu rumah, start enjin kereta dan mencari tempat sungkai.

Sampai kedai makan, order sejalah makanan seperti kita duduk makan di kedai selalu tu. Tiada kuih muih bazar yang terlibat. Habis makan, kenyang dan puas hati. Lepas itu, balik rumah atau pergi ke masjid untuk Tarawikh lah.

Sama jugak berbuka kan? Cuma tiada makanan yang berlebihan di beli di bazar. Biasanya kuih muih tu yang nda habis. Kadang-kadang jugak tidak sedap, sebab tu kita tidak habiskan. Sebab itu kalau pergi bazar, saya lebih prefer untuk tidak ‘wow-kuih-baru-nampak-macam-sedap-ermmm-mau-try-lah!’. Saya beli kuih yang saya familliar seja dan biasanya ialah kuih apam balik atau nama komersialnya di kk, kuih terang bulan. Eh, betulkah? Kami selalu panggil kuih tu macam tu lah. Di sarawak seja saya tau namanya apam balik. Extra kacang please! Hehe..

Sebenarnya tips yang saya share ni pun sebenarnya mengikut sunnah Nabi kan? Cuma saya cuba aplikasikannya kepada aktiviti seharian kami. Just for the record, duit pun dapat jimat sebab makan seperti biasa seja jugak. Tiada yang special. Kalau mau special, baru lah pegi Sushi King kah… Pizza Hut kah.. Kira special lah tu. Tahun ni, belum lagi kami ada berbuka di hotel seperti last year. Err.. Sama seja jugak. Atau mungkin nafsu makan saya tidak sekuat dulu. Puasa tahun ni saya lebih kepada haus dan penat seja. Lapar tidak walaupun contractor pasang lampu & packing barang bukak nasi bungkus depan saya! Hehe..

Selamat berpuasa dan selamat berbelanja dengan bijak di bulan Ramadhan.

stay at home

Semakin lama, saya semakin lebih prefer untuk tinggal di rumah pada waktu offday atau hujung minggu. Tidaklah pulak pasti samada itu adalah di sebabkan oleh faktor umur atau pun faktor tidak-ada-shopping-mall-best-di-Bintulu. Tapi, now that I am already in Miri, masih jugak boleh menguap di dalam shopping mall. -_-”

Mungkin jugak faktor umur. Dan mungkin jugak faktor restored energy saya selepas bekerja 4 hari, menjaga dan mengurus Ariana & Enchek Kedek.

Enchek Kedek, in the other hand, juga suka duduk di rumah. Layan tv, layan ps3. Kadang-kadang berkebun. Yes. Enchek Kedek is our Mr. Green Hand.

Cuma sejak akhir-akhir ini, Enchek Kedek ada keluar untuk ke gym sampai lewat malam. Saya tiadalah pulak ikut sebab saya kenal kawan-kawan yang pegi dengan dia. Lagipun saya bukan jenis yang suka menghalang laki saya keluar dengan kawannya. Mereka berkenal sesama sendiri sudah sekian lama. Tidak masuk akal jugak saya untuk menghalang mereka hang out bersama. Kalau tidak, mesti kawan-kawan dia kecik hati.

Enchek Kedek pun, bukanlah jenis yang mengurung saya di rumah. Kadang-kadang kalau saya mau hang-out dengan kawan-kawan, Enchek Kedek kasi jugak, tapi dengan syarat dia kenal lah dengan kawan-kawan saya dan mereka ialah perempuan.

Erm.. Bukanlah bermaksud tidak boleh berkawan dengan lelaki. Kalau kena kasi pun saya tidak mau jugak. Saya bini orang. Agak tidak manis jugaklah. Mesti saya akan berasa pelik. Mesti saya akan terkenang-kenang Enchek Kedek & Ariana di rumah. Tapi belum pernah terjadi lah. Saya cuma cuba untuk meletakkan diri saya di dalam situasi itu.

Bagi saya, sebaik sahaja saya menjejakkan kaki keluar rumah (dengan izin suami), bermakna, saya membawa sekali maruah suami saya bersama saya. Jika buruk kelakuan saya di luar, maka buruk lah maruah suami saya. Jika baik kelakuan saya di luar, maka baik jugaklah maruah suami saya. Simple kan? Kalau sayang dengan suami, pandai-pandai lah jaga diri.

Sebab itu jugaklah saya prefer untuk keluar sendiri seja kalau perlu beli barang, ataupun bawak Ariana sekali.

PS : Saya hanya manusia biasa. Setiap hari saya cuba membaiki diri untuk menjadi isteri yang solehah. Kalau tidak mampu menjadi isteri solehah, paling-paling pun tidak mahu menyusahkan suami saya suatu hati nanti. After all, semua perkara yang baik dapat di fikir secara logic. Terpulang kepada diri sendiri sahaja mahu berkorban atau tidak.