Terperangkap di Jalan Tar kerana hujan lebat.

Sementara menunggu hujan reda. RM5 saja.

Pelukis inai memberi catalogue untuk memilih design.

Saya gembira.

Saya memilih design yang tidak berat dan ada kupu-kupu.

Pelukis inai menutup catalogue dan kemudian melukis ikut suka hati design dia.

Tiada kupu-kupu.

🙁

– Posted using BlogPress from binikedek’s iPhone

KL day 2

Hari ni shopping dan jalan sampai sakit kaki.

Pagi di mulakan dengan awal sekali. Kazen Enchek Kedek menghantar kami ke hotel tempat bapak & mama stay. Bersarapan pagi di kedai mamak dan kemudian di ikuti oleh kejakunan saya pertama kali menaiki monorail.

Destinasi pertama ialah Bukit Bintang. Tapi kedai belum bukak. Hehehe. Tapi, saya dan mama sempat melihat keganasan seorang ibu melibas/menghayun henbeg nya beberapa kali ke arah dua orang anaknya. Kadar libasan yang berulang kali jelas kedengaran sehingga kami sudah turun ke tingkat yang seterusnya. Sebab musabab libasan tidak di ketahui.

Enchek Kedek & bapak mengukur Low Yatt manakala saya & mama mengukur sekadar yang termampu. Sempat menghabiskan duit masa di shopping mall baru, Fahrenheit 88.

Seterusnya, Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya kaki saya mengukur jalan dari Bukit Bintang hingga ke Jalan Tar.

Shopping tidak bergerak dengan marvelous kerana saya clueless. Tidak tahu mau membeli apa. Mungkin esok enjin sudah panas dan dompet Enchek Kedek akan semakin hangat.

Kami ada plan untuk ke Genting tapi tidak jadi sebab sekarang musim hujan. Menurut kazen, kalau hujan, banyak permainan akan di tutup. So esok saya pergi bermain di Midvalley sajalah.

PS: Terjumpa kawan di Jalan TAR. Ayat yang keluar dari mulutnya, ‘yarabehhh sheila..sampei ke ctuk aku jumpa kau…’ hehehe

– Posted using BlogPress from binikedek’s iPhone