Duhlu-duhlu puhnya cherita

Semalam saya ber-msg dalam FB dengan Kak Dan.. Mula-mula tu mintak ajar macam mana cara pakai tudung gipsi.. Lama-lama meleret ke soalan ‘apa khabar’, ‘bila due’ dan ‘beranak di mana’. Then, lama-kelamaan, saya terimbas balik kisah lampau. Zaman kegemilangan pregnant last year.. hehe.. tapi of course bukan pasal all-day-long punya morning sicknes punya cerita lah. mau muntah ja kalau di ingat balik.

Saya teringat balik betapa saya suka makan di Sugar Bun. Kano meal ataupun nasi lemak kari ayam nya. Tiap hari, balik dari kerja, sampai rumah dalam jam 7 malam. Lepas mandi & everything, kelam kabut bawak Enchek Kedek pegi Sugar Bun sebab SB di Bintulu ni tutup jam 8.30-9 malam. Awal kan? Then kalau Enchek Kedek kerja malam, saya direct from tempat kerja pegi SB sendiri-sendiri and duduk makan di sana sendiri-sendiri. Apa saja demi kano meal atau nasi lemak tu. Phone time tu ready Enchek Kedek on speed dial sebab location SB ni tepi sungai. Saya takut ada lanun datang (tapi ada lanun kah di sungai?)

Time pergnant jugak, paling susah time mau tidur tu bila perut sudah besar.. Kalau bukan sesak nafas, sakit belakang. Bantal menggunung tinggi yang di pakai. Dapat jugak tidur selesa sikit tapi kalau sudah datang cramp di betis tu, aduh.. Nasib time tu Enchek Kedek memang alert bila saya gerak dia sebab cramp tu. Trus lah di kasi lurus kaki saya, and sekelip mata ja, sakit hilang, mata pun sambung tidur.

Time pregnant jugak, Enchek Kedek dan saya punay schedule kerja nda sama. Dia selalu kerja malam jugak untuk overtime. So saya selalu di rumah. Oleh kerana saya ni bulleh tahan jugak penakut, so saya rajin (rajin lah konon) baca Yasin sebelum tidur. Then kalau tidur, tidur dengan Smokie. Smokie ialah seekor kucing. Hantu takut kucing kan? hehehe. Tapi, time pregnant tu, selalu jugak saya mimpi pasal PONTI****. Nda tau kenapa. Pernah sekali tu mimpi ponti ada dekat tingkap bilik tidur. Bila terbangun, si Smokie sedang merenung tajam ke arah tingkap. Scary kan? Sudah lah satu rang ja di rumah. Then ada lgi satu kali, mimpi hantu jugak, bila terbangun, Smokie baring ngam-ngam dekat area punggung saya. Kira macam Smokie ni protecting me lah.

Tapi, walau macam mana pun Smokie protect saya, pernah jugak satu kali kami gaduh besar. Smokie curi cake pisang favourite saya. Cake yang paling di idamkan saya. Kebetulan Smokie pun pregnant jugak time tu, kali dia pun mengidam. Tapi I was being ‘not-rasional’, memarah-marah Smokie and buang cake yang dia baru gigit sikit tu dalam tong sampah. Encik kedek pun hairan betul. Kalau sudah di gigit tu, kasi ja lah. Ini nda, terus baung, then melarang lagi si Smokie mengorek balik tong sampah tu. itu lah namanya perempuan mengandung, berfikir menggunakan ke-tidak-rational-an. Kesian Smokie. BTW, Smokie ialah seekor kucing.

Semalam saya tanya Enchek kedek, ingat masihkah memori-memori semasa saya mengandungkan Ariana dulu. Enchek Kedek cakap saya jahat/garang.

BTW, ini hari, saya dan Enchek Kedek punya 1 year 8 months wedding annivesary. (20 bulan sudah)