Pindah

20110730-071417.jpg

Selepas 30 hari, hari ini ialah hari di mana saya menjadi homeless dan carless. Hehehe. Sebab my 30-days hotel stay sudah habis, dan vios company pun sudah kasi balik.

Kak Aza ambik saya di hotel dan menjadikan rumahnya sebagai rumah tumpangan saya sementara. Saya turun kerja kena hantar tadi. Esok pagi, Kak Aza ambik saya dari kerja dan terus menerus menghantar saya ke terminal bas. Yeay balik Bintulu. Last cycle teda balik. Huhu.

Regarding my cuti. I will be off for 4 days, then drive to Miri. Then, kerja 4 hari, then drive lagi pegi Bintulu. Ambil cuti for 4 days(termasuk offday, menjadi 12 hari) untuk berpindah rumah. Lepas itu, kerja for 4 days, then cuti raya. I took 2 cycle off, which means lebih kurang 20 hari lah saya bercuti raya. Wheeee~

Harap-harap time pindah rumah tu bendera Jepun datang. Dapat jugak saya melakukan kerja dengan pantas sedikit. 🙂

House to Home 4

20110730-010212.jpg

Kerja-kerja pengubah-suaian dapur sudah selesai. So ini lah dapur kami sekarang.

Sedia maklum, poket yang bocor tidak dapat menghasilkan pokok tumbuh duit. Jadi cukup sampai di sini sahaja. Sudah jual rumah Bintulu, baru boleh berani pijak kaki ke Smart Living home designer itew.

Next task will be, membeli lampu rumah & kipas. Hak pemilihan juga di tangan saya.

20110730-010828.jpg

Eeeeeee… Ada jugak chandelier Hello Kitty!

Berubah menjadi lebih baik

Selepas saya berkahwin dengan Enchek Kedek, saya memang tahu dan sedia maklum bahawa salah satu tanggung jawab saya sebagai isteri ialah menutup aurat. Tapi saya tidak mau. Betapa bengongnya saya dulu.

1001 satu alasan saya kasi. Enchek Kedek on the other hand pun, kalau ada masa terluang, memang dia kasi soft talk lah. Hard talk pun ada sampai saya merajuk dan menangis sebab nda mau bertudung. Tapi bukan salah Enchek Kedek. Dia suami, mau menjalankan tanggunjawabnya untuk membimbing isterinya. Kalau dia tidak menjalankan tanggunjawabnya tu, dia yang menanggung dosa-dosa saya membuka aurat itu semua. Tapi saya masih jugak tetap dan berpencen dengan free-hair, baju ketat & seluar pendek. Iya. Sampai pregnant pun masih berseluar pendek. Ada lagi kunun time saya pregnant tu saya berkimono dress yang pendek tu, pigi makan ABC di pantai ABF. -_-”

Tapi, dalam masa yang sama jugak, saya pantang jumpa tudung cantik di kedai. Terus membeli. Enchek Kedek pun kasi seja duit untuk beli tudung sebab dia encourage saya untuk pakai tudung, menutup aurat. Tapi, saya beli-beli seja. Kononnya stok, supaya kalau betul-betul sudah mau pakai, sudah ada tudung. Tapi, nda jugak betul-betul pakai tudung. Kesian Enchek Kedek. Membazir duit, amalan syaiton. Melukakan lagi hati Enchek Kedek sebab memberi harapan palsu.

Then, sampailah saya pregnant dan beranak dan berpantang. Sampailah satu hari, Enchek Kedek bawak saya keluar untuk pegi beli stroller untuk Ariana. Beberapa hari sebelum itu, Enchek Kedek ada kasi beli saya baju long sleeve. Baju untuk jalan. Then, saya ada bekal 1 tudung bawak balik KK jugak time tu. Jadi, lepas ja kena offer bawak jalan, terus saya tukar imej sekelip mata. Sekelip mata yang macam magic. Enchek Kedek gembira. ^_^. Pegi kedai, apa saya mintak beli, semua di kasi beli. Siok kan? Hehe.

Terus saya pun continue lah pakai tudung. Rasa lebih selesa. Tiada sudah kena peewit-peewit, kena main-main mata dan kena kejar mintak nombor talipon. Bukanlah saya cakap saya ni ‘hot’. Sebab yang mempeewit-peewit, main mata, kejar mintak nombor telepon tu pun pangkat si pakcik-pakcik sudah. Hehehe.

