Sebagai Renungan Kita Bersama

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Highlights for 2010

To keep the tradition alive (sendiri-bikin-punya-tradisi) macam di sini , this year, before we close pintu 2010, and open up a new book, saya mau men-summary my 2010 highlights.

January – Still in confinement. Masih berlegar-legar di rumah bapak di Penampang. Masih lagi mama yang jaga si Maisara. Masih lagi saya mengira hari untuk habis berpantang (next time nda mau kira lagi..mau kasi slow ja supaay dapat lama-lama di KK).

February – Habis pantang. Back to Bintulu. Menjalani hidup sebagai seorang ibu yang bekerja. Pahit getir mencari baby-sitter. Suka duka mengharungi a small period di mana Ariana nangis setiap malam. Tapi semuanya tidak dpat di lupa.

March – I think this is the time where i started my blogshop. Tapi sampai tu saja. Nda dapat fully concentrate sebab kerja & ada Ariana. Pernah barang orang pun lambat betul baru dapat pos.

April – Kami berjaya melangsungkan kenduri Doa selamat untuk rumah & Kenduri Akikah untuk Ariana. Di combine sekali. Bulan ni jugak Ariana di kasi botak (nasib rambut tumbuh dengan cepat).

May – Pertama kali kereta kami accident sampai perlu tidur di workshop. Itu seja highlightnya. Yang lain biasalah. kerja..

June – New addition to the family. Anak abang which is now not in KK. Nda tau lah bila dorang balik.

July – Saya sudah mula sibuk dengan hari-mengganti-puasa-30-hari saya. Kalau sudah hutang, haruslah di bayar kan. BEtapa cekal nya saya mengganti puasa pada bukan bulan puasa. hehehe. Tapi nda jugak kurus-kurus.

August – Bulan puasa.. di ikuti oleh demam-yang-boleh-consider-teruk-sebab-sudah-lama-tidak-demam.

September – My first time beraya di negeri orang. Then, the infamous bil henpon RM2++K. Dan pertama kali Ariana sakit dengan teruk.

October – Hari yang biasa-biasa saja. Kerja. Ariana. Kerja. Ariana.

November – Pegi KL for mama’s convo. (nda payah link sebab amsih fresh di ingatan). Lupa pulak.. Satu lagi, dapat promotion. Dan dapat gelang emas 😛.

December – erm.. menjadi zombie for working 9 days straight??(tambah lagi 4 days= 13 days).

Projek akhir tahun


Jeng jeng jeng…(padahal semalam sudah update gambar ni)…

Kemarin saya half day off. Patutnya full day tapi sebab ada report yang perlu di compile dan rasa tanggungjawab tu ada, maka saya turun kerja jugak kemarin. Tapi sampai jam 10 pagi ja. Report siap, terus balik.


Saya plan untuk jahit-menjahit kemarin. Tapi everytime kain di bentangkan di atas lantai, datang budak kecik ni & berguling-guling atas kain tu. Jangankan kain, selimut kah, sedang melipat kain kah atau pun sejadah. Pantang betul. Laju ja dia datang dan melabuhkan punggungnya di atas kain tu.

Tapi setelah budak kecik tu penat, akhirnya dia give up and pegi kacau neneknya tengok tv pulak. Kacau as in, di mana mata kita tengok, di situlah kita nampak kepalanya.

Oh..berbalik kepada jahit-menjahit tu.


Saya bikin pin cushion ni. Dan saya rasa ramai yang tersalah anggap dengan pin cushion ni di FB(saya meng-upload gambar di FB). Kecik ja benda ni. Untuk saya mencucuk-cucuk pin selepas di guna semasa memotong kain. Tapi mau jugak try buat yang besar. Boleh bikin limpang-limpang. Hehehe. Tutorial cara buatnya ada banyak di internet. Mintak ja Enchek google tolong carikkan.


Kemudian, perasaan mau menjahit tu masih tergantung. Belum sampai klimaks lagi. Jadi saya jahit baju Ariana. Simple ja design nya ni. Lining pun teda. Hihi. Tapi mungkin sebab pakai designet fabric, terus saya rasa baju ni setanding dengan yang jual di butik. Design ja lah. Kehalusan seni jahitan saya mintak maaf banyak-banyak lah. Haha


Kain di beli dari . Tiada link sebab hari tu masukkan link dalam blogpress ni, nda berjaya pulak. Yang renda-renda tu dapat dari . Free give sebenarnya sebab beli banyak kain dari dia.

