Growing up with Ariana

20110706-121700.jpg

Nampak macam kakak-kakak sudah ni budak. Tapi belum pandai bercakap. Tapi paham apa yang orang cakap.

Saya : Mommy give you rice ok?

Ariana geleng kepala.

Saya : Mommy give you nenen?

Ariana geleng kepala.

Saya : Mommy give you Ribena?

Ariana angguk-angguk kepala.

Saya : (-_-“)

Bahasa Melanau pun dia paham. Bahasa Melayu pun dia paham. Bahasa sabah/sarawak pun dia paham. Jadi jangan susah hati kena bawak speaking Melanau kalau jumpa dia. 🙂

Mr. Postman

Oil cloth yang saya beli sudah banyak. Postman pun sampai menanya, apa bah dalam sampul beralamat dari UK ni. So saya kasitau lah dia itu ialah oil cloth yang saya beli untuk buat bag. Perbualan ni berlaku 2 minggu lepas.

Tadi, postman yang sama datang ke rumah untuk menghantar barang Enchek Kedek.

Postman : Kalau bag yang simple empat segi dengan tulisan nama, berapa harga?

Saya : Oh. Saya tidak buat bag yang ada nama.

Postman : Ohhh.. Ok lah. 🙂

Terus saya senyum-senyum sendiri. Hehe.