Salam Aidilfitri

Tidak senonoh betul kasi tinggal blog tanpa update dengan gambar fitting room.

Walaubagaimanapun, intention entry ini ialah untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan Maaf Zahir dan Batin.

Saya sangat sibuk menjadi ibu kepada anak yang excited mau berbaju raya dan memakan kuih raya pada tengah malam.

Sebagai penutup, tengok gambar Ariana Maisara berbaju kurung makab kuih bawah meja sebab nda mau share dengan orang.

20110831-104704.jpg

Growing up with Ariana

Miss her like crazy. Lagi 3 hari, baru dapat jumpa Ariana. Saya mau masa cemburu dengan saya. Dan saya rasa memang cemburu buta jugaklah masa dengan saya. Hehe.

Kemarin mum in law call. Ariana mau cakap. So saya pun layan lah. Ariana cerita dia tengok tv. Ariana cerita dia ‘mam cik’ (makan nasi). Of course saya tidak pahamlah apa dia cakap. Tapi mum in law tolong translate sebab tengah dia bercakap tu, sambil dia tunjuk tv.. Hehe. Lepas tu mum in law cakap Ariana mencium-cium telefon tu T_T.

Mencurah-curah terus air mata saya. Kesian my little miss Ariana. Ini lah paling lama saya kasi tinggal dia. Selama ni tidak pernah sampai seminggu. Ini mau seminggu lebih sudah. Tidak jumpa empat hari pun sudah Ariana melekat macam belangkas dengan saya. Ni kali nda tau lah.

Tapi saya ada beli toys jugak untuk Ariana. Toys for learning. Reward for her for being good girl. Dress raya pun ada sampai 3 pasang. Mommy nya rambang mata. -___-”

Tadi pagi call lagi diorang di Sibu. Mum in law pesan, beli baju tidur baru untuk Ariana sebab dia sudah membesar dan baju-bajunya sudah sendat. Hehehe. Ok lah. Nanti beli 2-3 pasang. Maybe I’ll go for the cheaper brand sebab pakai pun sekejap ja. Yang sudah sendat ni rasanya baru pakai 2-3 bulan seja.

Oh. Baju raya mommy & Ariana pun sudah siap. Hari ni pegi ambil. Petang boleh sudah cari tudung yang matching. Malam boleh sudah packing ^_^.

Show me the money!

Kalau kamu bah, pigi kedai, tu sales assistant selalu buat apa? Does he/she assist you or gave you the I-dont-think-you-can-afford-this face to you?

Saya selalu kena yang second tu lah sambil di renung dari atas sampai bawah. Apa boleh buat. Muka memang bukan muka orang berduit. Pakaian pun macam pakaian rumah. Tshirt & selipar Bata. Hehe. Tapi saya rasa selamat. Tidak di kejar sana sini oleh sales assistant. Pilih barang pun dengan aman. Kalau mau apa-apa baru saya panggil diorang dengan muka yang kencang. Muka kencang sebab I-can-afford-to-buy-this-but-why-you-give-me-that-look.

Tapi sometimes these sales assistant pun kadang-kadang melebih-lebih jugak men-under-estimate customer. Bukan sales assistant seja, bank officer pun sama jugak sebab saya pernah kena. Padahal, saya rasa paling cantik lah sudah baju saya pakai time tu (blouse instead of tshirt). Hehehe. Masih jugak kena kasi what-the-hell-are-you-doing-here-woman? face.

Yang paling teruk saya rasa saya kena ialah di Parkson Bintang Mall. Saya pigi cium-cium bau perfume, then tu SA pun layan-layan jugak kasi cium perfume yang baru etc etc. Then, tiada yang saya minat, so I said, Thank You. Terus kena kasi jelingan tajam sambil memuncungkan bibir. Terus saya pun blur. Saya tidak tau pulak kalau sudah cium-cium bau perfume, mesti jugak beli. Terus saya buat di-mana-hak-saya-sebagai-pengguna? face. Ceh. Kalau tidak silap, saya kena tu di booth perfume Elizabeth Arden. But that was 2-3 years ago punya cerita.