Jadi, siaplah sudah Ariana punya dress yang pertama oleh mommy


Ini pulak barang poslaju yang baru sampai kemarin. Sewing tools yang di tolong beli oleh personal shopper di KL, TiniHani. Google nama dia, pasti jumpa.

Sekarang saya sudah ada rotary cutter. Semalam tunggu Ariana tidur, baru bukak rotary cutter tu. Punya saya kejakunan. Tajam betul. Kalau terkena jari, wajib darah keluar.

Ok lah.. Itu seja.

Bye!

– Posted using BlogPress from my iPhone

Im about to sleep but before that…

Mahu ber-blogging, tapi mahu tidur jugak sebab esok kerja. Mahu tidur 8 jam cukup-cukup sudah tidak sempat esok bangun jam 5 pagi.

Nda pa lah. Saya bagi teaser untuk entry esok. (mau jugak teaser-teaser lagi bahh..)


Goodnight.. Sleep tight.. Esok cek this year punya resolution. Sudah achieved semua kah belum.

– Posted using BlogPress from my iPhone

Mari membayar zakat

Saya sudah… Anda bagaimana?


Seriusly, itu adalah statement minta puji.ehehe

Teda lah. Saja mau cerita. Last Monday kami laki bini pegi Baitulmal Bintulu untuk bayar zakat tahunan. Last year mau buat bayaran zakat monthly tapi sebab musabab yang tidak dapat di elakkan, nda jadi bayar monthly. Bayar terus pendapatan tahunan. Sebab musabab yang tidak dapat di elakkan tu sebenarnya cuma ‘malas cari alamat HR bahagian gaji’.. Itu ja :p

Kebetulan berada di sana, saya tanya lah terus dengan diorang. Sebab last year time bulan puasa, saya pregnant dan selama sebulan tu saya tidak puasa sebab muntah teruk kan. Jadi, puasa sebulan sudah di ganti, and saya ada niat fidyah untuk baby. So pihak baitulmal explain, fidyah tu based on niat saya pada ketika itu. Kalau niat sebab baby, so bayar fidyah lah. Total cuma RM39. RM1.30 untuk sehari.

Lepas sudah bayar zakat & fidyah tu, terus hati rasa lega. Macam rasa baru lepas bayar habis hutang. Tapi ini bukan hutang lah. Saya cuma explain perasaan ketika itu.

Oh..kami jugak sudah membuat potongan zakat bulanan dari gaji. Sebab kali ni kami tidak perlu provide alamat HR.hehe. Tulis nama & alamat office ja. So potongan monthly kami round up kan terus ke RM100 setiap bulan. Lebih okay lah kalau potongan tiap bulan sebab nda rasa sangat.

Ok.. So marilah kita membayar zakat untuk mendapat keberkatan Nya. Lagipun, income tax dapat bayar, kenapa zakat nda dapat bayar, kan?

– Posted using BlogPress from my iPhone

Growing up with Ariana


Due to my sudden working-day yesterday, I spent the whole night with Ariana. And she is really one very active girl. Not mention ‘ganas’.

What I meant by ‘ganas’ are, she tends to pull our (me & Enchek Kedek) spectacles unexpectedly (sakit hoookaaayyy..),slaps us in the face (which she finds it kinda funny when we started to cry) and her brand new skill i.e diving especially when we were ‘limpang2/baring2’, then she will show her diving skill on US!

This is her Im-going-to-dive-on-you pose.

For this time being, I tried as hard as I could to not to scold or hit her. She is now like a sponge. She totally absorb and copy what we do.


I remembered scolding her dulu-dulu. I raised my voice and hitting my hand on the floor (tanda marah lah). And she copied it. She even do it everytime she’s mad at us (for not giving her what she wants or letting her do want she wanted to do).

She even copied us when we cough or sneezed. See… She’s really a little cute copy cat. Im sure all babbies around her age did the same, so we as the parents should not do anything that is not appropriate in front of them.


