Saya menang Motor!!

Cuma perkataan ‘motor’ ja yang ada kena mengena dengan entry ni. Yang ‘menang’ tu, insyAllah ada kalau ada rezeki..hehe.. Tapi mau minum power root dulu lah.

Sekarang ni kan, Enchek Kedek dalam proses memujuk saya untuk memberi kebenaran dia membeli motor. Of course pakai duit dia sendiri lah. Kami laki bini memang suka saling memintak kebenaran. Tapi kalau nda kena kasi, muka di tarik, muncung di tajam 45 darjah. Yes, kami sehati sejiwa suka memuncung bibir kalau merajuk.

Motor tu bukanlah sekarang. Tunggu semua sudah stabil, baru lah boleh pasang cita-cita untuk beli motosikal. Mula-mula tu saya fikir, kenapa jugak mau pasang cita-cita kalau setakat mau beli motor kapchai. Rupa-rupanya motor kapchai tu cuma dalam imaginasi saya. Motor yang dia idamkan tu, motor berkuasa besar dan berbelanja besar jugak. Boleh beli kancil 1 ekor buah.

PS: Macam mana lah kalau lelaki pandai mengandung?terpaksa lah jugak kasi beli Enchek Kedek motor tu supaya anak lahir nda berliur seja..hehe

– Posted using BlogPress from binikedek’s iPhone