Sampai lah satu hari tu, Enchek Kedek tanya saya:

EK : Ok kah kitak bertudung? Sik rasa menyusahkan kah?

BK : Kmk rasa ok ja. Lagi senang. No bad hair day. Hihi.

Then ada jugak satu hari tu, bila saya tengok beberapa orang kawan saya yang pada mulanya bertudung, sekarang sudah tidak, dan salah seorang dari mereka itu pernah memalukan dan menjatuhkan air muka saya depan kawan-kawan lain kerana berseluar pendek. Saya jadi takut (serius). Saya tidak berani komen, sebab saya tidak tahu bagaimana saya di masa akan datang. Saya cuma berharap agar saya sentiasa kekal bertudung. So saya cakaplah dengan Enchek Kedek:

BK : Bang, kalau suatu hari nanti, kamek tiba-tiba rasa rambut kamek sangat cantik dan kamek rasa kamek lagi cantik (uweek) tidak bertudung, kitak halang kmk ok? Ya tanggungjawab kitak.

EK : OK!

Long silent….

BK : Even kitak terpaksa kasi kebak rambut kamek k?

EK : Kebak tu apa?

BK : Kebak tu kasi rosak rambut lah. Contoh kitak pegi cukur satu tompok rambut di kepala kamek then membuatkan kamek rasa sik cantik dah.

EK : OOKKKK! ^_^

Seriously dia senyum. Senyum bukan senyum ‘wah bagusnya isteri saya’. Dia senyum ‘yea boleh kasi botak kepala si sheila’ punya senyum. -_-”

PS : Tidak rugi kalau berubah ke arah kebaikkan, kan? Saya rasa, lebih merugikan kalau pakai pakaian yang mendedahkan apa-apa yang tidak sepatutnya, sedangkan itu semua hanyalah untuk tatapan suami saya.

PSS : Saya ada baju renang muslimah -_-”

PSS : Entry ini sepatutnya berakhir dengan ayat emo-emo saya menyesal tidak berbuat demikian sejak awal-awal lagi. Tapi mood hilang sebab ter-imagine Enchek Kedek kegembiraan memegang gilette dan shaving cream mau cukur kepala saya.

Maaf kalau ada yang tidak senang dengan entry ini. Tujuan sebenar adalah untuk peringatan kepada diri saya sendiri jugak.

Growing Up with Ariana

Saya jeles sebenarnya. Ariana macam sudah tidak berapa suka dengan bau ketiak saya. Dia lagi suka bau ketiak Enchek Kedek.

20110728-060506.jpg
Maksud sebenar perenggan di atas, Ariana sangat rapat dengan papa nya sudah. Bukanlah tidak boleh rapat. Tapi, Ariana macam kurang hairan pun bila saya ada.

Kalau Enchek Kedek baring2, dia pandai datang & baring sebelah. Tidur malam pulak, Ariana berbantalkan perut Enchek Kedek. Hehehe. Comel lah budak kecik tu.

Ok lah. Bukan jugak saya jeles kuat-kuat. Saya jeles sikit-sikit seja.

Ariana punya progression.

Boh – Tidak
Kau – Jalan-jalan
Mam cik – Makan nasik

Walaupun belum berapa pandai bercakap, tapi apa yang kita cakap dia faham. Melayu kah, English kah, Melanau kah.. Boleh saja. Tapi Kadazan belum pernah try. Hehe.

Tapi saya paling susah hati kalau Ariana sudah bawak saya bercerita. Bersungguh dia bercakap, tapi satu patah pun saya tidak faham. Unless dia sebut boh, kau atau mam cik. -_-”

Nda apa ya nak. Sikit-sikit. Albert Einstein pun umur 6 tahun (correct me i Im wrong) baru pandai bercakap.

PS : InsyAllah jadi anak yang pandai jugak yaaa…

Im an octopus!

Saya tidak bermaksud untuk mahu meminta puji, tapi hari ini banyak kerja sampai saya tidak sedar work station saya menjadi sebegini rupa.

20110728-112237.jpg

Berserabut fikiran saya. Kalau saya kemas, di unggar jugak balik tu.

Sepanjang minggu ini ada aktiviti lasak di offshore. Ada platform baru yang akan di ikat-masuk (tie-in) ke dalam system perpaipan yang sedia ada. Jadi, kita tidak boleh main-main sama ini gas yang datang dari laut. Kebetulan pulak, gas ini ialah gas h2s, kalau terhidu dalam kuantiti tertentu, pasti mati. Kalau tidak pun, cacat otak seumur hidup.

