Kalau anda berada di tempat saya?

Perasaan saya sekarang bercampur-baur. Enchek Kedek, mum-in-law & Ariana baru ja bertolak untuk balik ke Bintulu. Saya tinggal sendirian di Miri. 🙁

Ok lah. Saya tidak sepatutnya sedih sebab saya di sini untuk kerja, dan mereka balik sebab Enchek Kedek kerja esok.

Kunci rumah Miri sudah dapat 3 hari yang lepas. So Enchek Kedek sudah mula mengurus air, elektrik & gas untuk di sambung ke rumah. Mungkin dalam 2-3 minggu baru kena sambung masuk. Tadi sudah panggil contractor untuk tengok bahagian dapur rumah yang kami mau renovate berserta quotation harga. Pembuat grill pun sudah tau di mana, cuma belum panggil lagi. Campur tolak darab bahagi, mungkin dalam 2 bulan baru dapat pindah sepenuhnya. Means, masih ada dua bulan untuk saya berulang-alik balik ke Bintulu lah.

Oleh kerana banyak duit yang perlu di pakai untuk rumah baru ni, jadi saya buat keputusan untuk tidak mau shopping apa2 (kecuali stress :p) dan akan ulang alik ke Bintulu pakai bas 2-tingkat! Fuiyooo.. Double decker. Hehe. Murah ja tambangnya, RM29. Siap ada pramugari lagi. Dan bas ni jakan terus, tiada singgah-singgah. So lebih kurang 3 jam sampai lah. Sama jugak macam flight. Sampai airport satu jam awal, terbang lebih kurang 1 jam then dari airport ke rumah dalam 15-30 minit. Ok lah tu.

Maybe perlu cari rumah sewa sementara lah di Miri ni sementara tunggu pindah masuk ke rumah. Hotel sebulan ja kan. Kereta? Erm… Itu lagi satu problem. Nda logic jugak dalam kesibukkan memakai duit utk rumah baru, di situ jugak mau sibuk membeli kereta. Bukannya macam beli ikan, walaupun kerja dengan Encik Kerang. Kali sewa kereta jugaklah yang murah-murah.

Ni kali lah betul-betul rasa macam perlu berdikari sendiri. Sudahlah jauh dari family. Kalau saya berjaya berdikari selama 2 bulan ni, bonus tahun depan saya beli mesin jahit harga rm5k untuk memuaskan hati. Hahahaha! Eh.. Bagus lagi beli emas. Ada value. Eh.. Angan-angan bukan main.

Kalau saya mampu menghadapi semua dugaan & cabaran ini dengan hati yang tenang, saya cat si Sentra kaler hot pink! Haha!