Semua yang orang mau, kau pun mau kan?

Im talking about myself btw.

Tadi pagi dorang si Ona memilih-milih tempat mo pigi Bali, Krabi, Langkawi or Phuket. Saya pun kunun menyampuk sebab interested jugak mau jalan-jalan. Tapi, belum tau bila lah dapat jalan-jalan ni.

Then, dorang Ona mau pigi Rainforest Music Festival pulak next year. Saya si mommy-mommy pun kunun mau jugak ikut. Tapi Enchek Kedek kurang setuju untuk saya ke RMF tu. Tapi nda pa. Tunggu apa kata penganjur dulu.

Then diorang Ona (Ona lagiii…), planning ambil package honeymoon di Karambunai, pun saya interested jugak mau sebab senang Ariana tinggal di Penampang. Semua pun saya mau kan?

Then tadi petang baca2 status FB, baru tau Ani, bini Beru pregnant lagi. Yes. You guessed it right. Terus saya pun rasa mau jugak pregnant. -_-“

Mari pengsan beramai-ramai

Erm.. Kalau larat lah. Saya tadi hampir pengsan. Dapat info dari kawan, yang ada seseorang telah menggunakan nama saya untuk menyelamatkan diri sendiri.

Di samping menyelamatkan diri, dia jugak hampir merenggangkan hubungan per-kawanan saya dengan seorang individu itu. Nasib individu itu, memang sudah lama ber-contact dengan saya dan cerita masalah-masalah dia. So individu itu tidak termakan fitnah si pembuat cerita itu.

Mula-mula saya yang sebenarnya tidak ada kena mengena, langsung tidak berpihak pada mana-mana pihak. Saya cuma pendengar setia sahaja. Tapi lepas orang menggunakan nama saya, worst, memfitnah, macam saya rasa tidak relevan seja. Mentang-mentang saya di darat, kau di offshore, kau boleh suka hati lah pakai nama saya?

Kau tidak tahu kah? Selain daripada ‘kami benci dadah’, kami jugak benci pembuat cerita, pemfitnah, perosak carrier orang lain yang betul-betul mau kerja dan pen-tikam dari belakang.

Saya tau kau suka kasi buruk nama saya jugak sebab kau dari dulu teringinkan position saya ni kan? Tapi tidak dapat. Kau masih jugak tetap dan berpencen kerja di offshore. Macam mana jugak. Kau sendiri yang cakap platform tidak dapat jalan kalau kau tiada. Kau satu orang seja dapat start up platform. Betapa megahnya kau dengan diri kau. Sebab kau terlampau hebat, sebab tu lah kau masih di sana. Saya malas mau peduli apa yang kau cakap pasal saya sebab saya percaya hukum karma.

Yes. Kau memang baik. Lebih baik lagi kalau mulut kau tidak serupa perempuan. Kau tu lelaki. Tapi kalau menangis serupa perempuan (pakai tisu segala) tu… hehehe

Sila jangan jadi bodoh dan sanggup menggunakan nama orang lain untuk menyelamatkan diri sendiri, boleh x? Sebab sekarang kau sendiri seja yang nampak bodoh (dan sedang menangis). Orang sekeliling kau sedang ketawa jahat. Malu kan atas tindakan bodoh diri sendiri?

PS : Saya jarang buat entry macam ni. Tapi bila saya sudah buat, means saya benar-benar tidak senang dengan fitnah orang lain.

PSS : Saya tau kau baca blog saya.

PSSS: Kawan-kawan offshore seja paham situasi sebenar. Family & friends, mintak maaf kalau tidak faham cerita sebenar. Boleh ignore dan baca entry lain.

Raya preparation

Erm.. Perlukah tu ah wishlist untuk raya? Because I’ve seen people with their wishlist for Raya sudah.

Err.. I dont have any. Yang penting baju raya ada, duit raya untuk sedekah budak-budak ada. Baju raya pun kalau ikut, pakai last year punya pun boleh. Tapi saya sudah terbeli untuk tahun ni, jadi proceed seja dengan menghantar kain kepada tukang jahit. :p

Handbag untuk raya? Saya boleh bikin beg sendiri, kalau saya betul2 perlu bag lah. Hihihi.. Yang specially dedicated untuk raya tiada lah. Pakai seja mana-mana handbag yang under utilised tu. Saya sudah biasa dari dulu. Eh silap. Dulu I dont even bother to have a handbag. Jadi kira ada bag ni bersyukur lah.