Yawnnnnn!!! Boring lah mommy ni…

– Posted using BlogPress from my iPhone

Free Giveaway Sempena Ariana’s 1st Birthday!!!

FREE GIVEAWAY SUDAH TAMAT.. habis stok!
Bersempena dengan Birthday Ariana pada hari ini, mommy dengan berbesar hati membuat FREE GIVEAWAY!!!.. YYeeaaaYYY!
No contest, just free giveaway!! YeaaaYYY!!
Apa give away nya? Oleh kerana Ariana ialah budak kecik, maka give away pun khas untuk budak kecik lah ya. Mommy-mommy sila ambik perhatian.

Size-size yang available: (BOLD black, yang lain sudah habisss)


Design G : 80/90/95
Design H : 80/90/95
Design I : 80/90/95
Design J : 80/90/95
Design K : 80/90/95
Design L : 80/90/95
Mommy-mommy sila pilih maksimum 2 design kesukaan hati berserta dengan saiz pilihan hati. Email me at nsmg85 [@] gmail . com atau tinggalkan komen beserta email so that I can contact you.
Open to all. Yang sudah jadi mommy, yang akan jadi mommy, untuk anak buah, untuk adik, untuk cucu. 🙂


*additional RM4.50 for Pos Ekspress/Poslaju 🙂

Bakal menjadi zombie lagi

Minggu lepas saya menjadi zombie due to kerja straight 6 days for 12 hours.

Hari ini saya menikmati hari off saya yang pertama secara light-light seja. Bangun awal. Mengemas rumah. Makan secara teratur. Potong kain untuk jahit boxer Enchek Kedek. Pegi kedai membeli supply sebab berangan-angan mau menjahit banyak projek untuk selama 4 hari off saya itu.

Tapi, jam 6 tadi saya menerima panggilan dari opis yang mengatakan seorang colleague saya mengalami back-ache dan tidak akan turun kerja selama 4 f**king days! Dan saya adalah orang terdekat yang available untuk menggantikan tempat si-sakit-backache itu. My other colleague yang jugak mempunyai potensi untuk mengganti tempat itu tidak available kerana anak perlu di hantar balik ke asrama penuh.

Saya menangis. Bukan menangis sebab nda mau kerja. Menangis sebab selama 6 hari kurang spend masa dengan Ariana. Then bila baru satu hari off, baru satu hari rendam-rendam diri dalam kolam bersama Ariana, saya sudah di panggil semula untuk kerja.

Saya terpaksa kerja selama 2 hari, kemudian 1 hari off, dan kemudian sambung lagi 4 hari!. Haihhh.. Saya bukannya workaholic, bukannya mementingkan kerja lebih daripada keluarga. Tapi nature of work saya memang begitu. Selama 24 jam, mesti ada orang yang stand-by. Bila ada un-planned emergency, memang ada orang yang kena stand-in. For this case, saya yang kena stand-in. Saya ok lah sebab ianya ialah unplanned emergency.

Saya teringat jugak waktu saya teruk morning sickness dulu. Mesti begini lah keadaan mereka. Terpaksa stand-in untuk saya kerana tidak larat untuk kerja. Tapi masa itu bukan festive season. Maka ada ramai orang yang dapat di panggil. Untuk kes bulan ini i.e festive season, hanya 2 orang yang available. Yang dua orang ni pun baru jugak lepas jadi zombie, sudah kena suruh jadi zombie lagi.

Tomorrow, its only going to be me, and my 2 bosses. And I really hope that the canteen opens tomorrow.

Peranan anak kepada parents nya

Dulu kan, masa mula-mula sudah bertunang dengan Enchek Kedek, saya masih kerja di offshore. (bukan entry pasal peranan anak kah ni?)

Memang selama dua minggu tu, pantang ada masa terluang, mesti kol Enchek Kedek. Then kalau online, bukak digi.com.my and hantar sms pakai tu FREE SMS & FREE MMS.  Then malam before tidur, mesti jugak kol. Jam 1 pagi fon bunyi memang sanggup bangun sebab tau Enchek Kedek yang kol. Pendek kata, boleh di kategorikan sebagai ‘angau’ lah.