Memang betul kan dari pakaian kita seja orang sudah boleh judge. Contoh paling senang, kami training dulu mesti pakai coverall. Kawan-kawan semua nasihat jangan pakai coverall (ni kes keluar time lunch-hour) kalau mau pegi beli barang. Harga barang pandai naik 10%. Haha.

Then, kedai-kedai tu pun pandai. Contoh kalau di saloon, sambil cuci rambut sambil diorang tanya kerja apa dan di mana. Kalau jujur betul pegi jawab (macam saya dulu), terus pelbagai jenis set rawatan rapi untuk rambut rosak dan bercabang di kasi keluar. Harga pun kaw-kaw.

Jadi, apa kesimpulan yang dapat dibuat di sini?

Yes. Semua orang mata duitan. ($_$)v

Money is not everything, tapi seperti yang di katakan oleh kawan Enchek Kedek, ‘Money is not everything, but money is convenient’.

Convenient macam mana? Saya kasi contoh.

Kamu mau membeli bb cream (waving at Cinoi) atau pun mascara (waving at Chii pulak). So kamu terjumpa satu brand ni. Tagline nya sangat memukau. Blemish free. Lucious eye lash. Satisfaction guarantee. Terus kamu pun tertarik dan membeli. Then, bila pakai, rupa-rupanya manisnya pada tagline seja tapi hasil tidak  seberapa. Tapi Monday mau kerja sudah dan stok bb cream or mascara sudah habis. So kamu pun pergi ke Sasa lagi dan membeli brand lain ataupun brand yang kamu biasa pakai. See how convenient money is?

Saya kasi contoh lagi ya. Kamu ada mesin jahit. Kamu suka menjahit. Tiba-tiba satu hari rumah kamu di masuki pencuri. And out of all the things, mesin jahit kamu yang di curi. Terus kamu tidak dapat menjahit. Terus kamu merasa kosong. Terus kamu jadi tidak tentu arah. Terus kamu pandai tidak puas hati kalau laki kamu sedang tidur sedangkan kamu tidak dapat tidur sebab biasa menjahit sampai tengah malam baru tidur. Terus.. eh.. ok.. Paham jugak kamu kan bagaimana perasaan si orang-yang-baru-kehilangan-mesin-jahit tu? Dan kalau kamu seorang suami, mesti kamu kesian jugak dengan bini kamu tu kan. Mesti kamu akan cakap, ‘Esok kita cari mesin jahit baru’ kan?.

Bye!

House to Home 11

This might be my last entry for House to Home project because:

1. It is not as what I planned already.
2. I do not want to expose too much info about the house like windows, doors etc. Manatau ada pencuri yang baca blog ni (according to my friend lah konon)

So, we installed grill for our doors. I dont really like the design. Too plain.

20110823-102438.jpg
More like a cell. Huhu.

See. I dont even have the heart to continue this entry.

Bye!

Self defense

Sekarangkan, kalau saya sendiri tidur di rumah, benda paling wajib saya ada di sebelah bantal ialah remote house alarm sama Enchek Kedek punya baseball bat. Enchek Kedek tidak main baseball, memang tujuan beli untuk self defense. Selain itu kami jugak ada sumpit tapi kadar hembusan nafas saya tidak cukup kuat untuk menyumpit penjahat/pencuri. Haha!

Eh. Entry ni sebenarnya entry serius. Saya kan ada perasaan takut jugak selepas kejadian kecurian hari tu. Lebih-lebih lagi tinggal sendiri di rumah. Sebab tu saya letak remote alarm dengan baseball bat tu within reach in case if anything happen. Benda macam parang pun Enchek Kedek ada kasi tinggal di rumah tapi saya tidak berani sebab saya tidak kuat. Kalaulah (palis-palis) pencuri masuk rumah, then saya kasi keluar parang, sekali pencuri tu berjaya rampas parang dari saya, kan susaaaahhh.. Bagus lagi saya pigi pukul-pukul grill rumah supaya alarm berbunyi.