Kasut/sandal kali lah. To match up with my baju kurung. Tapi, kemungkinan besar saya tidak beli jugak lah. Sebab Enchek Kedek ada mengeluarkan satu ayat tu hari semasa dia membersihkan kereta.

“Sayang. Ada kamek jumpa sandal kitak bawah seat kamek. Cantikkk. Masih nampak baruuuu.” sambil memuncung-muncungkan bibir dan senyum secara sarcastic.

-_-”

Kuat-kuat lagi tu. Dengar jiran sebelah. Hahaha. So, no sandals for me lah. Kecuali saya berjaya beli tapuk-tapuk dari Enchek Kedek. But still, saya belum nampak kepentingannya. Sebab saya kalau raya di rumah nenek seja. Tidak lama pakai sandal. Bagus saya beli bantal raya sebab pegi rumah nenek seja, carik bantal terus tidur.

Sekarang ni mau start order kek lapis lah for raya. Rasanya tahun ni saya tidak dapat buat kek. Selagi belum pindah rumah, selagi tu kita jangan kacau perkakas rumah yang perlu di kasi keluar dari kotaknya ya tuan-tuan dan puan-puan.

Ariana punya preparation pun sudah cukup. Saya sudah beli kain baru untuk ganti baju raya Ariana yang kecil tu. Kasut pun ada saya beli masa kahwin si Jack tu hari. Sengaja beli besar sikit supaya pakai lama. So kasut pun nda payah lah. Baru pakai sekali seja jugak kasut tu. Casual dress untuk Ariana pakai selepas dia rimas seharian pakai baju kurung, mungkin saya akan beli. Macam tiada masa jugak mau jahit sebab alasan yang sama, pindah rumah.

Most probably, mid of Aug kami akan berangkutan pindah. Iya. I know. Pindah time bulan puasa. Tapi, kerja pembersihan rumah saya akan panggil cleaner untuk datang. Mungkin suruh wax lantai rumah sekali. Sekali sekala kan. Then packing barang akan di buat oleh agent pemindah tu. Nanti diorang yang tolong packing. Saya cuma perlu kemas apa yang saya tidak mahu mereka sentuh.

Hopefully proses pemindahan berjalan dengan lancar. Dulu, dengan perut sarat mengandungkan si Ariana tu kami dua laki bini mengangkut barang pindah rumah, with the help from Wan & kereta Encik Lister. This year, Enchek Kedek sudah rajin pegi gym angkat besi. Mustahil angkat kotak nanti tidak larat. Ehehehe.

Me, Enchek Kedek & Mum-in-law

Scene 1:
Enchek Kedek mencubit-cubit saya.
BK: Jangann bah. Sakit.
EK: Cubit-cubit lagi.. Muahahahaha!
BK: Sakit bah.
Mum-in-law : Jangan lah kacau-kaau orang puasa. Nanti terbatal puasa orang nanti.
BK: Hihihihi…

Scene 2:
BK: Esok kmk sik maok puasa.
EK: Kenapa? Puasa sejalah. Tinggal satu hari lagi kan mau ganti.
BK: Sebab kamu ada di sini. Nanti pegi makan-makan kan. (statement orang kuat makan)
EK: Puasa seja. Biarlah kami makan-makan. Kitak diam-diam seja. Muahahahah..
Mum-in-law: Biarlah. Sik payah puasa. Nanti ja kami balik Bintulu baru sambung lagi puasa. Tinggal satu hari lagi jugak.
BK: Hihihihihi…

PS: Dialog mum-in-law saya translatekan dari Bahasa Melanau ke Bahasa Melayu.

PSS: Watak Enchek Kedek ialah watak yang sengaja mau menganiaya orang yang sedang berpuasa.

PSS: Ariana tiada dalam dialog sebab dia berdialog dengan si Timmy.

My week so far..

I arrived Miri last Monday ngam-ngam midnight by bus. The bus supposed to take off at 7.30, but it came late, so we took off at around 8.30 pm. Nasib ada Baiy ambil di terminal. Langsung tiada teksi. And I am not going to take the night bus anymore.

The next day, I was super tired but at work, it was super busy. Masa pun seolah-olah terlalu cemburukan saya.

And on the next day pulak, super-nothing-to-do. I was bored. Haish.. Busy complaint. Nda busy pun complaint.

Anyhuuu, that night was a ketam night. I went out with Wenn & Vanessa & Daniel to eat ketam! Ketam masak telur masin yummeh. It was fun catching up things with them, especially Vanessa because I cant even remember when was the last time we met.

