Saya & PMS

Setiap bulan, saya akan ada…

1 kali berperangai pelik,
1 kali cari pasal dengan Enchek Kedek,
1 kali emo nangis-nangis sendiri dalam bilik selepas pergaduhan kecil yang di buat-buat oleh saya sendiri (..dan saya kalah),
1 kali cubaan untuk mencederakan Enchek Kedek,
1 kali rasa macam diri tidak di sayangi dan lantas memintak Enchek Kedek memeluk saya untuk men-transfer kan kasi sayang,
1 kali rasa seperti tiada orang mau berkawan sama saya,
Pendek kata, berkali-kali lah macam perempuan gila.

Then, selepas perkara-perkara di atas terjadi, dalam beberapa ketika, saya akan me-mesej Enchek Kedek & kasitau yang tidak lama lagi saya period..
Tapi kadang-kadang dia sendiri dapat teka..
Dan Enchek Kedek sudah immune dengan semua perkara yang di sebut di atas..
Tapi kalau perkara di atas berlaku secara lebih dari satu kali, dia akan membuat kesimpulan sendiri (tanpa menitik beratkan keadaan sekeliling saya) bahawa saya period 2 kali..

“Thanx sayang sebab faham and buat-buat nda tau ja bila Puan PMS datang melawat”

Btw, dari point-point di atas, situasi sebenar lebih kurang macam ni lah..

Saya dan Enchek Kedek hendak keluar untuk mengepos ‘sayap merah’ ke kazennya di KL..pada saya, harus jalan secepat mungkin sebab malam ni kerja night shift dan saya harus tidur petang untuk mengecas bateri untuk kerja malam ni.
Then Enchek Kedek suruh solat zohor dulu tapi dia cakap begini, ‘ktk solat dolok baru jalan?’..
So saya tanya,’ktk tanyak kmk kah?’.
Then dia jawab, ‘sik..kmk suruh’.. Jadi, sebab setiap bulan saya akan berperangai pelik, maka saya sangat tidak puas hati dengan jawapan dia sebab clearly mula-mula tu dia cakap dengan nada pertanyaan.
Di pendekkan sedikit cerita, saya masuk bilik and baring-baring atas katil.
Then datang Enchek Kedek suruh saya solat sebab mau cepat jalan.
Then saya reka satu topic pergaduhan kecik kami berdua, tapi tidak di layan oleh Enchek Kedek. In fact, dia keluar pi tengok tv..
Saya ikut lagi keluar. Dia suruh lagi saya pegi solat. Trus saya mbuat cubaan untuk mencederakan Enchek Kedek dengan mencubit perut nya.
Then Enchek Kedek marah saya. Then saya sedih sebab kena marah.
Trus masuk bilik, solat then menangis sendiri-sendiri.
Selepas perkara di atas terjadi, kami keluar then berkawan balik.
Then Enchek Kedek balas dendam dengan mencubit saya kecik-kecik di tangan. Dia cakap sakit saya cubit dia especially bila terkena angin. Time tu kuat angin. Saya pegang dada sambil buat muka sakit. ‘eleh..sakit hati lah tu konon bila kena angin’..

Then tadi petang saya mintak Enchek Kedek senyum dengan saya, then baru lah saya rasa di sayangi & di kawan-ni..

So, ngam kan? Betulkan macam perempuan gila.. Nda pa sebab Enchek Kedek paham ke-PMS-an saya itu..

Enchek Kedek pernah menganggap PMS tidak betul dan sengaja di ada-adakan oleh kaum hawa.. hehe..

Eh, sekali lagi, terima kasih sayang sebab sayang kmk..