Kuching day-3

Tiba-tiba sudah day-3. Day-2 adalah dalam entry cermin mata tu. Hehee

Ok. Day-3. Malam day-2 saya pesan dengan Ariana supaya jangan bangun awal pagi tu. Lambat sikit supaya by the time Ariana bangun, boleh mandi, menyusu & direct pegi Parlson sebelah hotel and mamam. Jam 10 baru bukak kan. Kalau awal bangun, sempat lagi Ariana mengamuk mau tidur sementara tunggu jam 10.

So, masa yang di nanti-nanti pun tiba. Backpack saya sudah ready. Ariana pun ready. Dan kami sekali lagi berjalan kaki ke Parkson. Dan jangan susah hati lagi sebab dekat ja jugak. Cuma kali ni tiada pendakian bukit yang terlibat.

Sampai pintu depan Parkson, saya cakap dengan Ariana, ‘Kita pegi mamam KFC k?’. Ariana yang memang sudah sedia lapar terus tadah tangan dan baca doa makan (-_-“)


Best lah baby-chair besi ni. Nampak bersih & tegap. Bukan macam baby-chair di mcD M*r* yang plastik dan tidak nampak tegap & goyang-goyang bila duduk.


Mommy I want my mamam.. Mamam.. Mamam!!!


Saya order set yang ada ayam, nasi & sup tu. Nasi & sup untuk Ariana. Then, 1 set kiddies meal. Tapi saya pulak kurang selera. Ayam tu macam tu jugak saya tinggalkan. Makan sikit ja. Ariana makan banyak sikit. Makan nasi. Dan fries. Tapi silapnya, saya bagi dia fries tanpa merasa dulu. Berapa banyak garam lah yang dorang letak dalam fries tu. Terlampau masin.

After mamam session, saya mau bawak Ariana shopping baju. Tiba-tiba, saya sakit perut. Berfikir dua kali jugak mau bawak Ariana masuk toilet dengan saya. Haha.

Last-last, kami balik hotel. Selepas saya membuat urusan saya, Ariana pulak membuat urusan dia jugak. Kira ngam lah kami balik hotel tu. Kalau nda, susah jugak mau mengurus budak tu lagi.

Akhirnya, tiada hasil pen-shoppingan lagi. Tunggu Enchek Kedek balik dari exam, baru saya memanaskan enjin untuk shopping. Adalah dapat dalam 4 helai baju & 1 pink luggage bag.

Whee~

– Posted using BlogPress from my iPhone

Growing up smartly with Ariana


Di Kuching hari tu, saya ada tapau french fries & chicken nugget from Marry Brown untuk Ariana sementara tunggu masa untuk keluar for proper dinner.

Saya bagi Ariana 1 fries.

Dia gigit kecik.

Then dia offer fries itu kepada Enchek Kedek.

Enchek Kedek cakap tidak mau sebab Ariana sudah gigi kecik.

Then Ariana kasi hujung yang belum bergigit kepada Enchek Kedek.

Enchek Kedek cakap lagi tidak mau sebab itu Ariana punya.

Then dengan kesungguhan yang ada, Ariana telah berusaha membahagi fries itu kepada dua dengan menggunakan jari kecik nya. Tidak cukup dengan jari kecik, dia genggam di kedua-dua hujung fries supaya dapat bahagi dua. Fries tu actually suda sejuk & layu. Jadi susah lah bagi seorang budak kecik untuk kasi bahagi dua.

Tapi akhirnya berjaya. Ariana bagi Enchek Kedek fries setengah itu.

Enchek Kedek ambik. Ariana sambung makan fries dia yang tinggal half.

Saya rasa macam tipu ja tengok semua tu depan mata. Tapi tidak tipu. Semua berlaku depan mata.

Ariana observe apa yang kami selalu praktikkan selama ini ke atas dia. Share makanan dengan membahagi kepada setengah. Both dapat. Both happy.

And mommy so proud of you!

– Posted using BlogPress from my iPhone