Perjalanan dari Bintulu ke KK

Hari ini saya akan membawa anda bersama-sama dengan saya untuk berimaginasi perjalanan kami dari Bintulu ke KK pada hari Ahad yang lepas.
Kami bertolak selepas selesai ber-mee-jawa di kedai makan. Perjalanan di mulakan oleh Enchek Kedek yang drive, sampai di satu tahap, dia sudah mula mengantuk, di mana saya pulak segar bugar duduk di seat belakang bersama Ariana. So kami bertukar pemandu, dan saya drive secara emo hingga sampai ke Miri.
Sampai Miri, kami singgah ke drive-through McD. Tapau saja in case lapar di pertengahan jalan. Walaupun ada tapau nasi goreng dan telur goreng dari rumah, tapi makanan extra harus ada in case ter-stuck di traffic check in Kuala Lurah (yang memang terkenal dengan traffic jam nya) dan feri Limbang.
Lepas dari Miri, masuk dalam Brunei. Di sini memang kami laki bini tidak sentuh handphone pun. Masih ingat cerita dulu?
Perjalanan di hentikan sementara di check point keluar dari Limbang. Berhenti seketika untuk menunaikan solat jamak serta menunaikan niat saya ke toilet, kesan tindak balas Spicy Chicken McDeluxe ke atas perut saya itu. huhu
Perjalanan kemudian di teruskan, tapi selama beberapa minit sahaja kerana traffic jam di feri Limbang, seperti yang saya jangkakan. Tapi nasib agak baik sedikit kerana cuma stucked selama 30 minit. Biasanya, paling sekejap pun 1 jam woooo~ Dalam kereta, kami anak beranak makan nasi goreng yang di bekal dari rumah. Memang lapar sudah time tu. Pantang untuk saya tidak makan nasi pun di langgar sahaja kerana memang tiada option lain selain dari nasi goreng. Ada jugak option lain, Ariana punya Banana Puff.. T_T
Tapi, sebab nasi goreng cuma se-container, dan di we-care-we-share kan sesama kami 3 beranak, jadi kurang kenyang. Masuk Lawas, saya sudah mula menghitung jam untuk sampai ke rumah sebab memang lapar. Sejuk-sejuk aircond lagi. 
Pemanduan yang agak lancar, kurang kereta di jalan raya, maka kita pun speed up. Harap-harap ngakk ada speed trap.
Sampai Beaufort saya sudah senang hati. Lagi ada 145km untuk sampai ke KK. Saya menyedapkan hati dengan, Penampang lagi dekat dari KK. Jadi awal sikit sampai rumah. Dan kalau kami consistent drive pada kelajuan 100km/j, dalam satu jam setengah, boleh sampai rumah. 
Tapi, jalan agak gelap, hujan renyai-renyai dan tiada lampu cat eyes di tengah jalan tu. Susah jugak mau laju. Terpaksa lah memandu secara ala kadar. Yang penting selamat sampai rumah.
Sampai papar, traffic agak memuaskan. Jalan raya ada lampu. Jalan agak lenggang. Perut masih lapar. Ariana masih tidur. hehe
Syukur Alhamdullilah, kami tiga beranak sampai ke rumah dengan selamat. 
Tapi sampai rumah, se-family complain yang kami laju sebab mengikut pengiraan mereka, kami sepatutnya sampai sejam lewat dari waktu sebenar kami sampai. (-_-“)
Masa bertolak (mengikut jam Fb) ialah 10:16 am. Sampai rumah (mengikut jam FB) ialah 8:59 pm. Dibundarkan kepada minit terdekat, jam 9:00 pm. Kami mengambil masa 11 jam untuk sampai KK.  Ok lah tu. Ada siapa2 berminat untuk jalan darat jugak tapi tidak tau jalan, boleh request map.

DI jadikan cerita (eh..tiba-tiba..), kain-kain serta my sewing notions yang telah saya siap-siap pack untuk di bawak balik KK dengan tidak sengaja tertinggal di Bintulu. Tersedar semasa sudah berada sangat-banyak-kilometer dari bandar Bintulu.

Jadi, tadi saya dan Kak Nibung pergi ke Segama untuk membeli segala keperluan untuk jahit-menjahit sebab saya memang plan untuk lepak-lepak di rumah sahaja, instead of shopping atau jalan2 semasa cuti ni. Pandai mau muntah saya tinguk sale-sale di 1B tu.. (padahal belum gaji..wahaha)

Saya membawa along mesin jahit sisi saya. Dan saya bakal merasmikan mesin jahit Mama yang sudah lama di beli tapi sudah berhabuk di dalam kotak. Hehehe.

Dalam otak, saya sudah terfikirkan 2 baju yang saya mahu jahit untuk Ariana.

Album ‘Mommy Made Dress‘ itu pun sudah berhabuk jugak.

Boo Boo Land

Yesterday supposed to be our photoshoot around Tg Aru. Test power Enchek Kedek’s new lense. Tapi hujan. Bohoo… So we went to 1B instead.

Brought Ariana for the Merry-Go-Round ride, which was also my first time. Punyaaa laju.

And the train ride which was soo fast. Bikin takut jugak sebab ada part where the train was not running on the rail. Kalau terbabas si big mommy & the small train..kan maluuu 😛

Hopes it wont rain again today. Boleh bikin the real photoshoot. 🙂