Btw, setakat ini, setengah hari ni, saya rasa serupa octopus sudah. Ada banyak tangan untuk buat kerja dalam satu masa.

Muka pun berminyak-minyak sudah. Haiiihhh…

PS: Banyak kerja boleh pulak update blog ya? Octopus kan. Hehe

Immune

Lama-kelamaan saya sudah semakin biasa hidup sendiri-sendiri di Miri, although I really not loving it.

Makan sendiri, beli barang sendiri, jalan-jalan sendiri. Macam sudah immune. Orang-orang sekeliling pun sudah immune tengok saya selalu sendiri-sendiri. Orang kedai makan mula-mula tengooookk seja saya bila saya makan sendiri. Sekarang diorang sudah pandai agak apa yang saya mau makan sebab sudah selalu ke kedai makan diorang.

Saya bukanlah teruk sangat sampai tiada orang mau berkawan dengan saya. Cuma, mostly kawan yang saya ada di Miri, tinggal di rumah sendiri. Kalau saya mempelawa makan bersama dengan saya pun, mesti mereka berfikir beberapa kali sebab mesti lagi best makan di rumah. So saya selalunya faham lah bila my offer kena turned down. Lagi pun kalau dalam hal macam tu, saya memang memahami. Hehe.

Jadi, hari ini saya puasa. Teringin mau makan pizza hut untuk berbuka. Sudah mempelawa kawan. Kawan cakap nanti dia kasi confirm lagi. Kalau dia tidak dapat, maybe saya tapau seja dan makan sendiri di bilik, sambil layan vcd-yang-kurang-original yang saya beli semalam. :p

Masaelah-masaelah

Saya kan, not the type yang suka tulis masalah dalam blog, because for me, mentulis masalah dalam blog, then orang lain baca, macam tidak relevan seja. Maybe orang boleh bagi pendapat, tapi, dapat kah tidak saya menerima pendapat tu, kan? Nanti kalau sudah nda dapat terima pendapat orang, mula lah emo-emo sendiri. Haha. Thats me. Sebab tu saya cuba sedaya upaya cerita perkara biasa-biasa seja.

For those yang rapat dengan saya, memang cakap yang life saya ni complicated. Sudahlah masih muda, macam-macam pulak. But Im glad saya ada Enchek Kedek & Ariana and also close family & friends.

For those yang kenal saya through this blog seja, pernah sekali mengeluarkan statement, ‘perfect life’ kepada saya, membuatkan saya penasaran seminggu. Hehe. Adik-adikku. Tiada life yang perfect. Ada seja up & down nya, left and right nya. Bergantung kepada cara kita handle nya. Tidaklah saya cakap saya ni pandai handle masalah. Tapi, ingat Allah setiap masa. Bukan dalam masa kesusahan seja.

Ok lah. Ni kali lah saya cerita problem saya. Tapi sudah ada penyelesaiannya. Sebab sudah ada penyelesaiannya, baru saya tulis di sini. Hehe.

Ok. Rumah belum dapat di pindah masuk. My 30-days hotel stay & company’s car pun akan tamat 30hb ini. So maciam??? Bingung jugak saya hari tu. Sampai mau mintak boss kasi saya kerja sekejap beberapa minggu di Bintulu sementara pindah ke rumah baru. Tapi being me, yang mau bukak mulut bercakap dengan boss pun amat berat, so saya diam-diam seja. Kalau saya bukak jugak mulut, mesti di iringi dengan ketawa kecil sebab malu-malu.

So first, masalah tempat tinggal. I need a house or at least a room. Tapi, mana ada orang yang mau kasi sewa untuk tempoh sebulan seja. Susah lah. Paling-paling memang setahun. Kak Aza offer untuk tinggal dengan dia. Saya amat berterima kasih. Tapi, saya ni kan kadang-kadang jadi burung hantu. Kalau balik dari night shift, confirm sepanjang siang tu tidur seja. Kamu nda malukah tidur di rumah orang sepanjang hari? Lepas tu bangun2, bukak tudung saji? Eh. Haha. Jadi saya pun mencari lah bilik sewa. Cari-cari dalam classifieds company, jumpa pulak satu orang engineer ni ug offer short term punya room for rent. Punyaaaa lah saya gumbira. Lebih-lebih lagi barang rumah lengkap, semua boleh pakai, dekat dengan office. And of course she’s a muslim. Terus rasa ringan sikit kepala. Alhamdulillah. Sewa pun RM300, termasuk bil air & letrik. Ok lah tu. Jangan lah terlampau demand mau harga murah kan? Lagi pun dia tinggal sendiri. So ada parking space untuk….