After the ketam session, it was the movie session. Hehe. We watched Transformer (again..) and I fell asleep (again..). Siok pulak tidur di cinema. :p

The next day, after settling all the house thingy, fetch Vanessa at the hotel and we went out for lunch. ^_^

After lunch, jalan-jalan cuci mata. We went to Watson and stucked there. Hehe. Actually both of us want to be cantik, so we bought this. :p

20110724-043358.jpg

Super sedap and I felt instant cantik. I mean my skin. Hehe. Even only after 1 bottle.

And after that, my days filled with same ol same ol. My 4 days working already ended, but add up another 2 days overtime. Which means I only have 2 off days left which if I decided to go back to Bintulu, the next day, I have to go back to Miri again. So Enchek Kedek told me thay he & Ariana are coming over tomorrow!

Yeay!

^_^

binikedek.com

If any of you friends noticed, (I know Kak Dimp is), my blog was not able to load the whole day yesterday because my domain has reached its bandwith limit. My current bandwith is 10000MB. All used up.

Saya pun tidak tau macam mana boleh habis pakai. Tau lah kan orang buta IT ni. Yang saya tau, update kemerepekkan seja dalam blog.

I tried looking for info from the net, and what Iย found was, one of it is that my bandwith habis pakai sebab people took/linked picture from my blog (???). Itu salah satu. Salah banyak nya tidak tau sebab saya mengantuk semalam. So I contacted serverfreak, and they advised me tu upgrade my current package i.e Prime to Supreme. Macam pizza hut pulak kan? Hehe. Sudah namanya buta IT, di kasi sama lagi dengan pizza hut.

After upgrading, I install the ‘hotlinking protection’ plugins, supaya orang tak boleh hot-hot linking my blog to theirs. Kira bila orang hotlinking, my bandwith pun dia pakai. Jadi, blog yang tidak seberapa traffic nya ni, habis bandwith begitu seja. Biasanya blog yang high traffic seja perlukan bandwith yang besar.

Another reason, yang Enchek Kedek kasitau, which saya tidak sangka dia tau sebab yang saya ingat dia main DOTA seja -_-“, ialah Ping of Death. Dia kasi saya shoftform POD lagi kunun. Saya ingat dia cerita pasal iPod -_-“. POD ni, macam orang yang tiada kerja, mengajak orang lain beramai-ramai serang masuk blog saya hanya untuk menghabiskan bandwith saya. Dan secara tidak langsung, Enchek Kedek ingat saya kena tipu supaya membeli bandwith lebih besar. Eh.. Betul-betul buta IT saya ni. Kalau kamu tanya saya mana oil well yang high CO2, boleh saya jawab. Kalau ini, memang tak boleh.

Di samping itu, say install satu lagi plug-ins. Block-spammers-with-Math. Hehehe. Saya banyak bah received comments from spams. Kadang-kadang 10 sekaligus datang. Mau exchange link lah, mau minta code design blog ni lah, mau jual Viagra lah. Apa-apa lah. Rimas saya tauuu (???). Jadi, everytime kamurang meninggalkan comment nanti, akan ada lah soalan matematik yang saya tujukan khas untuk anda supaya dapat kesan samada kamu ialah manusia sebenar atau spammers. Soalan simple seja. Pembezaan, pengkamiran tu teda. Itu kalau keluar, saya pun sanggup nda comment pasal buku add math tinggal di KK :P.

House to Home 3

Hari ini tiada pegi melawat rumah.

Tapi ada pegi melawat tukang jahit langsir sebab mau bayar deposit. Juga mahu finalised kain mana yang mau pakai. Kayu rail mana yang mau pakai. Saya jugak kasi tengok tauke design langsir dapur yang saya mau. Hehe. Dia setuju untuk buat design begitu untuk saya. Seterusnya, saya pergi beli kain langsir untuk dapur. Kain biasa seja sebab design terhad dan Enchek Kedek buat-buat tidak tahu seja bila saya cakap mau beli kain langsir dari tempat saya beli oil cloth selalu. ๐Ÿ˜›

Oh. Sebelum pergi membeli kain langsir, saya tengok di FB, tuan punya Button Point banyak meng-upload gambar stock baru yang sampai. Saya pun laju-laju urus semua urusan supaya boleh pegi Button Point. Semua cotton dia bikin gergitan. Cuba lah kalau cotton-cotton itu ialah oil cloth, memang saya beli. Sebab saya punya cotton di rumah masih banyak belum pakai. Mana tidak. Jarang sudah jahit baju Ariana. Nda pa. Budak tu sedang membesar dengan laju. Nanti minggu ni bikin baju, minggu depan tidak muat sudah. Apa? Tidak percaya? Sekarang Ariana berumur 1 tahun 7 bulan, tapi sudah pakai baju untuk umur 3 tahun. -_-“. Perenggan ini khas untuk bukan cerita pasal rumah.

