Big Fishy


Semasa saya masih trainee di syarikat Enchek Kerang, saya telah di assign ke salah satu platform di lautan Sarawak, M3 complex.

Pada suatu hari (cerita mesti merujuk kepada gambar), saya bersama dua orang kawan saya telah di suruh mengecheck ‘swing rope’ di ‘boat landing deck’. Boat landing deck ialag tempat transit sebelum kami swing masuk ke dalam bot (jika perlu). So swing rope tu ada 1-monthly check. Untuk memastikan kekuatan tali tu masih excellent.

So pergilah kami (saya, P dan H) ke boat landing deck itu. Boat landing deck itu deck paling rendah. Kalau ombak kuat sikit, basah sudah coverall kami sampai paras lutut. Means kami betul-betul berdiri atas air lah time tu.

Then, semasa menjalankan monthly check itu, saya cuma menghayati air laut dan ketam-ketam batu yang melekat di lantai besi platform itu.

Tiba-tiba, si P bersuara, ‘sheila..cuba ko tengok tu.’ sambil menunjuk ke arah air laut yang semakin lama semakin gelap. Nampak seperti ada sesuatu dari dalam laut tu yang sedang menimbulkan diri.

Saya : ‘ehh..apa tu?’
P : ‘nda tau..cepat..lari kita’
Saya : si H?
P : H, cepat,lari kita.
H : nanti..belum siap lagi kerja kita ni.

Sedikit introduction mengenai si H. Seorang yang rajin dan sentiasa fikir yang orang sekeliling dia mahu menipu dia.

P : lariiiii!!!

Masa naik tangga ke atas tu, kaki saya rasa berat mau melangkah sebab terlampau takut. Then si H lagi masih tertinggal di bawah. Mau nda mau naik seja sebab saya belum kahwin lagi time tu.

Sampai tingkat atas, kami tutup lagi pintu gate ke bawah. Macamlah benda hitam tu pandai naik tangga kan? Oh.. Ini bukan cerita hantu.

Sampai atas, kami tengok ke bawah. Rupa-rupanya benda yang gelap dan sedang dalam proses menimbulkan diri tu, ada DUA!

Benda tu mengelilingi platform mengikut suara kami. (si P tu pembising sikit..eh banyak!). Lama-lama benda tu hilang.

Kemudian kami balik ke quaters dan menceritakan pengalaman kami tadi tu kepada rakan-rakan se-trainee dimana kami akhirnya di ketawakan seja. Durang ingat kami menipu. Kalau ikut, cuma kami tiga ja di tempat kejadian dan tiada saksi lain. So betullah macam menipu. Tapi kenapa jugak kami mau menipu?

Then tiba-tiba ada seorang otai platform tu menyampuk, ‘ohh.. Memang ada tu kalau di drilling platform.ikan bah tu.dia mau kawan-kawan dengan kamu’..

IKAN??!! Punyalah besar! Ikan paus kali.. Itu imaginasi kami. Imaginasi tinggal imaginasi sampailah pada suatu hari, saya telah di transfer ke platform lain iaitu M1 Complex. Cuba teka apa yang saya jumpa disana?


*Lebih banyak gambar ikan ni boleh di tengok dalam FB saya.

Gambar ni di ambil dari tingkat ke-4 platform tu. So boleh lah imagine saiz shark-whale ni kan? Shark whale ni datang melawat platform tiap kali musim hujan. Kadang-kadang, seangkatan dolphine pun datang berenang-renang di tepi platform. Mula-mula nampak dolphine, sangat jakun! Sampai nda mau buat kerja. One of my friend nampak giant ikan pari. Ada jugak yang jumpa penyu. Saya sekali jumpa ular laut. Kalau ikan sardin, ikan belukuk tu tiap hari sudah di jumpa.

Walaubagaimana pun, misteri 2 benda hitam yang timbul dalam laut tu masih menjadi tanda tanya kepada kami bertiga.

Begitu lah cerita di mana saya fikir saya hampir di makan ikan besar.