Growing Up with Ariana

Saya jeles sebenarnya. Ariana macam sudah tidak berapa suka dengan bau ketiak saya. Dia lagi suka bau ketiak Enchek Kedek.

20110728-060506.jpg
Maksud sebenar perenggan di atas, Ariana sangat rapat dengan papa nya sudah. Bukanlah tidak boleh rapat. Tapi, Ariana macam kurang hairan pun bila saya ada.

Kalau Enchek Kedek baring2, dia pandai datang & baring sebelah. Tidur malam pulak, Ariana berbantalkan perut Enchek Kedek. Hehehe. Comel lah budak kecik tu.

Ok lah. Bukan jugak saya jeles kuat-kuat. Saya jeles sikit-sikit seja.

Ariana punya progression.

Boh – Tidak
Kau – Jalan-jalan
Mam cik – Makan nasik

Walaupun belum berapa pandai bercakap, tapi apa yang kita cakap dia faham. Melayu kah, English kah, Melanau kah.. Boleh saja. Tapi Kadazan belum pernah try. Hehe.

Tapi saya paling susah hati kalau Ariana sudah bawak saya bercerita. Bersungguh dia bercakap, tapi satu patah pun saya tidak faham. Unless dia sebut boh, kau atau mam cik. -_-”

Nda apa ya nak. Sikit-sikit. Albert Einstein pun umur 6 tahun (correct me i Im wrong) baru pandai bercakap.

PS : InsyAllah jadi anak yang pandai jugak yaaa…

Im an octopus!

Saya tidak bermaksud untuk mahu meminta puji, tapi hari ini banyak kerja sampai saya tidak sedar work station saya menjadi sebegini rupa.

20110728-112237.jpg

Berserabut fikiran saya. Kalau saya kemas, di unggar jugak balik tu.

Sepanjang minggu ini ada aktiviti lasak di offshore. Ada platform baru yang akan di ikat-masuk (tie-in) ke dalam system perpaipan yang sedia ada. Jadi, kita tidak boleh main-main sama ini gas yang datang dari laut. Kebetulan pulak, gas ini ialah gas h2s, kalau terhidu dalam kuantiti tertentu, pasti mati. Kalau tidak pun, cacat otak seumur hidup.

Btw, setakat ini, setengah hari ni, saya rasa serupa octopus sudah. Ada banyak tangan untuk buat kerja dalam satu masa.

Muka pun berminyak-minyak sudah. Haiiihhh…

PS: Banyak kerja boleh pulak update blog ya? Octopus kan. Hehe