Cerita Aidilfitri 2010

Last year kami beraya ber-dua… This year kami beraya ber-3..

ok.. habis cerita.. tata!

eh tidak.. cerita raya kami tahun ni macam ni..

Habis night shift, terus mem-pack barang2.. dalam jam 2 petang bertolak ke Sibu..

Raya tahun ni di Sibu.. dan saya tidak menangis.. hehehe.. walaupun ada merasa sedih, tapi rasa sedih tu di atasi oleh Ariana yang tidak dapat di kasi tinggal walau sekejap pun + kepenatan melayan Ariana.. tambah-tambah lagi sakit tulang belakang ni..

IMG_1685

Raya hari pertama di Sibu, sama jugak macam raya di KK.. ziarah kubur, pegi rumah datuk, baring-baring depan tv & tertidur.. hehe.. 

Raya ke-dua, kami pergi ke Sarikei, ziarah kubur arwah bapak Enchek Kedek dan melawat keluarga sebelah bapa kepada Enchek Kedek.. dan kami jugak sempat beraya sekejap di rumah Anjang, collegue saya.. (ala.. yang telah berbakti menolong membawakkan baju raya yang tertinggal di Bintulu)

Then, raya ke-tiga, seawal 4:45 pagi (lebih kurang tolak campur plus minus dy/dx laaah..), kami bertolak ke Bintulu dalam keadaan yang sangat mengantuk dan tidak mandi.. hehe.. gilak kah mandik jam 4 pagi ? tidak gila, tapi kalau dapat di elakkan, elakkan saja.. Sampai Bintulu dalam jam 7 pagi, baru lah kami bermandi-manda dan bersiap-siap untuk bertolak ke Miri dalam jam 10+++ pagi..

Mula-mula tu Enchek Kedek yang drive, tapi sebab dia yang mengantuk, so saya meng-offer diri untuk drive walaupun pada hakikatnya time tu mata saya baru mau terlelap.. tapi at least ada tidur time dalam perjalanan dari Sibu ke Bintulu.. So saya bertolak ansur lah sikit.. Kasi Enchek Kedek tidur.. Pemanduan saya hebat.. semua bump di jalan ialah bump yang smooth.. Maka kami pun terlantun-lantun dalam kereta, sampailah area selepas Bekenu, unable untuk meng-overtake kereta depan, maka time tu lah mata tertidur-tidur.. Meng-full blast kan aircond & tumpukan ke muka, confirm segar bugar..

Sampai Miri, singgah rumah mentua Amer.. Tujuan?

IMG_1827Yes.. pertama kali kami dapat bergambar secara lengkap.. 3 orang lelaki yang berdiri ialah housemate semasa zaman bujang mereka.. 3 wanita chantekkkk (tekankan bunyi K tu..) ialah isteri kepada 3 lelaki di atas.. dan 3 baby chomeyylll (sebut ala-ala Dr. Ho di klinik Bintulu tu) ialah December babbies.. Dari kiri (kiri screen ni) Muhd Zaim.. Ariana Maisara.. Amirul Thaqif Aryan.. Rasanya banyak kali sudah saya cerita dalam blog ni yang 3 babbies tu lahir selang-selang hari ja.. and NO.. kami tidak ada membuat perjanjian untuk pregnant sama-sama.. Ini semua rejeki mahsing-mahsing..

IMG_1845

Sejurus selepas selesai memakan, meminum & bergambar, kami meneruskan perjalan ke destinasi sebenar kami.. Kota Kinabalu..

Perjalan bermula kira-kira pukul 1 tengahari.. Perjalanan adalah smooth.. tiada traffic jam di immigration Brunei & Malaysia.. tapi, stuck selama 1 jam 30 minit (lebih kurang lah) di feri Limbang.. Sepanjang masa menunggu tu Ariana nda tidur.. bergolek ke tepi.. berguling ke depan.. macam-macam aksi.. Sekejap duduk depan dengan mommy.. then pindah sebelah Papa & pi main-main tu wiper kereta.. then nda lama, pegi belakang lagi duduk dengan neneknya sambil tarik-tarik tudung mommy di depan..

IMG_1455 Feri Limbang ke Lawas.. Feri ni muat kira-kira 10 buah kereta saiz biasa.. Tunggu feri ni melintas dalam 10 minit kali.. tapi yang bikin satu jam setengah tu ialah ramai kereta yang berbaris.. Time que tu, saya ingat kamilah yang paling belakang.. Sekali after melintas sungai kecik tu, kereta yang que on the other side lagilaaaaaah panjang.. sampai ada polis yang standby.. biasalah.. kadang-kadang ada jugak kereta yang kurang adab, pegi potong que..

