Im home

Syukur alhamdullillah saya sudah sampai ke Bintulu dengan menaiki bas dengan selamat. Saya tidak mau lah cerita pasal naik bas, nanti kamu bilang saya jakun.

Tapi pagi tadi amat mencabar jugak. Sampai hotel, terpaksa alih parking kereta 3 kali. Ini semua security yang tidak prihatin tu punya pasal. Tapi saya tidak mau lah cerita sebab saya tidak mau memori mengalih parking 3 kali tu menjadi ingat-ingatan saya in case 10 tahun akan datang, saya membaca semula entry ini.

Sampai Bintulu, saya a bit kehairanan tengok perubahan Bintulu yang berubah dalam masa 4 hari saja. Atau itu mungkin mainan perasaan saya, ataupun sebab bas tu tinggi, jadi pemandangan pun lain. Selepas bersalamam dan berbalas pandangan manja dengan Enchek Kedek -_-“, dapat berita kurang baik pulak. Tapi saya tidak akan cerita di sini kerana bukan semua perkara boleh di share (apakah? Bagus nda payah tulis).

Balik rumah, beberapa bungkusan pos menanti saya. Hehehe.

20110705-065432.jpg

Membeli baju. Sudah beberapa bulan tiada beli baju sebab sibuk beli oil cloth. Oil cloth pun ada sampai tadi. Jadi boleh memulakan jahitan bag lagi sebab kawan-kawan pilih sendiri oil cloth dari tempat saya beli tu.

20110705-065736.jpg

Yang ini pun sudah sampai. Seminggu saya tunggu. Jadi boleh lah sudah meletak tag ini di bag saya nanti.

Petang tu ada lagi parcel sampai dari ThePopLook.

Cukuplah.