pau ayam pasar malam

Malam Sabtu yang lepas, kami sekeluarga berada di Miri, dan mum-in-law kepingin mau ke Pasar Malam untuk mencari ketupat dan satay. Saya terus gembira sebab macam hari raya seja tapi puasa saya belum terganti lagi pada hari Sabtu lepas. Anywaaaayyy…

Saya membawa Enchek Kedek ke satu gerai yang menjual pau ayam besar dan sedap. Enchek Kedek tanya orang apa yang jual. Saya jawab ‘Orang cina. Sedaaaappp!!!’. Terus Enchek Kedek mau marah. Haha. Padahalkan, mungkin tauke tu lagi rasa serba salah mau jual saya yang bertudung ni. Anywaaaayy..

Sampai ke gerai menjual pau ayam tu (yang sebenarnya orang melayu), ngam-ngam tinggal satu ja pau ayam. Dan saya berjaya mendapat pau itu. Sedang si penjual membungkus pau ayam tu, ada wanita di sebelah saya jugak yang menanya, ‘Ada lagi pau ayam?’. Penjual menjawab, ‘Tiada’. Saya dalam hati berkata, ‘Yeay Yeay aku yang dapat!’.

Tapi bila saya memalingkan kepala saya untuk menengok perempuan yang kecewa kerana pau ayam tu, pertama sekali yang saya nampak ialah perut seperti tinggal beberapa hari lagi mau beranak. Lepas tu baru saya tengok muka dia. Kesian. Terus saya cakap sama dia, ‘Sik pa lah. Kitak ambik lah pau ayam kmk’. Of course dia sendiri bayar lah. Terus dia buat muka serba salah. Harap-harap dia tidak serba salah sebab nampak perut saya yang seperti orang pregnant 2 bulan jugak. 😛

Terus saya berlalu pergi. Dia tiada cakap terima kasih. Tapi saya tidak kisah. Maybe sebab dia masih rasa serba salah dan blur-blur serta gembira dapat pau ayam. Saya pulak main jalan ja terus.

Harap-harap lain kali kalau saya pregnant, tiada lagi orang yang pegi memotong que di KFC. Pernah dulu saya buat pasal entry saya kena potong que di KFC. Biasalah perempuan pregnant yang sedang emotional dan kelaparan baru balik dari kerja.