Sungkai bersama Binikedek

Tadi berbuka puasa di Lepaq Cafe, Lutong Baru.

Balik kerja 6.30. Jalan kaki ke kereta dalam 5 minit sebab saya parking jauh sebab pagi saya keluar pegi tukar bateri kereta dan parking yang dekat2 memang susah mau dapat unless datang kerja macam saya jam 6 pagi.

So sampai kereta, start enjin and vroom sebab tiada bekal air dalam kereta untuk berbuka. Dalam keadaan yang lapar lagi, sampai jugak depan Lepaq cafe.

Jalan laju-laju masuk cafe, pekerja2 nya sedang bukak puasa. Saya pun tidak jugak hati mau suruh diorang gorengkan nasi untuk saya. Then semua senyum-senyum tengok saya dan suruh saya ambil piring dan join diorang makan nasi berlauk.

Saya pun semangat jugak terus ambil piring sambil tanya diorang, buka puasa kah sudah? Hehe. Terus tuan punya restoran menahan saya dari mengambil nasi dan suruh saya minum air oren dulu buka puasa.

Walaupun duduk sendiri makan, rasa macam makan beramai-ramai jugak. Semua scattered around, tapi semua tertumpu kepada tv. Hehe.

Alhamdulillah saya kenyang dan balik rumah dengan hati yang gembira. Sebenarnya, yang saya makan tadi tu sepatutnya buffet. Tapi saya ingat biasa2. Tapi tuan restoran pun ok seja. Dia charge saya RM5 dengan refill air oren 3 kali.

Btw, sebab rasa seperti makan beramai-ramai bersama-sama dengan pekerja restoran, saya sikit lagi join diorang bawak piring pegi dapur lepas makan. Nasib saya sedar awal sebelum memalukan diri sendiri. :p

20110804-104030.jpg