Binikedek’s view:

Saya sebenarnya hairan bila ada orang yang memberi komen seperti,

‘Awalnya ko kawin Sheila’

‘Aku mau enjoy puas dulu baru kawin’

Tapi bila di tanya balik, ‘bila lah umur yang sesuai untuk kawin’ or ‘enjoy macam mana yang di mau’, mesti susah mau di jawab.

For me, bila-bila pun boleh bah, asalkan sudah ready.

Salah satu perkara yang saya sedar ialah, selepas kahwin, saya mula kira every money spent. Kalau dulu, huuu haaa huuu haaa. Asal balik dari offshore, pigi spa…pigi facial..pigi hair treatment..pigi shopping. Air Asia Miri-KK macam bas berhenti-henti di KK tu seja. Sekarang ni, biarlah rambut macam dawai, yang penting makan cukup, duit simpanan cukup. Cukup berbeza.

Kalau dulu, tiap bulan rambut bertukar-tukar warna. Semuanya kerana $$$. Bukanlah maksud menjadi hamba kepada duit. Tapi money is everything. Even mo pigi surau di ****** p**** pun mo bayar jugak. Sandik kan? Memanglah money cant buy happiness, tapi kalau teda duit untuk beli beras, perut lapar, happy kah?

Itu lah salah satu perkara yang mematangkan diri saya bila sudah memasuki ke alam perkahwinan, ber-Enchek Kedek dan kemudian ber-Ariana. Biar diri sendiri berlapar, yang penting susu anak standby 6 tin di rumah. (berlapar apa kalau badan masih bulat?cukup makan lah ertinya tu). Nasib saya ni kerja 4 hari, then cuti 4 hari. Banyak jugak masa terluang untuk Ariana.

Tadi saya ada menyuarakan pandangan saya tu kepada Enchek Kedek. Then dia jawab,

‘Ok bah tu kahwin awal. Bukan awal sangat lah. Masih kuat.. Masih bertenaga. Tengok ja sekarang, umur macam kitak tok pun sudah berteriak-teriak’..

Jangan salah faham ya. Saya berteriak tu ialah memanggil Enchek Kedek, memintak pertolongan bila Ariana sudah mula buat perangai berguling-guling time orang sibuk mo kasi pakai pampers. Belum lagi cerita pagi tadi dia bergantung di kaki saya time saya sibuk mo cuci o-oq dia. Akhirnya, melekatlah setompok poo-poo di seluar saya. Belum lagi saya mula merepak pasal Ariana buat badan saya macam pokok. Di tunjuknya skill memanjat badan mommy. Nasib nda termuntah nasi.

Pasal issue enjoy tu pulak, saya nda tau lah. Saya punya definition of enjoy cuma enjoy shopping. Paling parah pun, kena gertak oleh Enchek Kedek nda boleh shopping di KL sebab sudah spent duit banyak di Sibu.

Tapi, tidak semua orang sama. Saya bukan ahli sukan atau rajin exercise dulu, maka stamina saya untuk mengurus Ariana kadang-kadang boleh tercungap-cungap. Saya bukan jenis yang rajin simpan duit dulu (maklumlah budak-budak tiba2 kena bagi banyak duit). Saya juga bukan jenis suka bersuka ria jadi saya tidak kisah sangat kalau sudah kahwin tidak dapat enjoy. (online shopping pun enjoy bah. Kalau Enchek Kedek check history laptop nya tu, mesti penat dia mengira berapa banyak blogshop yang sudah saya kunjungi)

Itu seja.

Tata!

Suprise!


Kemarin kami sekeluarga telah balik ke Sibu. MIL sudah awal satu hari balik ke Sibu. So kira kami balik ni tanpa pengetahuan diorang di Sibu lah.

Kami berangkat dari Bintulu lebih kurang jam 1.30 pm. Half journey Ariana tidur. The other half, bergaduh sama mommy :p.

Since that kepulangan kami tidak di ketahui, Enchek Kedek called his mom to check where she is. Manatau diorang jalan, terkebil-kebil biji mata kami nanti menunggu di luar rumah.

Pintu rumah terbentang luas and all of them, mil, ngah am & ngah di lepak di dapur. So kami kasi duduk Ariana di tengah ruang tamu dekat tangga n me & Enchek Kedek bertapuk depan pintu.

Ariana sepatutnya membuat bunyi-bunyian tapi she didnt. She just sit there sambil men-tengok diorang yang lain di dapur. Lama jugak lah. Sampailah mil pegi ruang tamu to take out something from her handbag. Time tu lah baru Ariana berbunyi. Itu pun kecik ja suara. Terus mil terkejut and ambik Ariana. Then baru lah kami keluar.

Terus kami semua ketawa macam dalam iklan tv. Tapi sekejap ja kami ketawa sebab lepas tu ribut angun. Kuat betul angin. Pokok pun macam mau tumbang. Terus kami takut. Akibat kasi main orang tua kali.