Back to the real story. Sebenarnya, sebelum kejadian kecurian tu, saya selalu ingatkan saya ni kuat. Kalau ada penjahat, saya berani bertumbuk lah kunun. Tapi, selepas kes saya tidak berenti menangis lepas rumah di masuki pencuri sebab terlampau takut, ternyata saya hanya berani imagine sahaja, tapi bila berdepan, saya jadi takut.

Sekarang ni lagi, kes-kes seperti ragut & terbaru acid-splasher di KK, tambah lah kita makin terasa terancam. Begini rupanya perasaan binatang terancam kan? Sentiasa rasa takut tidak mengira waktu.

Dan sekarang pun saya sangat takut sebab hujan lebat & angin kuat. Angin yang ada bunyi tu. Mau tukar baju dari baju tidur kelawar pegi tshirt & seluar. Kalau ada apa-apa senang lari dengan baseball bat, laptop & kunci2 rumah serta handbag-handbag. Dan saya bertekad, kalau black-out, saya tidur dalam kereta.

Sekian.

20110821-103425.jpg

Growing Up with Ariana

On the phone.

EK & BK on loud speaker.

: Hello Mai..

: Eloow..

: Mai buat apa?

: Mamam.. Mamam.. Mamamm..

: Siapa kawan Mai sana?

Bunyi-bunyi seperti orang berjalan.

: Udah! ( suara Mai)

Mum in law : Aii.. Udah kah???

Rupanya Ariana sudah pass telefon dengan mum in law.

Kami belum puas bercakap. Kami belum habis bercakap pun!

T_T

Kisah pintu lagi

Sebenarnya, selepas pintu rumah kami di tukar baru selepas di pecah kan oleh pencuri, kami terpaksa tukar satu lagi tombol pintu sebab telah di rosakkan jugak oleh…… Enchek Kedek!

Malam tu, saya sangat penat jadi sudah tertidur awal di dalam bilik. Enchek Kedek pulak maybe penat lepas buat juice apple. Actually kami ada juicer baru. Kami tukar point credit card di SenQ, dan dapat juicer & vacuum cleaner.

So, dalam saya tidur-tidur tu, Enchek Kedek kasi bangun saya untuk minum juice apple tu. Saya pun kunun bangun lah. Minum jugak tapi masam. Jadi kenyenyakkan tidur sudah terganggu, tapi masih boleh tahan.

Then Enchek Kedek set up tempat tidur di dining room kami sebab sana tingkap sudah ber-grill jadi boleh bukak tingkap. Malam tu agak panas jugak lah. Sudah dia set up tempat tidur tu, di bawaknya saya join dia sekali tidur di luar. Saya pun ikut seja lah.

Saya keluar terus baring atas tilam. Saya dengar Enchek Kedek kemas-kemas kunci dalam bilik, bunyi pintu di tutup dan di susuli dengan suara ‘alaaaa…’.

Rupanya kunci (semuaaaaaaaaaa kunci) tertinggal dalam bilik & pintu bilik ni jenis pengunci (yang main tekan ja tu) jenis terkeluar. Jadi kalau angin kuat sikit, pintu langgar dinding belakang, confirm pintu terkunci.

Salah satu cara untuk masuk ke bilik ialah panjat tingkap toilet. Tapi, kami kan besar-besar saiz nya. Enchek Kedek ambik kerusi, then lama dia merenung ke dalam toilet dari tingkap tu. Saya sudah terlelap (bini yang kejam) then terbangun balik pun, masih jugak Enchek Kedek berada di posisi yang sama. Saya imagine macam kucing yang mau masuk dalam rumah seja. Hehehe.

Last resort, terpaksa pakai pisau daging & hentak atas tombol pintu dan baru lah pintu mau bukak.

