Bulleh!

Malam ini saya masih bekerja. Mungkin akan berdepan dengan tekanan lagi. Tapi tadi saya sudah berdoa supaya di kuatkan dan di tabahkan hati saya untuk melalui night shift malam ini dan kemudian ber-off day agak panjang sendikit dari kebiasaan.

Esok awal pagi kami akan bertolak ke Sibu. Esok kan raya. Mum in law dan baby girl kesayangan saya akan lama sedikit tinggal di Sibu berikutan saya dan Enchek Kedek akan ke KL pada 18hb ini.

Hati saya tidak seberapa kuat untuk membawa Ariana bersama kerana kawan cakap, udara di KL tidak sesuai untuk baby (sebolehnya di elakkan,kalau tidak dapat tidak apa lah), kalau hujan pun hujan yang berasid dan kes penculikkan kanak-kanak di sana adalah hebat. Yes, baca saja akhbar harian online.

Kemudian saya teringat pada kawan saya yang ber-shout out di FB nya yang anaknya hilang beberapa minit di Servay Miri. Saya kemudian meng-imagine kemudian takut sendiri. Saya mahu membeli harness, benda yang di kasi pakai pada kanak-kanak yang sudah pandai berjalan, dengan tali yang di pegang oleh saya. Saya tidak akan memperduli kalau orang cakap macam rantai anjing, yang penting selamat.

Oh.. Asmara sudah start.

Bye!

– Posted using BlogPress from binikedek’s iPhone