Bila start puasa? Saya baru hari ni start mengganti puasa. And Im going to fast for InsyAllah 4 days straight, jikalau tiada aral melintang.

Sebab sudah lama tidak puasa, jadi hari ni besar betul dugaan. Dugaan besar ialah bos sendiri. Eh. Tidaklah bos saya mengkerah tenaga saya suruh buat kerja laju-laju. In fact dia relax ja hirup-hirup kopi dan makan beberapa buah pear (dengan bunyi juice nya) depan saya. Haha. Tidak apa. Dia tidak tau saya puasa. Saya pun malas mau kasi tau. Tapi dia tau saya balik-balik terangguk-angguk kepala akibat kemengantukkan depan pc.

Then, hari ni jugak saya meng-ngegeh-kan diri memakai heels, yang sudah sekian lama saya tidak pakai sebab selesa berselipar jepun seja. Bukan jugak heels lah. Wedges ja. Itu pun jam 8 pagi sudah pegi kereta pegi tukar. On the way pegi tukar tu hampir terjatuh (maka terpelot lah kaki) seja. Sakit. kaki yang sama yang terseliuh di Labuan dulu. Sekarang kaki sudah selamat di tampal dengan koolfever supaya tidak berapa sakit.

Oh ya. Sebab puasa, so saya save duit untuk breakfast dan lunch. Maka saya decide untuk sungkai di hotel seja. Tapi.. tapi.. tapi.. Balik dari kerja, saya terbayang-bayang butter prawn seja. Leaps tu, siap lagi buat trivia untuk Enchek Kedek, ‘Kitak rasa, patut kah sik kmk makan nasi malam tok?’. Saya kan tidak makan nasi. jadi, rasa serba salah kalau tiba-tiab teringin untuk makan nasi. Mesti ada sokongan dari Enchek Kedek baru tidak rasa bersalah untuk makan nasi. Jadi tadi nasi, chicken butter (tiba2 tukar selera) dan japanesse tofu selamat menjadi makanan sungkai saya. Murah seja. RM20 (termasuk kueh teow yang di tapau untuk sahur). Kalau tadi makan hotel, apa seja lah yang saya dapat? Sama jugak duduk makan sendiri. :p

In fact, dari pagi saya sudah fikir apa mau makan untuk sungkai. Siap tanya dengan Hartini lagi kalau-kalau dalam jam 6.30 petang tu, jam kah tidak jalan raya pergi ke McD drivethrough. Saya imagine mau makan bubur ayam. Eh macam-macam lah selera orang first day ganti puasa ni.