Kerana Ariana…


..dua kali saya kesemangatan.

Tadi pagi, mil di dapur sedang breakfast..i left Ariana for a while sebab buat breakfast for her. Ariana nda jugak nangis or bising-bising ketuk pintu dapur. Sempat jugak saya menyubuk dari pintu dapur, teda pulak budak kecik tu. So saya assume yang dia dalam bilik mil and kacau-kacau barang bedak nya. Sekali tengok, Ariana atas katil sedang main-main dekat bantal. Terlompat-lompat kunun dia atas katil when she saw me. Then nampak dia punya bowl, terus ‘mommommm..’.. She climbed the bed herself!!! ( sila rujuk video Ariana panjat katil di FB )

Kali kedua kesemangatan, time dalam bilik. Saya baru balik dari night shift, tidur pagi around 9+ with Ariana. Best lah tidur.. Sejuk2 pakai selimut lagi. Sekali tersedar, bukak mata, Ariana sedang berusaha berdiri dekat tingkap bilik sambil hold on to the grill ja. Between the bed & window ada lebih kurang gap 1 kaki. Kaki Ariana time tu satu sudah di bawah. Memang kalau saya tidak sedar, di bawah katil sudah dia tu. Itu pun kalau dia nangis, kalau tidak nangis, habis di explore satu bilik ni.

Ariana kan, kalau terjatuh kah, terhantuk kah, nda jugak dia nangis kalau nda di tegur unless sangat-sangat sakit lah.

Sudah lah pandai marah kalau kena marah. Macam few days ago, dia pi kacau speaker papa nya. Speaker tu kan atas stand nya sendiri. So bila si Ariana kasi goyang2 tu stand, takut jugak speaker dengan stand tu sekali jatuh atas dia. So as a garang caring mommy, saya larang lah. Saya nda banyak cakap. Cukup panggil nama ja. Kalau marah berjela-jela bukan jugak dia paham. So di jadikan cerita, Ariana marah sebab saya larang dia. Cara dia menunjukkan marah, merangkak dengan laju dan bunyi hentakkan yang kuat, meluru ke arah saya sambil mulut kumat-kamit (nda tau lah apa yang di cakapnya tu). Sampai ja depan muka saya, dia stop and buat aksi pukul lantai sebagai tanda protes. Macam rupa kucing pun ada jugak..hehehe

In just few days, Ariana akan masuk 10 bulan sudah. Perangai pulak sudah lasak. Harap-harap masuk 10 bulan ni dia concentrate on belajat berjalan lah instead of jadi baby-dare-devil.


Mommy umpat Mai kah?????

– Posted using BlogPress from binikedek’s iPhone