IMG_1461 Ini lah que yang sangat panjang tu.. dari lepas feri, sampailah immigration.. the incoming car tu yang tiba-tiba sesat lane tu, rasanya mau memotong que lah.. kali dia nda tau ada pak polisi di depan tu..

Dalam keboringan menunggu turn naik feri tu,

IMG_1449 …….. saya bermain-main camera… dan dalam ketekunan saya bermain dengan camera henpon tu.. tiba-tiba..

IMG_1458 Hai Mommy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

IMG_1452

Lama suda ni kami tidak bergambar macam ni.. Henpon penuh dengan gambar Ariana ja.. hehehe..

Sejurus selepas berjaya mengeluarkan diri dari Lawas, perjalan kami semakin smooth.. oh btw, Jambatan Lawas sudah siap.. tidak perlu tunggu feri lagi.. Perjalanan yang tinggal lebih kurang 4 jam di teruskan.. Sepanjang 4 jam tu Ariana tidur.. Mommynya nda tidur.. sebab perasaan excited mau sampai KK tu terlampau kuat.. hehehe..

So kami pun selamat sampai ke rumah dalam jam 10 malam..

Sabtu ni 18hb kami open house, datang ya!!!

Sekelip Mata trus jadi fofular

Siapa Luca Lucas? Cepat, pegi google..

Tapi sebagai pembuka cerita, si Luca Lucas ialah salah seorang individu yang memfamouskan diri dengan cepat dengan cara yang jijik.. Jijik macam mana? Dia ni kira seangkatan dengan Aduka Taruna, Katy Lim Li Lian dan banyak lagi.. Seriously banyak lagi!!! Diorang ni individu yang buat statement sembarangan di dalam Facebook, menghina agama, bangsa, negeri.. masing-masing diorang ni ada kategori sendiri.. Macam si Luca Lucas ni, kategori dia ialah menghina NEGERI SABAH..

Jangan pulak kamurang ingat si Binikedek ni orang Sabah, then tidak dapat terima kritikan orang lain pasal negeri sendiri.. Seriously, kalau kamu bukan orang Sabah sendiri pun, memang akan panas hati jugak..

First time baca pasal statement bodoh-bodoh-palui + tidak sedar diri dari si Luca Lucas ni di page Kami Benci Luca Lucas KRN Menghina Sabah, rasa panas hati.. Statement2 dia semua nda masuk akal.. Statement2 dia kan, macam dia ‘dengar dari orang’ atau pun macam dia baru pernah pegi satu daerah ja di Sabah, trus buat statement2 palui tu.. Memanglah dia ada hak untuk menyatakan ketidak-puasan hatinya tu, tapi kan, menghina tu tidak perlu..

Oleh sebab panas hati, saya meng-google lagi.. Tengok lagi sumber-sumber lain pasal si Luca Lucas tu.. Then kepanasan hati berkurang, sebab? Klik blog ini..

Entry blog ni bukan bertujuan mau mem-panas-panas kan lagi isu kenegerian.. Bilang 1 Malaysia kan.. manada 1 Malaysia pi kutuk2 negeri orang…

Lagipun, sebagai peringatan kepada kita, berfikir sebelum bertindak.. Macam jugak makan, lapar baru makan.. Hujan baru pakai payung.. Pegi stesen minyak bila jarum minyak sampai ke ‘E’.. Beli selipar baru bila selipar lama sudah putus..

Kepada Luca Lucas, relax bah kau.. duduk-duduk kita minum kopi sambil makan biskut Famous Amos..

Bil henpon rm2k+++!!!

Pada suatu hari, pada pukul 4:45 pagi (lebih kurang lah), kami telah men-drive dari Sibu ke Bintulu ke Miri dan akhirnya sampai ke destinasi kami iaitu di Kota Kinabalu..

Tapi, cerita perjalanan berjam-jam tu akan di cerita di entry lain.. Saya cuma mau cerita journey lebih kurang 3 jam di dalam Brunei itu.

Sejurus selepas kami memulakan perjalanan dari Miri, saya menidurkan Ariana dan menidurkan diri sendiri jugak. Mum in law jugak tidur. Mungkin sebab boring, maka Enchek Kedek meng-activatekan digi roaming nya dan mula ber-data.. Update facebook dan ber-google map. Buat pengetahuan anda semua, Enchek Kedek sudah berkali-kali pakai jalan darat untuk ke KK dari Miri, maka google map itu sebenarnya adalah tidak necessary..


Macam ni lah dia ber-google map sambil driving..

Ok, untuk memendekkan cerita yang panjang, semalam Enchek Kedek check bil henpon nya dan dia telah di charge sebanyak RM2931.65 sebab menggunakan perkhidmatan data semasa di Brunei dan kebetulan Brunei tidak termasuk dalam kategori 6 negara yang digi offer flat rate rm38.. naaahhh… kotoh!!!