Kejadian ni berlaku tengah malam. Ada jugaklah cubaan untuk menelefon kawan-kawan yang berbadan kecil, tapi semua sudah tidur. Saya pun ada cuba mau panjat tapi kena halang oleh Enchek Kedek. Tapi seriously tinggi. Kalau saya lompat masuk dari tingkap pun confirm patah kaki.

So total damage ialah perlu membeli tombol baru.

House to Home 10

20110819-031313.jpg

Kerja-kerja memasang alarm di rumah.

20110819-031403.jpg

20110819-031426.jpg
Lampu akan marak di iringi bunyi alarm yang bikin panik kalau anda seorang pencuri. Erm.. Memang pun semua alarm begitu. Ehehe.

Sebenarnya tiada cerita yang panjang untuk entry ni, cuma nya, baru terfikir that we spent more than RM10K hanya untuk pencuri! Maknanya, begitu punya jumlah hanya untuk house safety. Belum lagi masuk cctv. Itu belum lah. Betul-betul nda beraya kami tahun ni nanti. -_-”

Semua ini pun hasil pertimbangan-rasa dari pihak Enchek Kedek dan parents saya sebab risau keselamatan kami dan bukannya harta semata-mata.

Dan tadi jugak kami baru sahaja membeli insurance untuk barangan dalam rumah dari AM Assurance. In case kecurian lagi, insurance akan cover at least 70% dari barangan yang di curi. Better than nothing. Kalau kamu mau beli pun bagus jugak. Tidak mahal. Kami ambil coverage RM60k, dan bayarannya cuma RM238 setahun (bukan bulanan ya) selepas 25% off sebab kami ada insurance dengan AM bank sebelum ni. Tapi dengan syarat rumah kamu mesti ada grill atau pun alarm.

Last but not least, thank you to family & frienda for the kata-kata supaya kami sekeluarga bersabar. Dont worry. Kami masih rock!

Ariana masih di Sibu dengan neneknya. Dia bestfriend dengan Enchek Kedek punya pakcik. Tahap keakraban mereka kan, sampai Ariana panggil pakcik Enchek Kedek tu ‘Di’ (nama pakcik) instead of Ipo (datuk/nenek dalam bahasa Melanau).

Esok saya kerja.

House to Home 9

Hari ini saya focus on dapur seja. Sedaya upaya bertungkus lumus supaya dapur dapat di asapkan. Lagipun Puan Fiona Hamidon sudah memberi resepi mee basah. Hehehe.

20110818-041313.jpg

Stove & hood ialah unit yang kami baru beli. Stove lama ialah stove biasa seja. Kali ini Enchek Kedek mahukan dapur yang lebih sleek. Saya iya seja. Asalkan boleh memasak. Tapi saya suka juga sebab serba sedikit dapat menaikkan mood memasak saya. Hehe.

Jadi tadi tugas saya seperti yang di cadangkan oleh Miss Cinoi, iaitu buka 10 kotak sehari. Jadi tadi betul-betul buka 10 kotak sahaja. Semua barangan dapur.

Kalau anda seorang yang hebat memasak dan berada di dapur adalah kelebihan anda, pasti ada tertanya-tanya, mana sesaban si Sheila? Pisau? Lesung batu? Trust me. Saya sendiri pun tidak tau di mana. Ini seja yang saya jumpa. Mungkin ada dalam 10 kotak yang akan datang. Atau mungkin yang akan datang datang datang punya 10 kotak. Ntah lah.

Yang penting saya jumpa ini.

20110818-041913.jpg

Selain dari periuk-periuk mil, saya jumpa sudah acuan kek lapis saya. Weehuu. Boleh buat kek. Err.. Cabinet dapur belum ada. Pokok duit saya belum berbuah. Tunggulah urusan penjualan rumah di Bintulu sudah selesai, baru dapat tokok-tambah lagi barangan di rumah.

PS : Kami ni jenis raya di kampung. Jadi, belum ada sofa pun tak kesah.. Hehehe.