Saya tewas


Jikalau anda-anda perasan, sejak beberapa hari yang lepas, layout blog saya sentiasa berubah-ubah.

Sebenarnya saya dalam usaha menghias blog agar berpatutan dengan umur dan tugas saya sebagai seorang ibu.

Saya cuba untuk menjadi matang dengan menukar backgroud dengan corak yang lebih matang dan serius. Tukar punya tukar, akhir sekali saya menggunakan warna plain. Huh! Puas hati. Sangat matang rupa saya.

Tapi kekosongan itu buat saya menjadi kosong jugak. Saya tidak dapat kosong-kosong plain-plain ni. Sedangkan baju yang saya pakai harus berbunga-bunga. Inikan pula blog di biarkan polos.

Lalu, saya menghapus-guna widget-widget yang tidak di guna-pakai. Kasi bersih semak samun supaya blog ringan sedikit. Chat-box jugak saya tukar kerana ramai sangat mat salleh yang baca blog saya dan tiba-tiba paham bahasa Sabah saya (pulak?).

Sudah ikut tutorial Annieming cara mengelakkan spam dalam chatbox. Pendek kata, boleh lahhhh… Kampung-kampung punya kekemasan..

Dan baru lah saya dengan berbesar hati menukar background saya supaya meriah sedikit. Just like how I wanted it to be.

Lepas itu saya tidur. Puas hati Ha! Ha! Ha!

– Posted using BlogPress from my iPhone