Cerita Seram

Halo.. Dari tadi pagi mau update blog tapi otak kosong. Petang ni baru ada isi setelah makan tart telur cinta yang Enchek Kedek deliver all the way from Kemena meeting room ke BOCC.. Hehehe

Cerita seram ah.. Kanak-kanak bawah umur, ibu mengandung, ibu muntah kuning serta orang yang berkenaan jangan baca. Stop sampai sini ja.

Kisah terjadi di Labuan semasa saya menjalani field training selama 6 bulan. Tapi nda lah selama 6 bulan tu jumpa dengan hantu. Crazyyy ohh (pinjam ayat si Tunga).

Time di Labuan tu tinggal di hotel *****. Satu orang satu bilik. Tapi time tu saya share bilik dengan Maslyn. (hai maslyn!) sebab senang Maslyn turun kerja sama dengan kami menaiki van company.

So hotel tu ada dua katil. Kami satu orang satu katil lah. Pada salah satu malam kami tidur tu, saya terbangun. Bangun and dalam keadaan kehairanan sebab……

Pada keesokkan hari nya, saya bercerita-cerita dengan kawan yang lain. So saya kasitau lah yang semalam saya terbangun dari tidur and nampak ada ramai orang dalam bilik, looking at me. Saya hairan kenapa ramai orang dalam bilik. So kawan-kawan saya cakap, mungkin saya mimpi atau pun imaginasi sendiri ja. So saya pun meng-iyakan lah.. Mustahil jugak ramai orang dalam bilik then pakai baju pesakit hospital lagi.

Then all my friends terdiam, menggenggam erat tangan saya, “Sheila…belakang hotel kita tu ada hospital lama zaman Jepun”..

Then bulu tengkuk berdiri, mata berair and mengimbas balik kejadian RAMAI orang berpakaian PESAKIT HOSPITAL berdiri men-tengok saya..

Growing up with Ariana

Lama sudah teda cerita pasal budak kecik tu kan.. hehe

Semalam Enchek Kedek tidur awal sebab sakit kepala. Dia cakap dia tidak tau kenapa boleh sakit kepala. Tapi saya tau. D.O.T.A. Huuu.. Main sampai jam 2 pagi..then jam 5 bangun siap-siap pegi kerja.Kerja 12 jam. Then malam lambat tidur, pagi awal lagi bangun..

So saya pun mengantuk awal jugak semalam. Bawak Ariana, si-budak-terer-tahan-mata-nda-mau-tidur tu.. Hati nya kuat untuk mau bermain.

Jadi semalam di paksa tidur. Off lampu. Mula lah Ariana berguling-guling. Masih jugak berusaha untuk nda mau tidur. Last-last kami pun tertidur bersama.

Ariana tidur dengan kami di katil. Selalunya kalau Ariana tertidur awal dari kami, memang dia masuk babycot nya. Tapi sebab ini tidur secara paksaan, 3 orang lah di katil.

Dapat imagine Petronas Twin Tower? Macam tu lah kami tidur semalam. Dan saya tidak bernasib baik sebab kaki Ariana di muka saya. Nasib Ariana nda mengigau mengayuh basikal.