Semua yang orang mau, kau pun mau kan?

Im talking about myself btw.

Tadi pagi dorang si Ona memilih-milih tempat mo pigi Bali, Krabi, Langkawi or Phuket. Saya pun kunun menyampuk sebab interested jugak mau jalan-jalan. Tapi, belum tau bila lah dapat jalan-jalan ni.

Then, dorang Ona mau pigi Rainforest Music Festival pulak next year. Saya si mommy-mommy pun kunun mau jugak ikut. Tapi Enchek Kedek kurang setuju untuk saya ke RMF tu. Tapi nda pa. Tunggu apa kata penganjur dulu.

Then diorang Ona (Ona lagiii…), planning ambil package honeymoon di Karambunai, pun saya interested jugak mau sebab senang Ariana tinggal di Penampang. Semua pun saya mau kan?

Then tadi petang baca2 status FB, baru tau Ani, bini Beru pregnant lagi. Yes. You guessed it right. Terus saya pun rasa mau jugak pregnant. -_-“

Mari pengsan beramai-ramai

Erm.. Kalau larat lah. Saya tadi hampir pengsan. Dapat info dari kawan, yang ada seseorang telah menggunakan nama saya untuk menyelamatkan diri sendiri.

Di samping menyelamatkan diri, dia jugak hampir merenggangkan hubungan per-kawanan saya dengan seorang individu itu. Nasib individu itu, memang sudah lama ber-contact dengan saya dan cerita masalah-masalah dia. So individu itu tidak termakan fitnah si pembuat cerita itu.

Mula-mula saya yang sebenarnya tidak ada kena mengena, langsung tidak berpihak pada mana-mana pihak. Saya cuma pendengar setia sahaja. Tapi lepas orang menggunakan nama saya, worst, memfitnah, macam saya rasa tidak relevan seja. Mentang-mentang saya di darat, kau di offshore, kau boleh suka hati lah pakai nama saya?

Kau tidak tahu kah? Selain daripada ‘kami benci dadah’, kami jugak benci pembuat cerita, pemfitnah, perosak carrier orang lain yang betul-betul mau kerja dan pen-tikam dari belakang.

Saya tau kau suka kasi buruk nama saya jugak sebab kau dari dulu teringinkan position saya ni kan? Tapi tidak dapat. Kau masih jugak tetap dan berpencen kerja di offshore. Macam mana jugak. Kau sendiri yang cakap platform tidak dapat jalan kalau kau tiada. Kau satu orang seja dapat start up platform. Betapa megahnya kau dengan diri kau. Sebab kau terlampau hebat, sebab tu lah kau masih di sana. Saya malas mau peduli apa yang kau cakap pasal saya sebab saya percaya hukum karma.

Yes. Kau memang baik. Lebih baik lagi kalau mulut kau tidak serupa perempuan. Kau tu lelaki. Tapi kalau menangis serupa perempuan (pakai tisu segala) tu… hehehe

Sila jangan jadi bodoh dan sanggup menggunakan nama orang lain untuk menyelamatkan diri sendiri, boleh x? Sebab sekarang kau sendiri seja yang nampak bodoh (dan sedang menangis). Orang sekeliling kau sedang ketawa jahat. Malu kan atas tindakan bodoh diri sendiri?

PS : Saya jarang buat entry macam ni. Tapi bila saya sudah buat, means saya benar-benar tidak senang dengan fitnah orang lain.

PSS : Saya tau kau baca blog saya.

PSSS: Kawan-kawan offshore seja paham situasi sebenar. Family & friends, mintak maaf kalau tidak faham cerita sebenar. Boleh ignore dan baca entry lain.

Raya preparation

Erm.. Perlukah tu ah wishlist untuk raya? Because I’ve seen people with their wishlist for Raya sudah.

Err.. I dont have any. Yang penting baju raya ada, duit raya untuk sedekah budak-budak ada. Baju raya pun kalau ikut, pakai last year punya pun boleh. Tapi saya sudah terbeli untuk tahun ni, jadi proceed seja dengan menghantar kain kepada tukang jahit. :p

Handbag untuk raya? Saya boleh bikin beg sendiri, kalau saya betul2 perlu bag lah. Hihihi.. Yang specially dedicated untuk raya tiada lah. Pakai seja mana-mana handbag yang under utilised tu. Saya sudah biasa dari dulu. Eh silap. Dulu I dont even bother to have a handbag. Jadi kira ada bag ni bersyukur lah.

Kasut/sandal kali lah. To match up with my baju kurung. Tapi, kemungkinan besar saya tidak beli jugak lah. Sebab Enchek Kedek ada mengeluarkan satu ayat tu hari semasa dia membersihkan kereta.

“Sayang. Ada kamek jumpa sandal kitak bawah seat kamek. Cantikkk. Masih nampak baruuuu.” sambil memuncung-muncungkan bibir dan senyum secara sarcastic.

-_-”

Kuat-kuat lagi tu. Dengar jiran sebelah. Hahaha. So, no sandals for me lah. Kecuali saya berjaya beli tapuk-tapuk dari Enchek Kedek. But still, saya belum nampak kepentingannya. Sebab saya kalau raya di rumah nenek seja. Tidak lama pakai sandal. Bagus saya beli bantal raya sebab pegi rumah nenek seja, carik bantal terus tidur.

Sekarang ni mau start order kek lapis lah for raya. Rasanya tahun ni saya tidak dapat buat kek. Selagi belum pindah rumah, selagi tu kita jangan kacau perkakas rumah yang perlu di kasi keluar dari kotaknya ya tuan-tuan dan puan-puan.

Ariana punya preparation pun sudah cukup. Saya sudah beli kain baru untuk ganti baju raya Ariana yang kecil tu. Kasut pun ada saya beli masa kahwin si Jack tu hari. Sengaja beli besar sikit supaya pakai lama. So kasut pun nda payah lah. Baru pakai sekali seja jugak kasut tu. Casual dress untuk Ariana pakai selepas dia rimas seharian pakai baju kurung, mungkin saya akan beli. Macam tiada masa jugak mau jahit sebab alasan yang sama, pindah rumah.

Most probably, mid of Aug kami akan berangkutan pindah. Iya. I know. Pindah time bulan puasa. Tapi, kerja pembersihan rumah saya akan panggil cleaner untuk datang. Mungkin suruh wax lantai rumah sekali. Sekali sekala kan. Then packing barang akan di buat oleh agent pemindah tu. Nanti diorang yang tolong packing. Saya cuma perlu kemas apa yang saya tidak mahu mereka sentuh.

Hopefully proses pemindahan berjalan dengan lancar. Dulu, dengan perut sarat mengandungkan si Ariana tu kami dua laki bini mengangkut barang pindah rumah, with the help from Wan & kereta Encik Lister. This year, Enchek Kedek sudah rajin pegi gym angkat besi. Mustahil angkat kotak nanti tidak larat. Ehehehe.