Sakit gigi lagi

Photo taken using mac photobooth

Gigi saya sakit. Sudah sejak beberapa bulan yang lalu. Tapi ketakutan dapat mengatasi kesakitan gigi. But eventually, kesakitan gigi itu akhirnya menang.

Menang sebab:
– Saya susah mahu memberus gigi yang rosak itu kerana sakit & sensitif
– Sebab tidak dapat minum air sejuk dan makan makanan yang keras dengan sesuka hati (which akhirnya saya ended up dengan memakan sup bebola ayam sahaja dan berjaya menurunkan 2kg akibat sakit gigi ini, di samping ada diet jugak)
– Most of all bila sakit denyut-denyutan itu datang, dan memakan panadol actifast dua biji dan ponstan 500g satu biji tidak mendatangkan hasil.

First thing saya buat pagi tadi ialah selain menguruskan anak, saya makan dulu. Then pegi dentist seorang diri dan melalui sekali lagi proses pencabutan gigi. Alhamdullillah segalanya berjalan dengan lancar. Dan kos untuk mencabut gigi di KK adalah murah! Di Bintulu hari tu RM70. Itu pun gigi tepi. Ini, gigi geraham yang paling belakang, RM55 sahaja berserta ubat penahan sakit.

Tadi, kesan bius sudah berkurangan. Saya sudah merasa sakit lagi. Sakit kesan cabutan. Saya telan ponstan 500g lagi dan terjumpa ‘Cool Fever’ dalam fridge, mungkin QeiQei punya. Mommy mintak ya QeiQei. Nanti mommy beli baru.

Now Im feeling better. Cuma lidah masih kebas. Bibir pun kebas sikit.