Morning with LoMO

Selamat Pagi!


Sampai rumah dari night shift, hujan renyai-renyai and masih berkabus lagi di luar rumah. Terus macam rasa tinggal di Kundasang pulak.

Seperti kebiasaan, saya dan Enchek Kedek lupa bawak kunci rumah kemarin, so kami lepak sekejap di luar pagar sementara tunggu mil bukak gril rumah secara senyap sebab nda mau Ariana terbangun.


Ini bukan gambar lalang.. Ini sepatutnya ialah gambar pokok mangga mini kepunyaan Enchek Kedek.


Dan si Tigress pun muncul.. Semalaman menghilangkan diri pegi beronggeng di Kelab Malam Kucing.


Boleh buat muka tidak rasa bersalah lagi pegi clubbing. Sudahlah pregnant. Mesti banyak berehat.

Dan akhirnya kunci rumah pun sampai.


Beg tembikai yang Enchek Kedek angkat tu ialah bag tupperware saya untuk mengisi bekal pegi kerja. Kalau tiada apa untuk di bekal pun,di bawak jugak. Isi satu kotak dutch lady dengan biskut. Padahal di ofis sudah banyak stok. Sampai expire pun ada.

Ps: teringat kes Ica makan coco crunch & maggie asam laksa yang sudah expire time dia dtg bintulu untuk mengasi kawan kakaknya yang teruk morning all-day-sickness last year.

– Posted using BlogPress from binikedek’s iPhone

Growing up with Ariana

Tau ja kan..asal tajuk Growing up with Ariana tu, memang cerita pasal budak kecik tu.

BTW, kami observe Ariana sudah semakin membulat.. Kencang sudah kulitnya. And of course, semakin pintar.

Pintar macam mana?

Tadi petang, time saya sibuk mau membuka baju Ariana sebab mau kasi mandi, mil bercakap dengan Ariana.

MIL : Tepuk-tepuk tangan Mai..

Kemudian Ariana mula menepuk tangan..

MIL : Tangan di kepala Mai..

Kemudian Ariana meletak tangan di atas kepala!!!!

Terus saya terkedu.. Betulkah budak ni sudah paham?? (Then ada lah angan-angan suruh Ariana pegi kedai depan beli gula..hehehe)

Ok lah.. itu sebenarnya pengaruh dari lagu tepuk-tepuk-tangan-suka-suka saya tu.. Best kan budak senang dan cepat tangkap dari lagu yang kita nyanyi. Lepas ni boleh lah lagi ajar Ariana lagu-lagu lain. Definately bukan lagu Justin Bieber Baby Baby baby ohhh itu.. Habis nanti budak-budak yang selalu main basikal depan rumah tu perasan kena urat oleh Ariana.

PS : Lagu kap-kap udang tu boleh lah di hentikan sudah.. takut nanti pegi pasar, jumpa ketam, dia pegi tangkap pulak. Ataupun perkataan ‘ketam’ tu di tukar ke ‘Premium Beauty Croset’ ataupun ‘laptop’ (*Enchek Kedek, sila terasa ya)