Kisah semalam

Mengatasi masalah bayi yang susah untuk tidur malam.

Ada sesiapa yang pernah jumpa buku yang bertajuk macam di atas tu kah?

Ariana bukannya susah tidur, tapi prosedur tidurnya tu panjang betul.

First, mata layu-layu and start jadi cranky. So put her to bed lah. Sedia bantal and selimutnya. Kalau bernasib baik, Ariana terus tidur, kalau kurang bernasib baik, ada prosedur ke dua.

Ariana either akan mula menanduk-nanduk badan kita ataupun kalau mood nya bagus, dia akan main peek-a-boo dengan selimutnya. So time tu kena pujuk lagi Ariana supaya tidur.

Kalau dalam keadaan yang mamai-mamai, Ariana pandai mau pegi bukak baju dia. Bukan bukak semua. Dia kasi keluar satu tangan dari leher baju nya. Terus jadilah baju ala-ala The Flinstones.

Dalam keadaan yang mamai tu jugak Ariana berguling-guling atas katil. Sudah ada kes jatuh katil jugak.

Rengekkan sepanjang proses untuk tidur itu ialah perkara biasa.

Tapi semalam lain sikit prosedur nya.. Macam terlampau panjang. Actually saya dengan tidak di sengajakan terfikir benda yang bukan2 sebab semalam family Enchek Kedek bawak keluar makan unplanned. Time tu kami sudah di kedai roti, so mau nda mau, join ja lah. Lagipun belum makan jugak and dapur belum ada apa-apa yang boleh di asapkan. Venue kazen Enchek Kedek yang pilih.

Sampai ja di tempat makan tu, kasi bangun Ariana sebab dia tertidur dalam kereta. Dia bangun pun dalam keadaan yang blur.

Lepas makan-makan, kami pun balik dalam keadaan hujan yang renyai-renyai.

Then bermula lah episode Ariana berguling+merengek atas katil tapi nda jugak tidur-tidur.

Tiba-tiba rasa macam goosebumps. Sebab tempat kami makan tu, belakangnya ada tanah perkuburan. Terus mula lah pikir yang bukan-bukan. So sebagai mommy yang dalam situasi pemikiran supersticious ni, terus lah membaca al-Fatihah & 3 ayat kul.. Tapi, 2 ayat ja sempat baca, ayat ketiga Ariana berteriak.. !!!!!!

So saya pun teriak jugaklah panggil Enchek Kedek. Tapi makin kuat lah Ariana teriak. Datanglah papa nya & on lampu. Muka Ariana macam blur-blur lagi.

Trus mum in law bawak Ariana keluar bilik. Nda lama lepas tu, Ariana tidur dengan neneknya. Enchek Kedek datang masuk bilik kasi tau Ariana sudah tidur… and ‘mak pun ada baca-baca tadi’..

Orang bilang, kalau baby ni mata dorang telus. Dapat nampak.. Takut pulak ada ‘orang’ yang mengikut balik semalam. Nanti saya mau try lah suruh dorang pulang balik..

– Posted using BlogPress from binikedek’s iPhone