RM2931.65 itu adalah umpama membeli laptop baru atau pun iphone baru, kemudian di tikam ke dalam laut ataupun sungai yang berdekatan.

Jadi tadi kami pegi digi center untuk memastikan sejauh manakah kebenaran bil itu dan ternyata ianya adalah benar.

Maka kami mengeluarkan lah duit simpanan untuk meng-un-bar kan line henfon Enchek Kedek :,(.. Sudah lah raya..huhu

So, the second time kami pergi ke Digi center dengan membawak duit, tiba-tiba miracle terjadi.

Bil yang bernilai rm2931.65 tu sudah lenyap.. Dan kami pun tidak tau macam mana boleh jadi.

Dalam hati gembira jugak tapi at the same time, berwaspada jugak. Manatau tiba2 muncul balik.

Enchek Kedek knows that Im gonna blog about this and said not to anok him… Hihi.. Kesian.. Nda jugak sampai mau anok laki kan..tapi, sebagai pengajaran kepada kawan2 yang lain untuk tidak meng-activate roaming ketika berada di luar Malaysia tanpa meng-check terlebih dahulu rate yang di kenakan oleh service provider masing-masing.. Kalau digi, ada 6 buah negara ja yang diorang offer flatrate rm36/rm38.. Yang lain2 nda pasti..

Bah..doakan agar bil rm2+k tu cuma kesilapan teknikal dan tidak akan muncul semula di dalam bil.

Tata..

Esok raya!!!

First time beraya di negeri orang.. selama ni, a week before raya suda ada muka saya mansau-mansau di KK..

This year jugak first time Ariana Maisara berhari raya.. Ariana masih lagi macam biasa, takut dengan orang.. Masih jugak mengekalkan status ‘anak kangaroo’..

Menghidapi perangai ‘susah-mau-tidur’.. Terpaksa bawak Ariana dalam kereta berjalan sampai Jambatan Lanang, tertidur dalam kereta n balik rumah sambung tidur..

Mommy mandi kah.. pegi toilet kah.. pakai baju di bilik atas kah.. sembahyang kah.. Confirm dengar suara Ariana menangis mendayu-dayu.. eh tidak..manada mendayu-dayu.. bunyi tangisan nyaring ada lah.. murah air mata Ariana kali ni.. huhu..

Tadi lepas mommy sembahyang, si papa kasi lepas Ariana.. laju ja dia crawling to mommy.. hehe.. kesian..

Mama cakap, time saya kecik-kecik dulu, sama lah perangai macam si Ariana ni.. kehulur hilir jadi anak kangaroo jugak.. takut dengan semua orang termasuk bapak sendiri..

Kira sekarang ni, saya lah merasa balik apa yang mama rasa dulu.. Tapi dulu saya masih kecil, nda kenal sama orang.. rasa selamat di samping mama ja.. so i know how Ariana felt.. nda sampai hati jugak biar dia nangis lama-lama.. layan ja, afterall, that is what a mother should do kan? Comforting her little baby..

bah.. esok pos gambar raya.. InsyAllah..

tata~

Hari Raya Preparation


GOHO – Good Hands On..

I was tying 3 pulut together. This was my first ever attempt to even touch those pulut. Mama always made pulut on Hari Raya Eve.. and I never helped before. I am more to tidying up the house.

So my hands are a bit kekok and at the same time wanting to present a perfect tying-skills..

Sebab kalau tidak rapat dan kemas, abis lah terburai semua isi pulut tu time kena kukus/masak..

Ps : baju raya yang tertinggal sudah sampai tadi tengahari.. Terus proceed mencuci dan menjemur baju baru..

Pss : something wrong with my back.. Sakit lagi. But this time macam lebam.. Everytime Ariana tried to climb my back, she sometimes put her palm on my back bone and put pressure on it, resulting the sakit lebam.

Hari ni last bersahur sebelum raya jumaat ni..

Tata~

Pelik tapi benar

Just recently I bought an online tudung from this one online blogshop.

After the payment done, i havent received any confirmation yet regarding the status of my current purchase.

And just a few moments ago, I received an email from her claiming that she is currently @ Madrid and need me to cash about $2800++ to her because her belonging was stolen there @ Madrid.

I know that this really sounds like scam.. Because I received this kind of email before but not from somebody who sold tudung to me before..

By the way, i havent received the tudung from her yet.

Ps: kalau tudung tu betul2 tidak sampai, will let u all know the name of the blog supaya kamu pun tidak tertipu.

Pss: semua online blogshop stated ‘no backout buyers’.. But what about ‘backout seller’?

