Kitchen curtains

Terus saya angan-angan mau jahit macam ni, walaupun in reality, saya tidak pandai jahit langsir pun. But looks easy kan?

Baiklah. Esok pusing-pusing cari kain untuk tingkap dapur. Tingkap dapur sahaja. Yang lain kedai bikin. Eh. Yang ini pun kedai bikin. Saya carikkan kainnya seja. Mau yang ada gambar-gambar buah epal kah, bunga2 English Rose kah, gambar kucing tangkap tikus kah 😛

Sedikit info tentang tauke buat langsir ni. Sebenarnya, pekerja nya yang cerita lah. Tauke nya tu laki bini originally from China. Diorang datang Miri sebab anak diorang belajar di Curtin University. Dorang nda mau biarkan anak diorang sendiri-sendiri, jadi laki bini ni pun ikut pindah jugak then bukak bisnes curtain. Lama sudah dorang di sini. Dalam 4 tahun gitu. Ini according to pekerjanya lah. Pekerja nya ni pun bukan orang cina, tapi terer speaking cina. Dan dia jadi orang perantara saya dengan tauke sebab tauke tidak pandai cakap melayu. Dia tau sebut ‘Boleh’ seja.

House to Home 2

Today Enchek Kedek gave me the task for curtain hunting.

Btw, saya tidak mau sudah tu Roman Blind. According to Maslyn, memang mahal, susah mau cuci sebab ada besi-besi di tengah (not sure whether boleh bukak kah tidak tu besi-besi) and kalau talinya putus, kita terpaksa buat baru. Lebih kurang macam tu lah. So Roman Blind is out of the list. Pakai tabir biasa ja. Mudah dan murah.

So I went to the shop recommended by Hartini. Area E-mart, next to KFC. Kedainya tidaklah besar sangat. Jadi percentage untuk saya menjadi rambang mata cuma sikit. Sebenarnya kan, bagus jugak kedai yang tidak berapa banyak pilihan ni. Hehehe.

Selepas memilih kain langsir, tauke mula meng-quote harga. Kemudian saya hampir pengsan. Pengsan dalam kegembiraan. Tidak terlalu mahal. Campur tolak darab bahagi, adalah dalam RM2k, untuk seluruh rumah termasuk bilik-bilik dan dapur-dapur sekali. Ok kan? Memang patut saya gembira kan? Lagi pun, kain-kain nya semua berkualiti.

Saya jugak telah di ceramah oleh tauke kedai tu. Dia cakap, ‘Lu baru pindah rumah, tidak payah beli grand2 dulu. Beli yang cukup-cukup dulu. Nanti sudah lama tinggal, baru ada idea macam-macam, baru bikin lagi”. Pandai tu tauke kan? Dia mau suruh saya datang kedai dia lagi tu kali. Hehehe.

Saya sempat gambar satu langsir seja yang saya pilih untuk ruang tamu.

20110722-072622.jpg

Ada lah sentuhan vintage sedikit. Yang design tengah tu sulam. Colour white. Jadi senang match dengan furniture (yang belum ada lagi.. Hihi).

Siok jugak task menukar house into home ni. Hilang jugak kebosanan saya di Miri ni. Esok pegi kedai tu lagi untuk bayar deposit, baru diorang start bikin. Sama macam saya jugak, sudah orang bayar deposit, baru saya start bikin bag. 🙂

20110722-073005.jpg

Ini lah tingkap yang saya kata-katakan itu. Seperti tingkap yang belum cukup tumbesaran. Tapi saya perasan di Miri sekarang ni banyak sudah rumah baru bikin yang pakai tingkap macam ni.

Oh. Progression of our kitchen.

20110722-073206.jpg

Hampir siap. Tinggal kasi tiles habis & kasi sumbat lubang2 pakai plaster. Tauke bilang lah. Saya repeat seja. Kalau tauke tipu, maka saya mun menipu jugak lah.

Ok. Itu seja buat masa ini.