Berbalik kepada tajuk, kira-kira stop dulu task House to Home ni sebab sudah selesai, buat masa ini. Tunggu grill & langsir siap, baru dapat meneruskan lagi task yang seterusnya. Jadi, kita kan berbalik semual ke cerita pasal saya rindu rumah. Mau balik rumah. Mau jahit bag jugak. Gitu-gitu lah.

Bye!

Kitchen curtains

Terus saya angan-angan mau jahit macam ni, walaupun in reality, saya tidak pandai jahit langsir pun. But looks easy kan?

Baiklah. Esok pusing-pusing cari kain untuk tingkap dapur. Tingkap dapur sahaja. Yang lain kedai bikin. Eh. Yang ini pun kedai bikin. Saya carikkan kainnya seja. Mau yang ada gambar-gambar buah epal kah, bunga2 English Rose kah, gambar kucing tangkap tikus kah ๐Ÿ˜›

Sedikit info tentang tauke buat langsir ni. Sebenarnya, pekerja nya yang cerita lah. Tauke nya tu laki bini originally from China. Diorang datang Miri sebab anak diorang belajar di Curtin University. Dorang nda mau biarkan anak diorang sendiri-sendiri, jadi laki bini ni pun ikut pindah jugak then bukak bisnes curtain. Lama sudah dorang di sini. Dalam 4 tahun gitu. Ini according to pekerjanya lah. Pekerja nya ni pun bukan orang cina, tapi terer speaking cina. Dan dia jadi orang perantara saya dengan tauke sebab tauke tidak pandai cakap melayu. Dia tau sebut ‘Boleh’ seja.

House to Home 2

Today Enchek Kedek gave me the task for curtain hunting.

Btw, saya tidak mau sudah tu Roman Blind. According to Maslyn, memang mahal, susah mau cuci sebab ada besi-besi di tengah (not sure whether boleh bukak kah tidak tu besi-besi) and kalau talinya putus, kita terpaksa buat baru. Lebih kurang macam tu lah. So Roman Blind is out of the list. Pakai tabir biasa ja. Mudah dan murah.

So I went to the shop recommended by Hartini. Area E-mart, next to KFC. Kedainya tidaklah besar sangat. Jadi percentage untuk saya menjadi rambang mata cuma sikit. Sebenarnya kan, bagus jugak kedai yang tidak berapa banyak pilihan ni. Hehehe.

Selepas memilih kain langsir, tauke mula meng-quote harga. Kemudian saya hampir pengsan. Pengsan dalam kegembiraan. Tidak terlalu mahal. Campur tolak darab bahagi, adalah dalam RM2k, untuk seluruh rumah termasuk bilik-bilik dan dapur-dapur sekali. Ok kan? Memang patut saya gembira kan? Lagi pun, kain-kain nya semua berkualiti.

Saya jugak telah di ceramah oleh tauke kedai tu. Dia cakap, ‘Lu baru pindah rumah, tidak payah beli grand2 dulu. Beli yang cukup-cukup dulu. Nanti sudah lama tinggal, baru ada idea macam-macam, baru bikin lagi”. Pandai tu tauke kan? Dia mau suruh saya datang kedai dia lagi tu kali. Hehehe.

Saya sempat gambar satu langsir seja yang saya pilih untuk ruang tamu.

20110722-072622.jpg

Ada lah sentuhan vintage sedikit. Yang design tengah tu sulam. Colour white. Jadi senang match dengan furniture (yang belum ada lagi.. Hihi).

Siok jugak task menukar house into home ni. Hilang jugak kebosanan saya di Miri ni. Esok pegi kedai tu lagi untuk bayar deposit, baru diorang start bikin. Sama macam saya jugak, sudah orang bayar deposit, baru saya start bikin bag. ๐Ÿ™‚

20110722-073005.jpg

Ini lah tingkap yang saya kata-katakan itu. Seperti tingkap yang belum cukup tumbesaran. Tapi saya perasan di Miri sekarang ni banyak sudah rumah baru bikin yang pakai tingkap macam ni.

Oh. Progression of our kitchen.

20110722-073206.jpg

Hampir siap. Tinggal kasi tiles habis & kasi sumbat lubang2 pakai plaster. Tauke bilang lah. Saya repeat seja. Kalau tauke tipu, maka saya mun menipu jugak lah.

Ok. Itu seja buat masa ini.