Of course lah orang-orang di offshore pun sedar ke-angau-an saya tu. Jadi ada lah satu orang uncle ni, dia tanya,

Uncle :Mau kahwin sudah kah?

Me : Iya.. :)))

Uncle : Bila?

Me : Next year bulan 3. ;))))

Uncle : Hutang-hutang sama parents sudah habis bayar kah?

Me : Hutang apa? (kehairanan) 😕

Uncle : Hantar pegi sekolah.. Hantar pergi belajar.. Duit belanja.. Sudah habis bayar kah?

Me : *gulp*  (-_-*)

Talking about responsibility kan. Salah satu tanggungjawab parents menghantar kita ke sekolah. Nda  berapa pandai pun nda pa. Yang penting ada pelajaran. Kalau bukan degree, diploma. Kalau bukan diploma, sijil. Yang penting, TIDAK MENYUSAHKAN MEREKA DI HARI TUA.

Kalau sudah di hari tua (hari tua mereka, bukan hari tua kita), menjadi tanggungjawab kita pulak kan yang membalas balik jasa parents kita dulu.

Mula-mula kerja dulu, mama ada cakap, kalau mau ‘bagi’, nda payah banyak-banyak. Asal ada. Mama pun gembira. My mum & my bapak still working. Masing-masing masih ada gaji sendiri. Tapi saya tidak jadikan itu sebagai alasan untuk tidak ‘bagi’ tiap bulan walaupun mereka tidak mintak. Tapi saya mengaku saya tidak ‘bagi’ sebanyak yang diorang bagi saya tiap bulan semasa saya belajar di Kuching dulu. Tapi saya gembira tiap kali dapat sms ‘Thank You’ selepas ‘bagi’ tiap bulan. hehehe

Bapak & mama saya pun jenis yang humble-humble saja. Kalau ada, ada lah. Kalau tiada, tiadalah. Saya pun humble jugak. Mama offer mau belanja perfume di KL hari tu, saya terima seja lah.

Saya buat entry ni bukan nya apa. Sebab satu hari nanti Ariana *dan adik-adiknya InsyAllah* akan baca blog mommy nya ni jugak kan.  Saya mau dia jadi macam mommy nya jugak (this part ja lah..part yang kuat shopping itu JANGAN YA ARIANA *dan adik-adik*…).

Saya ada membuat ‘Forum Perdana’ dengan mum-in-law tadi. Mum in law cakap, setakat ‘dapat bagi anak makan’ ja tidak cukup. Memang lah bagi anak makan tu cukup. Bagi makan ubi kayu hari-hari pun boleh. Tapi pemikiran haruslah jauh. Fikir pasal sekolah anak, masuk kolej masuk universiti bukannya free. SEE!. Itu ialah kata-kata yang keluar dari mulut seorang ibu tunggal. Budak-budak nda boleh lawan.

Akhirnya, semua akan balik ke benda yang paling basic jugak, ‘Bagi anak sampai dapat pelajaran supaya TIDAK MENYUSAHKAN PARENTS DI HARI TUA NANTI’.

🙂

ok.. Thanx.. Tata!

Convo Mama

Sepatutnya last month sudah di update, tapi kerana masa terlalu mencemburui saya.. hehe

PB229673 

IMG_3400 

IMG_3402

 

 

IMG_3412

Bapak & mama sampai sana awal (duh~..)

Me & Enchek Kedek lenggang-lenggang kangkung datang.. Aim mau ambil gambar ja sebab nda dapat masuk. Walaupun bapak last minute call cakap ada seat, tapi kami nda prepare dari segi pemakaian. hehehe

So, after mama sudah keluar, kami proceed pegi tingkat atas untuk studio photo. Sudah lah belum beli coupon, main masuk ja barisan (sebab barisan terlampau panjang) while wait si Enchek Kedek yang pro-aktive untuk membeli coupon gambar.. hehe

Lepas penat-penat bergambar di sana-sini, kami pun balik. Dorang mama ambil teksi & balik hotel. Saya dan Enchek kedek pi main-main dalam The Mall then pegi cuba naik komuter. ehehe.