Problem seterusnya, kereta. Kelisa saya sudah lama di jual. Jadi tinggal si Sentra seja. Jadi, memang perlu another car. Saya cek-cek car rental, sebulan RM700! Memang lah harganya begitu. Tapi, makin besar pulak bocor poket saya kalau begitu. Ada lagi RM700 untuk dua minggu! Gila kan? Itu baru harga Kancil tu. Saya tidak tengok kereta lain. Memang saya tengok kancil seja sebab saya mau yang paling murah. Lepas tu kami ada dua option, iaitu pinjam kereta dari KK atau pinjam kereta dari kazen Enchek Kedek di Kuching. Tapi, dua-dua tu perlukan kami untuk travel jauh. Masa pun suntuk sebab minggu dulu Enchek Kedek kerja overtime. Minggu lepas, saya pulak overtime. Last-last, Enchek Kedek secara acah-acah tanya kawan dia, dan, ada pulak kereta kawannya extra dan boleh pinjam. Of course we pay him lah. Jangan anggap semua barang boleh dapat free walaupun kawan ikhlas menolong.

Jadi, Enchek Kedek akan pakai kereta kawan dia di Bintulu itu. Dan saya akan membawa our car to Miri, along with all my sewing stuff. Oh. Saya akan menyiapkan tempahan beg orang di Miri nanti. Balik Bintulu untuk kerja pack barang seja.

Pheww!!! These few days memang saya betul-betul dapat menarik nafas lega. Terima kasih kepada family and friends yang ada memberi pertolongan secara sedar, atau tidak sedar.

PS: Siapa mau bergotong royong tolong saya pindah rumah secara sedar? Hehehehe..

Jangan lokek plastic

Walau apa sekali pun pekerjaan kita, biar doktor, engineer, cikgu, pembuat roti, penguli tepug, peniaga pasar malam, peniaga kuih pau ayam, tukang sapu, mak cik cleaner atau tukang jual ikan masin terubuk pun, berbanggalah kerana anda bekerja dengan mencari rezeki yang halal.

Tapi kalau saya mintak plastic lebih sebab takut bubur ayam mcD saya tumpah, kasi lah baaaahhh… Bau bubur ayam sudah apple pie saya… T_T

Eh. Ini kisah saya tapau bubur ayam mcD tadi. Mula-mula tu dia ambil satu palstic besar dan kasi masuk coke saya. Lepas tu dia ambil fries and mau kasi masuk jugak dalam plastic tu. Terus saya mintak lah satu palstic dedicated untuk coke itu seja sebab memang sedia maklum coke tu akan tumpah. Then dia pun kasi lah.

Then sambil-sambil tunggu bubur siap, saya main henpon. Ada lelaki cina datang mintak plastic sebab fries dia nda habis, jadi dia mau mintak plastic untuk fries tu. Tu perempuan kasi paper bag. Tu lelaki insist jugak mau plactic bag. Tapi tu perempuan insist jugak mo kasi tu paper bag. Saya yang di tepi pun kebingungan kenapa ni perempuan terlampau berpegang kepada paper bag nya tu.

Lepas tu bubur saya siap. Mungkin di sebabkan ke-chaos-an di dapur, ada tertumpah sikit minyak2 dari bubur tu. Saya mintak plastic lain untuk bubur tu, tetaaaaaappp jugak dia nda mau kasi. Saya cakaplah nanti apple pie saya berperisa bubur ayam. Trus dia dengan yakin jawab, tidak, tidak tumpah itu.

Kalaupun dia concern about nature, tapi kan, tumpah bah bubur saya. Terang-terang depan mata. Malas mau bertarik-tali sama perempuan tu.

Itu lah saya bilang, doesnt mean kau bukan engineer, doctor or chemist (tiba-tiba), kerja mesti buat betul-betul sebab people akan appreciate.

PS : Saya paling appreciate kalau jumpa toilet awam yang bersih.