Psssttt… Saya tidak sabar tunggu tudung bukan apa.. Kan ada kes satu beg tudung saya tertinggal di bintulu.. Nanti malam mau pigi mekdi, baju merah, tudung hijau pulak (i only haf tudung hijau)..

– Posted using BlogPress from binikedek’s iPhone

Just this morning I found out that our (me & Enchek Kedek) baju raya tertinggal di Bintulu.. And worst, a bag of my undies, bras & tudung also were left behind.. Luckily I packed extra undies inside our luggage bag.. Itu ja lah pakai bekal sementara Anjang balik esok pagi.. Patutlah bonet kereta kemarin nampak lenggang ja..

Maybe Enchek Kedek overlooked those 2 bags.. I should have gone into our room to check again because it was me who packed all the stuffs..

– Posted using BlogPress from binikedek’s iPhone

Preparation untuk Hari Raya

Ok.. mau update sekejap.. sekejap ja.. sibuk ni.. (apakah motif mengasitau orang sibuk dalam blog?)

Malam ni second day nite shift.. esok saya suda off dan akan pergi ke Sibu dan menunggu hari raya.. wah.. menunggu ya.. YA.. tahun ni beraya di Sibu.. tidak..saya tidak akan menangis (jawapan kepada solan yang di ajukan oleh Cinoi semasa terjumpa di port bulan lepas..) Sebab pada Hari Raya ke-tiga kami akan pulang ke KK pulak dan menghabiskan cuti di KK.. closer to beloved family.. mum-in-law akan pergi ke Semporna untuk bersama dengan my one and only abang ipar (Enchek Kedek kan beradik 2 orang ja..)

Semalam ber-contact dengan my one and only kakak ipar pulak.. (Enchek Kedek suruh saya sayang dengan kakak ipar saya sebab she’s my one and only kakak ipar from his side of family..hehe) Kami membuat perbincangan tentang, ‘saya belum ada tudung matching baju raya’.. maka my one and only kakak ipar akan men-tolongkan mencari tudung untuk saya di Jalan TAR.. kebetulan tempat kerja dia dekat saja di sana.. Cubalah Bintulu ni ada kedai tudung yang banyak kan.. YES.. my previous entry saya ada cerita saya beli tudung online.. tapi sebab tahun ni ada baju kurung yang mum in law beli, susah-sangat-cari-kaler-matching nya.. sebab ada kerawang2 lagi di hujung warna oren.. warna baju warna hijau+cokelat=seakan hijau lumut.. Saya kan kalau bab me-matchingkan kaler tudung dengan kaler baju kurung seperti freak sedikit.. kaler mesti masuk.. nda mau mau langgar ja..

Seperti orang-orang yang lain, saya jugak mau shopping raya.. tapi susah lah mau shopping di Bintulu.. ada baju yang dari last year lagi masih ada di kedai tertentu itu.. Balik KK hari tu shopping kain untuk baju kurung & beli handbag baru.. tu ja.. Heels teda.. Tapi saya rasa tidak payah beli kasut pun boleh.. im comfortable with my slipar jipun gisele bunchen itu.. Tapi Enchek Kedek cakap, nanti balik Sibu lah cari heels/sandal/kasut.. orang tua-tua bilang, rezeki jangan di tolak.. heheeh..

Preparation Ariana untuk menyambut Hari Raya buat pertama kali adalah sangat hebat… 2 pasang baju kurung.. Japanesse cotton..cari di jackel bahagian Kain Exclusif..hehehe.. Macam mana jugak kan, mommy nya mau matching kain sama baby.. xpa.. baby pakai kain 1 meter ja.. Then Ariana jugak ada 3 Poney dress.. sudah kan cerita di entry dulu.. dress half-price sebab off season walaupun Malaysia tidak berseason.. Then kasut 3 pasang.. Mommy beli online.. 2 kasut longgar sikit.. satu lagi ngam-ngam pulak.. nda pa.. belum pandai berjalan jugak.. Then mommy kasi beli headband.. online jugak.. aishh.. terpaksa lah.. teda jual sini.. Yang aunty Megan kirim from US tu masih muat, tapi Enchek kedek cakap Ariana pakai tu macam orang mau pegi jogging pulak.. huhuhu.. nanti lah mommy beli klip rambut.. lebat jugak suda rambut Ariana..

Preparation untuk Enchek Kedek pulak..
: Kitak maok kasut baru kah?
: Kitak maok songkok baru kah?
: Kitak punya butang baju melayu masih ada kah?
: Eh, tahun ni kita teda beli kain samping kan?

To Enchek Kedek, maafkan bini mu ini.. Lupa lah.. nanti kita pergi membeli belah di Sibu ja k?